Showing posts with label Naufal. Show all posts
Showing posts with label Naufal. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Cute sample dari Maggi


Maggi Secukup Rasa Sample dia kiut sangat siap dapat resepi box lagi...;)
Dah agih2 kat kawan2 sorang satu
Me maybe nak satu je...sebab jarang2 guna perisa untuk masakan.
Rezeki kawan2 terdekat lekan untuk yang 6 bungkus lagi ni...;)

Nota kaki: Tadi teacher Naufal call...dia asyik tidor dan badan dia dedar...teacher soh berbuka tapi dia tolak.So teacher minta izin...paksa dia makan kalau badan makin panas.Alahai anak mama, x pe sayang kalau x puasa, sebab sakit.Lagi pon naufal lom sampai tahap wajib puasa lagi.Ni harap2 dia naklah makan @ Minum...kalau demamkan naya je sian pulak...:(. Teringat dia ckp bila kami usik2 pagi tadi

" x payah puasalah adik....adikkan dah puasa 4 hari ".
"Dia ckp alah....x nak....nanti adik dpt jadi hero kat syurga 4 hari je!".
Hai anak...harap2 kekallah semangat tu sampai akhir hayat.Jadilah muslim yang sentiasa mengharap redha allah untuk setiap perbuatanmu selagi hidup dikandung badan...amin!

Wednesday, January 13, 2010

Januari!

Hem...again...atuk dpt lagi cucu Januari!
Pembuka tirai adalah Najmi (10 Jan 2004)
Then Muallimin, (18 Jan 2005)
Menyusul kemudian Siti Aqilah (23 Jan 2007)
Muhammad Naufal Waie (25 Jan 2007) (depa ni sebaya...beza 3 hari je)
Tahun 2007 atuk dpt 2 cucu,selebihnya tiap tahun sorang.
Kemudian berkongsi tarikh yang sama dgn Naufal
Tapi tahun yang lain...Safiyya (25 Jan 2008)
Sabtu baru ni lahir lagi sorang...kongsi tarikh dgn Najmi
Anak Paman yang ketiga dan masih tidak bernama (10 Jan 2010).
Saya dgn adik lelaki saya ni...dua2 anak kami sama jantina.
Saya dua lelaki
Dia pulak dua perempuan...+ ke-3 pon perempuan juga
So...adik beradik dah menyakat,kalau saya bersalin no 3...ada potensi lelaki lagi!
Lepas ni ingat nak pakat2 ngn mak pak derang ni...buat birhday party sama2 sure meriahkan!

Tapi Allimin (Okt 2002) Nurin(Sept 2006) Thaqif(March 2008) Sumayyah (2009) jgn kecik hati pulak ye
Korang seme tetap cucu atuk okeh!
Sori juga Mak ude cuma ingat tahun ngan bulan je.Tarikh lupa lah pulak!


Pagi tadi...Naufal meragam.
Nak makan pisang then mama bagi sorang satu dia ngan abng.
Mama ke dapur masak air...tetiba dia dtg dgn muka sememeh
Abng cepat2 jerit..."Adik tu,kenapa asyik abng je kena buang kulit pisang!"
Oh...Mama tergamam...yup...sejak dua menjak ni
Naufal memang sedikit manja/membuli abngnya
Apa menda kat tangan abg seme dia nak
Apa menda yang abg buat seme dia ikut
Then selalu berebut barang,dan mengharapkan abg menglah dgn setiap permintaan dan kerenah dia
Abang memang asyiklah kena selalu mengalah
Sampai satu tahap...Najmi akan terangkan siap2 kalau adik tetiba menangis
Yelah...mesti dia pon tension asyik kena mengalah/cover line adik walaupon
Adik yang mencari pasal!

Thursday, October 15, 2009

Tidur Sebantal!!!!!



Sangat suka gambar ni!!!!
Baik sangat nampak budak dua ni...boleh tidor sebantal!
Mama amik pic ni kul 5.20 pagi tadi...siap pelan2 buka lampu
X nak terlepas peluang...nak tunjuk kat derang bila besar nanti!

