Wednesday, December 28, 2011

Gambar Dinner

Baru dapat dari En Shahrul.Tq...gambar cantik.;-)


Partner saya mlm tu...Cikgu Alias yang handsome..hehehehe.Sapa lagi nak puji suami sendirkan!


Dengan Plak sijil 15 tahun perkhidmatan dan hadiah



Penyampaian sijil dan plak dari Puan Rektor




Makan jgn x makan walaupon rasa cam paksa2 je makan!




Ni masa baru sampai...hehehehehe...muka ku mcm tepung gomakkan.


Monday, December 26, 2011

skirt lagi

Pink polka Dot untuk NUHA, ada lagi sepasang...kaler hitam lom siap.Polka Dot memang le the best choice untuk pattern skirt.X kiralah kembang ke gaun ke.Memang sangat2 comel tengok budak2 pompuan bergaya dgn Polka Dot ni...nampak klasik.Dah pernah buatkan untuk anak kawan sebelum ni, sangat2 nice,walaupon si tukang jahit ni cuma ada basic ilmu jahitan.Corak turut memberi kesan.



Disebabkan kain x cukup...so kain ni dikerat kepada 4, bahagian.Nak tutup sambungan saya tindih dengan ropol kecik.Tapi dpt depan je.Belakang memang x dpt.





Yang ni untuk An-Nur Karmila.Ada baki kain...ingat nak buatkan peasant blouse untuk adik dia,kena tunggu mama derang bawak contoh



Tu je pon yang saya yakin nak jahitkan untuk org.Sapa2 nak tempah dialu2kan...seboleh2nya sila bagi kain contoh.Mudah sikit kerja tailor...;)

Monday, December 19, 2011

Kisah rezeki


Nilah telekung yang saya buat! kena repair lagi...banyak yang x kena...hehehe





Dah baca pasal pekeliling SBPA?
mesti semua pon tertarik dgn kenaikan gajikan..;)
Mcm saya cuma naik 100
Yang tetap akan saya dapat jika x sign SBPA,
kenaikan gaji setiap tahun....RM80...beza RM20 sahaja
Berbanding dgn SBPA kalau bos saya acces saya serendah dari 70 markah...
Dgn x naik gaji dan ada kemungkinan jika kekal 3 tahun berturut2
Kena buang kerja?
Kalau Bos anda baik silakan...kalau bos anda jenis tegas...sila fikirkan...heheheh
So pilihlah...saya masih meneliti SBPA punya pekeliling...masih belum khatam hingga page terakhir.
Suami sudah khatam bahagian pendidikan...yes dia sangat teliti dan tekun orangnya
Pasti akan khatamkan ok...;)

Dan akhir2 ni...saya sering kali...dikatakan menolak rezeki
Bila ada yang nak menempah jahit pakaian dan langsir
Saya tolak elok2....sebab saya rasa x mampu buat
Saya x nak org kecewa dgn hasil kerjatangan saya
X seperti yang mereka harapkan!
Saya juga....semakin rasa kurang waktu senggang
Saya x suka dikejar2 dgn dateline...dgn kerisauan x dpt penuhi permintaan org
Diwaktu yang telah saya dan dia bersetuju
Saya nak menjahit perlukan waktu bertenang
Jika.... tidak...Idea saya x keluar
Menjahit dlm keadaan stress...buat saya sakit kepala
Pendek kata...saya masih belum mampu menerima komitmen jahit menjahit ini.
Untuk diri sendiri memang saya boleh bertolak ansur...sebab boleh Di KIV sesuka hati
Walaupon x cantik...tetap pakai dgn hati berbunga sebab sendiri buat.
Saya x rasa org lain akan rasa mcm tu jugak, kalau saya buat baju dia x elok!
Saya ambik upah jahit skirt kanak2 saja setakat ini...sebab saya x de anak perempuan
Jahit skirt tu x banyak pengiraan, lurus2 kedut2 dan saya suka berkreatif dgnnya...;)
Saya rasa seronok bila jahit skirt...sebab hasilnya x mengecewakan
Sesuai sangat dgn tangan junior mcm saya...hahahahaha.
Bila siap sehelai...rasa cam hilang semua tension!

