Showing posts with label MOTIVASI DIRI.... Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI DIRI.... Show all posts

Friday, October 15, 2010

Belajarlah sesuatu dari org lain!

Org selalu ckp..aku suka berfacebook
Suka buang masa depan PC,ngadap blog org
Suka berangan2 masuk blog kawan2 yang pandai2
Kerja bagus2....org2 senang
Masuk shopping online pon yang harga mahal2!
Habis2 masuk blog org masak2 pon cari blog org dok obersea!
Sangat tipikal perasaan derang pada aku
Tapi x pelah...masa aku geram aku marah org ckp mcm tu pada aku
Aku tahu takat mana aku boleh menerima tohmahan tu
Marah tetap marah,sampai masa ia hilang sendiri.
Yang penting,aku mencari kepuasan dan ilmu
Aku,setakat ni...tahu apa yang aku nak,cuba sehabis mungkin
Apa yang aku dapat,tahap mana yang perlu aku gear-up untuk cari potensi diri
Sebolehnya....x mahu melibatkan org lain
yang aku nak kongsi dgn org lain...cumalah rasa terima kasih
rasa bersyukur dan gembira...sebab banyak yang derang beri perkara baik secara percuma pada aku
Pengalaman,kemahiran,ilmu dunia dan akhirat serta huluran persahabatan.
X lupa juga...pertolongan dan bantuan,moga Allah memberi kembali segala kebaikan yang diberikan kepada mereka berganda2 banyaknya dari apa yang aku dapat.
Dimana2 pon kalau kita ikhlas dan niat nak belajar...saya percaya...Allah akan membuka jalan
Mula2 mungkin susah...rasa rendah diri....tapi dah lama2
Aku rasa....kat dunia ni x semua org sama
X semua org menjengkelkan biarpon mereka berharta serta berkedudukan tinggi
Yang penting...diri sendiri yang kena pandai membawa diri
Perangai manusia ni subjektif...jgn kita samakan
Yang penting...kita sendiri kena jadi positif!



Pada anak2 juga aku rasa banyak menuntut ilmu dgn mereka
Ilmu budak kecik...x semestinya sesuai untuk budak kecik saja
Ada Ilmu yang derang belajar...x sempat aku belajar masa aku sebaya2 derang
Masa sekarang (walaupon kdng tu rasa malu) aku belajar bnyk dari derang
Terutamanya doa2 harian...derang baca aku dengar....aku semak balik dlm buku
Kalau salah aku betulkan...kalau x salah....mama just follow saje!
Kadang2 rasa malu pada diri sendiri,anak kecil..pakai kasut baca doa....masuk tandas keluar tandas baca doa,sebelum makan selepas makan baca doa
betapa dekatnya mereka dgn Allah...dgn amalan2 rasulallah.
Sedangkan mereka x tahu pon berapa banyak pahala derang dapat
Apa khasiat doa2 tu semuakan.Derang x de dengar ceramah...hanya jasa guru2 di TADIKA
Mereka baca sebab mereka rasa benda tu elok...x lebih dari tu
Ruginya kalau aku sedewasa ini,yang banyak boleh dapat sumber ilmu
x buat dan amalkan apa yang mereka buat,Jika aku x belajar lebih dari apa yang mereka belajar
Rugi2...dunia dan akhirat.



Tuesday, October 12, 2010

Kenapa mesti ada rasa x percaya diri?

Sebab x YAKIN DGN DIRI SENDIRI!
Jawapan ikhlas...jauh disudut hati!
Mula2 kita fikir takut...tapi nak buat
Lepas tu dah rasa nak buat...fikir pulak mcm mana
Dah tahu mcm mana....fikir pulak...ada masa ke
Fikir lagi...boleh ke
Dah rasa boleh...takut pon dtg semula
Berkira2....nak teruskan? Berundur...biarkan saja?
Teruskan jelah kawan...masa x akan menunggu kita
Takut x kemana kalau x cuba
Risiko...tanggung saja sebab dah berani buat beranilah tanggung
Apa yang penting PERCAYA DIRI,PERCAYA DIRI,PERCAYA DIRI
X percaya lagi...cuba buat,walaupon sekadar nak minum @ mkn makanan yang x pernah anda cuba!

