Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Buku



4 jenis masakan, ayam,nasi,ikan, tauhu dan telur dari koleksi senangnya memasak hanieliza.Yang ni saya beli sebab suka dgn resepi kak hanieliza yang mudah dan senang.Buku yang kecil memudahkan saya membawanya kemana2.Kadang2 malas nak buka internet mlas nak print + nak bagi sokongan pada kak hanieliza yang x kedekut ilmu dan ikhlas dalam bidang masakan ni.



Saya ambik dari dalam buku nilah.resepi puding karamel tu...banyak lagi resepi best yang x sempat dicuba...;)


Sebabkan saya ni minat sangat masak...beli dan pinjam buku masak memang dah mcm wajib setiap kali gaji + buku anak2..;)
Ni selalu escape,asal nak gi kedai buku
Bawak anak2,mesti ajak abah dia sekali,so budget buku derang
Abahnya yang bayar,mama beli buku mama jelah.
Atau setiap kali jumpa buku2 masak kat library mesti pinjam.
Sama juga dgn buku2 kraftangan.
Skang ni tambah lagi....buku2 jahit pulak.
Kadang2 nak tahan je hati dari beli tapi terbeli juga...tambah pulak
Ternampak buku yang harganya x sampai rm10.00!


Naufal ari ni dah masuk kelas tadika 4 tahun.Dia duduk kelas DAISY...dah besar dah anak saya...;)

Monday, October 25, 2010

Puding Caramel,akhirnya




Percubaan kali ke-3
Resepi berlainan
Akhirnya menjadi walaupon berkedut!

Resepinya,

1 cawan gula
6 keping roti)*
6 Biji Telur (saya guna 5)*
Satu Tin Susu Pekat*
1 Tin air dari tin susu*
sedikit esen vanilla.)

Bahan bertanda * diblender sampai hancur.Tapis dan ketepikan.
Gula masak tanpa air sampai jadi gula hangus, letak gula hangus dalam loyang,letak adunan yang diblender,kukus 45 minit.Dah masak tunggu sampai sejuk...;)

Sunday, October 17, 2010

Apam Beras pulak!





Resepi Kak Long!@ MAWANDIHA.X sia2 saya cuba tau!


Apam Beras

Bahan2

2 1/2 cawan tepung beras
2 cawan air
3/4 cawan tapai nasi*
3/4 cawan gula
2 peket ENO( saya guna 1 je)
pewarna

Blend semua bahan kecuali ENO dan pewarna
Tuangkan dlm bekas..Tutup @ perap 3 jam
lepas perap 3 jam masukkan ENO
Bahagi 3 bahagian then letak pewarna.
Masuk dlm acuan then kukus 10-15 minit

NOTA: sebelum bancuhan diletak eno...eloklah panaskan kukusan.Letak bekas dgn sedikit minyak.


Resepi TAPAI NASI:

3 mug nasi sejuk (dileraikan)
1/4 suku biji ragi tapai manis_hancurkan

gaul nasi sejuk dgn RAGI & simpan dlm bekas kedap udara bertutup,perap selama 3 hari didalam keadaan gelap. Kalau ada lebih leh simpan lam peti...untuk kegunaan akan dtg.

Koktail syura








Koktail Syura!

Untuk puding

3 cawan air
4 sudu gula pasir
1 cawan tepung kastard

KUah

1 tin buah campur
1 tin susu cair
setengah sudu tepung kastard
Kismis kalau suka
1 sudu gula pasir

Bancuh tepung kastad dgn setengah cawan air, kemudian tapis. Masak lebihan air (2 1/2 cwn air) dlm bekas/periuk. tunggu mendidih masukkan gula,masak sampai gula hancur. Masukkan bancuhan kastad...sentiasa kacau dgn api perlahan,takut berketul.
Kacau sampai bancuhan tadi likat,kemudian masukkan dlm bekas agar @ bekas apa2 pon x kisah.Bekukan...masuk peti boleh x masuk pon x pe.

KUah

Panaskan susu segar bersama buah buah dlm tin.Dah sedikit suam masukkan tepung kastad,kacau perlahan2.Masukkan kismis. Tunggu sampai sedikit mendidih...tutup api dan pindahkan ke dalam bekas.

p/s..saja namakan koktail syura...sebab mintak resepi dari syura..TQ ek syura.Mabeles dan senang sangat resepi ni!

Monday, August 16, 2010

Masak







Memang tiap2 hari masak...cuma lauk je
Yang ringkas2 saja...x mcm tahun lepas...asal masak amik pic...
Tahun ni x de dah...walaupon balik awal
X de buat kuih2 lagi
Cuma masak lauk je
Tapi suka masuk dapur lambat,jln kat UIA pon selalu je jem
Nak keluar tu dekat 15 minit stuck kat traffic light
+ ramai beno yang suka potong Q!

Jom layan pic makanan...;)

Sunday, January 3, 2010

Aktiviti cuti



Siakap Sweet Sour

Resepinya:

2 ekor siakap @ikan lain pon x pe
2 biji Bawang besar (Potong Dadu)
4 Ulas Bawang putih (Potong Dadu)
2 sudu cili boh
2 Biji Tomato (Potong Dadu)
Nenas (Potong Kiub)
Serai 2 btng (diketuk)
5 Sudu besar cili Sos
3 Sudu besar Sos Cili
2 Sudu Besar Sos Tiram
Garam
Gula
Minyak untuk menggoreng
Sedikit Tepung Jagung.

Ikan dibasuh dan disiang serta dikelar2.Sapa suka stim leh stim dulu dgn halia dan sedikit bawang putih. Tyha goreng je sebab nak cepat.Tus ikan ....kemudian lumur garam dan tepung jagung.Tyha guna penapis air letak tepung lam tu then tapis atas ikan.Nampak cantik dan x tebal salutan tepung.Minyak kena betul2 panas dan menenggelamkan ikan.Kalau sayang minysk,sebelah tenggelam pon x pe.Tapi kena simbah2 minyak atas ikan.Nanti kat bahagian kelar tu akan merekah cantik.Ni juga mengelakkan ikan hancur masa dibalikkan.

Tumis bawang besar dan bawang putih serta serai.Dah naik bau masukkan cili boh...tumis sampai naik minyak.Masukkan tomato.Kacau sampai nampak tomato layu.Masukkan garam dan gula.Then cili sos,sos tomato,sos tiram...kalau kering sangat masukkan sedikit air.Sikit saja....dlm 5 sudu.Sebab x mahu dia terlalu cair,dan nakkan pekat semula jadi tanpa dicampur dgn tepung jagung. Rasa...kalau ada yang suka masam lebih...5 sudu air tadi bancuhkan asam jawa...dan bubuh. Bila dah nampak pekat masukkan potongan kiub nenas.Nenas ni beli je kat gerai org jual buah potong.Lebih jimat sebab nak guna sedikit sahaja.kacau semula dlm 3 minit....tutup api...curahlah kat atas ikan.Siap untuk dimakan!








Mcm Biasa...aktiviti masak memasak mesti adakan.Masak sebab mak dtg!










Ni aktiviti berposing..hehehehehe.X kemana2 juast jln2 dlm Selayang,pastu td pi Shah Alam.Banyak masa lepak kat umah je.