Saya x rasa rugi...pergi belajar mcm2
Alih2 buat untuk suka2 dan diri sendiri saja
Saya percaya...ilmu itu juga sebahagian dari rezeki yang Allah beri pada saya
Kesihatan dan kelapangan masa pon rezeki juga
Otak yang senang menerima apa yang dipelajari pon rezeki juga
Dgn ilmu saya belajar...rezeki saya nak pakai baju buatan sendiri
Dapat buatkan juga untuk anak2 sedara , rezeki mereka pulakan
Anak bujangku pon dah merasa pakai seluar jerut mama buat..hehehehe
Saya takut makan rezeki yang daripadanya timbul rasa x puas hati org pada saya
Kalau boleh nak buat seprfect mungkin tempahan org
Sebab saya jenis cerewet...so nak buatkan org punya, kalau boleh
Biar saya sendiri yakin 200% dg kemampuan saya, baru berani ambil upah.
Seronok sangat kalau orang happy dgn hasil kerjatangan kita.

Saturday, December 17, 2011

Kelas jahit telekung

Alhamdullillah dah selesai kelas.Patutnya sekali dgn kelas jubah.Tapi saya x dapat dtg sebab kerja shift pada tengahharinya.Targetnya memang nak belajar telekung.Basicnya dah tahu.Lepas ni ingat nak buatkan untuk mak, hadiah hari jadi untuk dia.Berangan nak boh border lace yang cun kat telekung tu.Ok...kelas ni anjuran group jahit yang saya join dia facebook. Terima kasih pada sahabat saya yang perkenalkan group GMJ pada saya...banyak ilmu dan ramai sahabat yang baik2 saya temui dlm group ni.Berkongsi minat dan pengalaman dalam bidang jahitan.Paling penting semua pompuan.Seme best2, walaupon ada yang dah bercucu!rasa eratnya silaturrahim kat group ni...sama mcm masa kat BMC dulu.Saya payah nak aktif dlm group cyber.Alhamdullillah setiap yang saya aktif...groupnya sangat ok dan banyak mendatangkan faedah.Org2nya pon baik2...dan semuanya menggunakan islam sebagai asas dalam setiap perkara dan perbuatan.

Telekung ni kena repair lagi.Kat atas dahi tu kena letakkan smoking atau getah.Bahagian kekek mcm ketat dan x boleh tarik untuk cover dagu.So kena buat kekek baru tetas dan jahit semula.Weekend ni baru nak repair.






kerana invite saya dlm group yang sangat best.Dari segi kawan2nya...dan banyaknya ilmu2 jahitan yang saya dapat share dari otai2 jahit.Bila masuk kelas ni...dapatlah saya berjumpa dgn kawan2 yang sebelum ni meriah dan mesra kat group saja.Saya terasa hangatnya persahabatan kat group ni, sama mcm hangatnya persahabatan dibicara muslim.Lebih hebat...GMJ group ni seme makcik2, kakak2, adik2 yang berkongsi minat yang sama...dan yang penting seme pompuan dlm tu.GMJ memang best!

Friday, December 9, 2011

Malam Jasamu Dikenang







Seyes....muka mcm tepung gomak



Menu WESTERN! Adeh...smoke salmon tu terkulat2 I nak habiskan..yang lain2 oklah boleh diterima oleh tekak melayu yang menagis malam tu sebab x kena ngan makanan ala2 barat ni.Yang kat bawah2 ni hadiah jam, plak sijil dan baucer Jaya Jusco





Edisi tertunda- I.C.T Shah Alam,raya haji, najmi gi genting dan shah alam wetworld










Tuesday, December 6, 2011

Kelas Jahit Langsir



Scallop le konon2.Hehehehe.Tapi saya x minat sangat design ni



Goblet Pleat yang x digoblet, just pleat je. Malas nak buat sebab tension dgn cikgu


2 jenis langsir yang sempat ku belajar, ni pon x siap.Tapi dah tahu cara2 nak buat...inshaallah