Sunday, October 10, 2010

MOTIVASI DIRI

"Apapon yang kita buat disertai dgn minat dan kesungguhan,x ada bezanya.Makanan jiwa anugerah allah.Minda berkembang,jiwa rasa tenang,poket pon masuk wang.Org yang sentiasa buat sesuatu perkara baru dlm hidupnya akan mengaktifkan sel2 otak,kebaikannya otak akan sentiasa bekerja secara rileks.X ada tekanan...bila kita suka kita leka dan aktifkan fikiran,bila kita rasa penat kita rehat...tapi dgn kepuasan.INi boleh mengelakkan nyanyuk.Kalau kita tengok org2 bijak pandai...memang payah nak nyanyuk.Sebab derang sentiasa berfikir setiap hari."

Saya tulis ayat diatas dlm komen untuk Mar.
Saya copy dan paste disini...kerana saya rasa ayat itu juga memotivasikan saya.
Sekarang.memang saya berusaha memotivasikan diri
Mengorek2 bakat yang ada dlm diri
Berusaha untuk tidak hidup dlm KERUTINAN setiap hari
Mencari2 kekuatan dan kelemahan
Menolak-nolak elemen2 yang boleh mematahkan semangat dan kesungguhan diri
Saya x mahu terus MANDOM...terus terkurung dlm sifat ketakutan,sifat x percaya diri dan ragu2.
Saya mahu melihat dunia ini dgn segala kebesaran dan ciptaan Allah
Mahu menghayati dan menghargainya sepenuh jiwa dan raga.
Melihat kawan2 dan org2 yang berpeluang kenegara org
Mempelajari adat dan budaya asing,terutama cara mereka belajar,kraftangan dan budaya
Sangat membuat hati menyimpan angan2 untuk melancong
Keberuntungan yang mereka ada,perlu dipandang dgn pengorbanan yang perlu mereka pikul
Menjadi pelajar memikul tanggungjawab berat dinegara org,berjauhan dgn keluarga
Bekerja di negara org x semudah di tempat sendiri!
Saya percaya setiap apa yang kita semua lalui,ada hikmah yang tersembunyi
Hanya Allah yang maha mengetahui..BERSYUKURLAH!
Mungkin untuk melancong dari tempat ke suatu tempat yang lain saya tidak mampu,
untuk masa sekarang,impian lebih fokus ingin ke MEKAH dahulu,menunaikan kewajipan rukun islam kelima
dan saya x rasa itu melemahkan semangat saya
Apa yang saya mampu lakukan ialah dgn mengembara ke negara2 idaman saya dgn kemudahan internet,media cetak dan elektronik dan membaca serta menambah sahabat
Saya berusaha untuk tidak mengatakan TIDAK!
Dan saya x mahu menganggap apa yang org lain ada x ada pada saya
Tapi mengganggap apa yang saya ada perlu saya kongsikan
Perlu saya gunakan untuk berbakti dan menggembirakan insan lain
Ada banyak perkara yang sangat mudah untuk direalisasikan
Apa yang penting niat kita mesti betul dan ikhlas
Banyakkan amal2 seharian seperti membaca doa dan amalkan surah2 tertentu
Tunaikan solat seperti perlunya anda makan bila lapar
Segera dan dgn rasa seronok menunaikan ibadah
Setiap orang ada rezeki dan kelebihan tersendiri
Tuhan ciptakan kita semua dgn kepelbagaian dan kelebihan
supaya kita bersyukur dgn apa yang kita miliki,tidak org lain miliki
BUkan menjadi sumber untuk meninggi diri,bongkak dan menyombong sesama sendiri
Saya rasa banyakkan bersedekah dan berlapang dada juga salah satu cara yang sangat berkesan untuk buat kita happy dan rasa tenang
kadang2 hari ini kita hulurkan sedekah
Bila kesusahan melanda...memang kita rasa rezeki sentiasa ada
Hadir dlm bentuk sahabat karib yang memberi dorongan
Keluarga yang sanggup berkorban harta dan nyawa
Lahir dlm bentuk anak2 yang mendengar kata,menghiburkan hati dan menjadi ank soleh serta solehah
Ada masa x perlu menunggu lama untuk allah bagi reward atas apa yang kita beri
Pada saya nikmat seronok dan ketenangan hati itu yang paling indah
ADa wang sedekah wang,x de wang sedekahlah ilmu dan bantuan
Even sebuah senyuman pon sudah boleh dikira sedekah!
Ada saja punca yang datang,peluang dan ruang melepas lelah
JGn anggap rezeki itu dtg dlm bentuk wang
Allah bagi kita ilmu yang tiba2 kita jadi mahir
Allah bagi kita peluang yang x disangka akan dtg
Allah bukakan pintu hati kita untuk buat perkara baik dan kebajikan
Itu juga dikira rezeki.sebab x ramai org..allah campakkan dlm hatinya rezeki istemewa seperti itu!
Dan kelebihan itu sewajarnya dimanfaatkan
Elakkkan mengeluh,elakkan rasa diri x disayangi Allah
Bersyukur...Bersabar...Allah menguji pasti ada hikmah disebaliknya.

