Diam x diam...dah dekat 2 bulan saya berjinak2 dgn jahit menjahit.
Satu keseronokan yang x terkata.
Walaupon setakat ini baru 2 pasang baju sendiri saya jahit.
Tapi sangat seronok dapat tengok dan pakai hasil tangan sendiri
Biarlah senget....jahit bengkang bengkok,semua tu hanya dipandang sebelah mata
Bila jahit2 dapat bagi anak2 sedara pakai,gembira x terkata.
Tiba2 saya teringatkan mak saya.
Mak yang tahu mcm2 perkara,
Mak boleh masak,hingga boleh buka kedai makan sendiri bertahun2 lamanya
Mak boleh menjahit,dengan hanya tengok pattern saja,
sebab tu dia marah bila saya pergi kelas belajar jahit...main2...x bersungguh2!
Rugi ada peluang tapi x reti nak gunakan betul2.
Dia dulu curi2 belajar jahit di kelas KEMAS...sambil2 kendong adik.
Baju sekolah pon mak jahitkan...walaupon cuma sepasang seorang,mak dan abah akan pastikan kami semua berbaju baru kesekolah.
Pernah nak raya...mesin jahit mak rosak...mak sanggup menumpang mesin jahit org...demi untuk anak2 pakai baju baru diAidilfitri.
Setiap kami dapat sepasang baju raya,bukan setakat baju kurung mak jahitkan
Tapi baju fesyen yang ada kedut2 dibahunya...kainnya lipat kipas dibelakang
Kain cotton bercorak sama...namun warnanya berlainan setiap seorang
Rasa nak menitik air mata bila terkenangkan zaman susah dahulu
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu demi kegembiraan anak2!
Zaman tu ekonomi meleset berniaga x berapa maju...memang mak banyak benar berkorban untuk kami.
Untungnya mak ada kemahiran....mak x meminta2...mak dan abah berusaha atas kemahiran yang mereka ada demi kelangsungan hidup.
Berniaga...walaupon atuk dan nenek x pernah berniaga.
tapi mak dan abah memang minat berniaga.
Saya kagum dgn Mak, bijak orgnya,sementalah mak pon belajar sehingga LCE
Cuma mungkin bukan rezeki mak menjawat jawatan kerajaan....sikap arwah atuk yang mahukan anak perempuan dirumah saje...membuatkan mak x berpeluang makan gaji.
Nak sambung belajar pon atuk dah x bagi.
Pada saya seorang emak memang akan sentiasa istimewa,biar apapon kelulusannya
Waima hanya seorang surirumah...tetap permaisuri dimata dan jiwa seorang anak
Zaman mak lebih mencabar rasanya...sebab zaman mak x de internet
Mak banyak beli buku dan majalah....kadang2 sekadar tengok gambar disurat khabar.
Dia jln2 disupermarket,belek2 baju disana...balik buat pemerhatian dan lakarkan pola.
Memang kebijakan mak terserlah,bayangkanlah sekadar telek2 kat kedai balik dah boleh buat!
X mcm saya cikgu dah depan mata pon masih terkial2 lagi nak belajar!
Mak pernah buatkan baju saya serupa mcm kat kedai...siap beropol2 dan renda.
Dari lebihan kain baju atok yang pakcik belikan di UK.
Bawak pergi kenduri...semua org terpegun...beli dimana baju ni...mesti mahal!
Sampai sekarang bila mak nak motivasikan anak2 dan menantu perempuan,dia akan cerita tentang apa dia buat nak besarkan kami adik beradik.
Jadi org perempuan kena berdikari dan pandai serba serbi.X kiralah belajar tinggi sejauh manapon,lagikan pulak jika x kemana belajarnya.
Pesan mak,kalau x dapat manfaatkan untuk org lain,sekurang2nya untuk diri sendiri dan keluarga.
Mak boleh mengaji dan berzanji dengan sangat baik,ini saya sangat cemburu,dgn adik2 lain juga.
Sebab saya x pandai berzanji...mengaji pon terangkak2...memang nak disamakan dgn mak...jauh panggang dari api!
Cuma sekarang ni mak dah x mahu jadi ketua bacaan...katanya gigi banyak dah x ada
Makhraj huruf sudah jadi x betul sebutannya!
Bagilah pada org lain yang lebih layak
kalau ada kenduri kendara...mak jadi tukang gubah makan beradap,
walaupon umur mak dah 58 tahun...dia akan tetap rujuk majalah untuk variasi gubahan terkini.
Saya kagum sebab mak masih kreatif dan mampu buat mcm org muda buat,
Idea mak masih segar walaupon usia mak dah menjangkau ke usia emas.
Masa anak2 bertunang...mak yang buatkan gubahan hantaran kami.
Mak serba boleh......bergaul pon dia pandai...dgn kami baik sekali,dgn jiran2 ,adik beradik ,kawan2 dia disenangi...dgn anak menantu x pernah mengeji...nasihat dia untuk kami yang baik2 saja.
Memang mak idola saya...sebagai anak saya amat malu kalau x sedikit pon bakat emak yang tumpah pada saya anak perempuan sulungnya.
Mungkin saya x sesusah emak zaman kami kecik2 dulu...sebab tu saya kurang bermotivasi untuk berusaha mcm mak.
Atau mungkin bakat semulajadi itu sudah ada...cuma saya yang lambat memupuknya.
Sekarang bila saya mula menjahit...rasa minda sentiasa berfikir
Setiap hari nak buat perkara baru
Dah x reti langsung tidor disiang hari..;)
Baru saya faham sekarang kenapa emak begitu gigih membuat sesuatu
buat itu dan ini walaupon penat,tetap bersungguh2 dan mahukan yang terbaik
sebab bila kita buat sesuatu atas minat dan keinginan
Kita akan rasa seronok,rasa hidup terisi
Hidup termotivasi dgn sendirinya,dan tentu saja kepuasannya lain mcm!
Kadang2 tu dah letih sangat...mata mengantuk...terlelap sekejap pon dah terasa terlalu lama tidurnya!
Setiap masa tersisa...saya rasa sangat rugi kalau saya bazir2kan
Akan ada saje kerja kraf yang ingin saya lakukan
Kalau dulu...saya sangat x suka berkemas...sekarang rasa serabut kalau rumah bersepah!
Alhamdullillah...adik2 pon x kurang juga hebatnya.
Ada yang mahir buat kek sampai boleh mengambil tempahan
Rajin buat kraftangan untuk kerja2 kebajikan dan gubahan
Kreatif dan kemas dalam bab hiasan dalaman serta kerjatangan halus
sekurang2nya...setiap dari kami ada satu kemahiran yang boleh dibawa dan diaplikasikan jika suatu hari sudah tidak bekerja makan gaji
Bila ada masa terluang dtg berkunjung ke rumah
Berkongsi2 idea memasak,kraftangan...jahit menjahit..secara x langsung mengeratkan lagu hubungan kekeluargaan.
Mak...darah yang mengalir dlm tubuh kami tetap darah mak
Susu dari badan mak dah terus-terusan menjadi darah daging...x ada apa yang boleh memisahkan kami dari semanagat dan bakat emak
Biar x sehebat emak...kami mahu mak tahu...anak2 perempuan mak
Tetap mampu hidup biar sejuta rintangan hidup melanda
Semangat dan inspirasi emak...tetap kekal dlm jiwa kami sampai bila2!
MAK I MISS YOU SO MUCH,moga Allah memberkati,mengasihi dan melimpahkan kasih sayang serta rahmatnya dlm hidupmu dan abah dunia dan akhirat..amin Ya Rabbal Alamain