Alhamdullillah dah selesai kelas Jahit Langsir
2 hari kelas Sabtu dan Ahad
Sebenarnya bukan x penat...sepanjang tahun ini
memang masa rehat weekend banyak saya habiskan menghadiri kelas
Hampir setiap minggu kalau x kekelas di Kolej
Balik kampung...jika x pon mengganti kerja sabtu dan ahad
Yang bertindih dgn hari kelas
Memang, rumah terbiar...kabinet dapur yang selalunya dicuci sebulan sekali
Akibat lipas yang selalu bersarang, kini dah semakin teruk
Hampir setengah tahun agaknya x kupandang
Selain penat...rasa bosan membuak2
Sebab benda tu x sepatutnya jadi mcm tu.Ubat lipas dah mcm2 ku cuba masih x mendatangkan kesan
memang harapan saya setiap kali org datang, jgn le jengah kabinet tu! Saya malu dengan keadaannya, tapi...x mampu nak asyik uruskan kemas mengemas yang bagai x de kesudahan.
Bulan ni sedikit terurus, sebab Cikgu Alias bercuti, jadi urusan kemas umah mcm dapur dan bilik
Dah diselesaikan, basuh baju pon beres siap bersidai dan disangkut
Bersyukur ...ada yangringan membantu.

Al-kisah...dah mcm2 kelas saya hadir di kolej Komuniti
Dari kelas masak, Kelas Jahit sampai kelas perhiasan
Walaupon penat, walaupon badan terasa mcm nak pancit setiap kali balik kelas
Tapi alhamdullillah...terima kasih Allah...kau berikan aku semangat
Kau gigihkan aku melangkah kaki setiap kali ada kelas
Kau berikan aku waktu dan kelapangan serta kesihatan
Dan terima kasih Allah...kau berikan suami yang memahami
Yang memberi izin untuk diriku ke kelas,serta x menghalang ku meneruskan apa
Apa saja perkara yang kupelajari, dikelas untuk dipraktikkan
Malah sentiasa memberi semangat dan dorongan.
Pada saya...untuk sambung dlm akademik...
mcm x mampu dari sudut masa dan keinginan pon kurang kearah tu.
Lebih berminat pada kemahiran...dan alhamdulillah jumpa kelas yang murah mcm Kolej Komuniti.


Kelas Langsir kali ni tercabar sikit dgn cikgu yang x best
Bila ditanya banyak kali dia merungut dah banyak kali ajar x faham2 ke?
X banyak ajr teknik2, nak buat apa2...dia terus bagi pola
X ajar mcm mana nak ambik ukuran secara lebih detail
Ramai jugalah pelajar2 yang x pushati, sampai bertekak2
dgn seorang makcik yang turut jadi pelajar
Ialah kita dtg dgn niat nak belajar dari A to Z...
tup2 cikgu anggap kita ni mcm dah pro, sabo jelah.
Dgn kami2 yang muda2 ni memang masih ada rasa hormat le nak melawan2
Kena kat makcik2 nak pencen tu, memang derang ckp terang2!
Walau apapon...tetap berterima kasih masih jugalah dpt ilmu yang diajar.
Dah siap pon 2 keping body langsir
untuk langsir bilik saya dan bilik Najmi.
Mlm ni nak sambung buat kepala langsir pula.
Senyum en suami, nengok lansir dah tergantung kat tingkap
Sebab saya dah janji nak jahitkan langsir yang dia beli bulan lepas
Bila mesin jahit baru sampai dan habis ikuti kelas langsir.
Tumpang Happy sebab dapat tunaikan hajat org yang banyak sangat berkorban masa dan memberi dorongan pada saya, secara langsung @ x langsung.
Gambar langsir nanti dah siap buat kepala Goblet pleatet saya letak sini ye.
Gambar2 gi kelas x ambik...nanti mintak dari kawan...akan ku letak disini.
Patutlah Aini terkonpius, gambar lace dia ingat langsir.
Tulah lenkali kak Tyha kena letak gambo yang ada kena mengena dengan tajukkan Aini...hahahahaha...nanti ada yang terkonpius!




Beria2 gi kelas...tup2 buat langsir jahit lurus je.Ingat nak buat kepala tapi terasa sarat beno sebab langsir ni memang jenis kain tebal!



Sapa tau mana nak cari lace mcm ni?