Lagi banyak berfikir tentang kelemahan lagi bnyk semangat dan peluang boleh hilang
Jadi saya yakinkan diri saya...kalau suka cuba buat selagi boleh dan terdaya serta mengikut kemampuan mental dan fizikal
Saya mahukan semuanya berlaku secara santai dan teratur.
Satu demi satu,biarkan lambat asal diri x rasa tertekan.
Pelbagaikan apa yang anda buat dlm kerja2 harian
Cara bekerja,pengurusan masa,perlaksanaan sesuatu tugas
Perlu ada perubahan,try and error
Jgn sekat pergerakan anda,jgn bataskan pemikiran anda
Jgn ragu2 untuk bersaing dgn diri sendiri.

Dari dulu saya memang jenis yang x suka memaksa diri
Kalau saya rasa nak berehat satu hari..memang rumah akan bersepah
saya akan duduk2 saja tengok TV lepak dgn anak2
Apa pon xkan saya buat,sampailah suami mula bagi hint!
Jadi ..perangai tu saya dah cuba ubah...nak rileks2
saya akan rileks dengan buat kerjatgn
Jahit manik ke,menjahit ke masak2,paling xpon baca buku pasal jahitan dan kraf
X pon join anak2 baca buku!
Alhamdulillah....suami bnyk bersabar dgn perangai MANDOM saya selama ini
TQ Allah untuk hidup yang penuh warna-warni selama kehidupan ini...amin

Tuesday, October 5, 2010

Sesuatu yang berlaku

Jgn sekali dikesali,andai memang diri bersalah
Pandanglah ia sebagai iktibar
dikemudian hari agar x berulang lagi
Jgn disalahkan insan lain andai sesuatu yang x diingini berlaku
Pandang dan hiaslah diri dengan iman dan taqwa
Telusuri jiwa dengan mata hati,bukan butakan hati dgn buruksangka
Kata nista dan cerca
Jgn tanya kenapa perlu bersabar,sebaliknya pujuklah hati
Pujuklah jiwa...sabar itu segalanya
Kau xkan rugi...malah akan peroleh bahagia jika mampu bersabar.

Friday, July 23, 2010

Aku dilahirkan dgn bakat tapi.....

X ada inisiatif nak mengasahnya
X bersungguh-sungguh nak merialisasikannya
Masih bertangguh-tangguh
Masih terlalu bnyk berfikir2
Masih takut dan ragu
Masih ada rasa kebergantungan pada org lain
Masih rasa tidak berapa rajin untuk betul2 berusaha
Hem...bila nak terbuka minda seluasnya ni?
Mcm mana nak inspired org lain kalau diri sendiri TING TONG!


Atas sebab yang diatas..apa yang aku rancang kat bawah ni...jadi angan2 Mat Jenin!

Aku nak menjahit baju budak pompuan!
Nak mulakan menjahit manik secara serius!
MUlakan busines secara bersungguh2!
Belajar menulis novel dan cerpen pendek!
X banyak pon listnya.....masalahnya adalah...I'M NOT INSPIRED MY SELF VERY WELL!!!!!!!

Thursday, April 29, 2010

Inilah saya

Yup...inilah saya
Saya tidak pernah rasa saya perlu berlakon dlm blog ini
Blog ini adalah jiwa saya cinta saya
Pada hemah saya,para pengunjung blog ini adalah rakan2
yang menerima saya seadanya,menasihati saya bila
mereka rasa saya sedang tersasar dari trek
yang menyokong tindakan saya seikhlas hati bila mereka rasa
Apa yang saya buat itu perlu disokong
Menumpang gembira dan cerita2 seharian dlm hidup saya
Selain dari Adik beradik dan kadang2 suami(dia mengunjung senyap).
Saya tidak mengharapkan pengunjung yang ramai untuk blog ini,
Mahukan ia menjadi privacy,namun tidak sampai pda tahap mengunci dari kunjungan umum
Sebab saya tidak mahu hipokrit,biar org baca dan menilai
Mana tahu ada manfaat yang boleh mereka perolehi
Harapan saya moga yang baik dpt dimanfaatkan,yang buruk jadikan tauladan
Cukuplah mereka rasa berkunjung ke blog ini
Seperti mengunjungi rumah keluarga, sahabat dan rakan mereka sendiri
Usai mereka membaca apa yang saya catatkan..mereka akan cuba memahami
Cuba bersama2 dgn saya merasai apa yang mereka rasa bila baca tulisan saya
Tinggalkan blog saya dgn pesanan berhemah,puji-pujian yang ikhlas
Dan kembali menjejaki adress ini kerana mereka rasa saya org yang dekat dgn mereka.


BUkan juga tujuan saya menulis dlm blog ini
untuk suka2 marahkan org,suka2 mengutuk dan kecewa dgn sesorg
Memuji dan memuja melambung2
Apa yang tertulis lahir dari hati saya,yang menggambarkan keadaan diri dan jiwa saya
Saya manusia biasa yang punya hati dan perasaan,punya kelemahan
Saya menulis disini..bila saya marah kerana saya rasa disini ada yang memahami
Jika bukan manusia memahami,cukuplah sekadar kesanggupan dada blog ini
menerima tulisan dan luahan hati saya,
yng jika terus disimpan..akan menjadi barah dan nanah dlm dada
Ada yang ambil berat dan mersakan perasaan marah itu wajar diluah untuk kebaikan
Perasaan gembira dan sayang itu diluah sebagai tanda penghargaan
dan pujian pada insan yang saya sayang
Ada orng...boleh menyimpan rasa hati mereka,
boleh berkongsi susah senang dgn org lain,
Tapi x mahu resah diri dikongsi dgn insan lain
Namun saya jenis yang suka meluahkan...x kiralah rasa suka,gembira,sedih,kecewa
Memang inilah relitinya saya,sukar untuk simpan lama2
Tapi saya xsuka bercerita secara lisan dan tidak pada org.
Biasanya memang akan saya luahkan di blog.
Pada saya ada bezanya antara meluahkan secara lisan dgn cara kita menulis
dan org itu membaca luahan hati kita dlm bentuk tulisan.
Maksud akan sampai namun tidak ada bentuk melukakan hati dlm cara lisan.
Begitulahkan...Allah ciptakan kita manusia...dgn pelbagai perangai dan perbedaan
Kerana dgn perbedaan itulah kita belajar menilai,bertolak ansur,belajar memahami
Setiap seorang dari kita dgn mata hati dan perasaan ingin tahu,untuk sama2
mencari tiik persamaan.;)

Thursday, April 22, 2010

BIla kepercayaan sudah mula menyusut.....

...sukar benar mahu membuang prasangka....sukar benar mahu menerima....takut pisang berbuah 2 kali,terkenang2 saat2 dikhianati...sesungguhnya luka lama masih berbekas biar pon hati sudah lama memaafkan :(



Jika mahu hidup gembira
Kena lebihkan peranan dari menuntut hak
Ingat 2 perkara:
1)keburukan yang kita berikan pada org
2)Kebaikan org kepada kita

Kena lupakan 2 perkara
1)Kebaikan kita pada org
2)Kejahatan org pada kita

Untuk yang bergelar ibu dan bapa2....kena ingat ayat ini:
Jgn engkau menyakiti dia(anak) hari ini sebelum dia menyakiti engkau dikemudian hari

Just a piece of word:
"Dunia menyediakan jalan bagi org yang mempunyai tujuan'
Manakala tidak ada angin yang menyebelahi mana2 kapal yang tiada pelabuhan untuk dituju"


Hidup ini terlalu singkat untuk disia2kan...melainkan anda merasa sia2 itu perkara yang merugikan.
Dan sesungguhnya hidup yang berjaya apabila adanya kepercayaan...bermaknanya hidup ini kerana adanya akhirat!