X dinafikan...anak2 Mama ni jenis aktif juga
Sorang aktif manja,kuat leleh
Sorang lagi memang aktif tahap gaban!
But...walau cemanapon nakal derang ni
Mama harap suatu hari nanti bila mereka sudah mula memahami erti kehidupan,
Derang akan jadi manusia yang baik,soleh mendengar kata dan taat serta faham agama nya.
Serta menghormati kami sebagai org tua...berpekerti mulia dan menjadi insan berguna Amin...;)

Mama juga sentiasa berdoa...moga allah berikan kekuatan pada Mama dan abh
Kesabaran yang tinggi,kerjasama dan saling memahami dlm mendidik kalian
Moga Allah murahkan rezeki yang melimpah dlam keluarga kita
Sama ada dari segi kewangan,kasih sayang,ketenangan dan kegembiraan yng berkekalan
Agar dapat kami membesarkan anak2 kami dengan baik dan sempurna.
Amin Ya Rabbal alamin.




Naufal...yang sangat aktif...tapi awas...x makan saman dan kalau merajuk payah nak pujuk...kadang Mama rasa mcm nak kurung dia lam bilik sampai habis dia merajuk!



Naufal suka mengikiut apa yang abngnya buat.Selalunya kalau suruh baca buku....dari pukul 8-9.00 mlm,Naufal rela hati je...Najmi pulak yang kena paksa...padahal dia yang wajib buat reading! Mcm tu juga solat...biasa adik azan je...nampak kita amik air sembahyang...dah mencari sejadah...abng buat dek je.But ada masa...Najmi pulak yang suruh Mama solat kalau nampak Mama leka je nengok TV!




Aaaa...masing2 memang suka ambik gambar....so pantang nampak Mama snap...masing2 dah get ready dgn aksi yang mcm2!

Sayang ANAK@ MAMA!

Thursday, September 10, 2009

Hari ni x masak...tapau saja!!

Berbuka tadi makan SATAY wak! Dgn roti beli kat JUSCO






Sebabnya...kami pi JUSCO kat MALURI
Lepas selesai urusan di Bank Rakyat
Cari baju raya budak berdua ni
BONUS 250 x dapat lagi kat tangan.
Tapi Mama dah beli benda2 ni...





Yang ni untuk derang berdua, 2 baju ni sebenarnya warna Unggu terung,dlm gambar nampak mcm blue-black pulak...Mama saja beli kaler sama...baru nampak cam adik beradik sikit,dan satu lagi sebab...Mama pon suka kalau satu family pakai sedondon!Biasanya Mama dan anak2 saja sedondon....abah dia jarang sangat....pada dia asal pakai baju,org lelaki senang saja.X mcm Mama ni ha....beli baju anak2 mesti bayangkan dulu warna baju Mama..;)

Ingat nak belikan derang kemeja...tapi raya2 ni agak leceh nak kena gosok baju kena Q,sebab ramaikan,tahun lepas punya kemeja pon baru pakai sekali dua je...so belikan T-shirt sajalah





Dua pasang t-shirt untuk Najmi ngan Naufal



Ni sandal Tom & Jery...Najmi menangis2 nakkan gambar kartoon ni,Naufal pon follow je abng dia...dua2 kalau apa2,seme nak sama! Ini abah yang belanja.X beli kasut mcm tahun lepas...sebab x pakai pon.Pakai selipar juga...sebab senang nak beraya.X banyak pilihanlah sandal budak2.Jenama mcm Kikilala ada...comel designnya...tapi x de saiz pulak,tulahkan sapa suh shopping last minit...banyak kasut yang berkenan dan harga berpatutan x de saiz.




Ahah...yang ni Mama punya kasut raya...simpel saja designnya...kasut ni...mama first berkenan...round lagi...jumpa yang lain...tapi x de saiz...pendek kata ni memang cinta pandang pertama dan berjodoh dgn kaki Mamakan!Harganya pon x sampai rm100

P/s: Dah calculate seme...jumlah perbelanjaan hari ni masih lagi dlm lingkungan bonus yang diberi..siap ada baki lagi!Baki tu untuk amik baju melayu budak2 ni kat Kg..;)

Monday, September 7, 2009

Dah lama?















Ye dah hampir 3 bulan 2 org kanak2 RIBENA ini tidak dibawa keluar bertemua org ramai.Alasan sebenar risau H1N1.So anakku hanya keluar time ke Kindergarten dan kerumah pengasuh, balik kampung.

Semalam...abah derang pergi ky HYTEX....konon2 nak cari baju untuk dua bujang ni.Mama awal2 dah reject x mo ikut...malas nak bersesak.Org lelaki shopping...mcm x shopping balik dpt 2 helai T-Shirt saja! Tu pon untuk Najmi buat basahan pergi KINDI...Naufal punya x de.Kalau Mama yang pergi...paling koman 3-4 helai dlm tangan!So nak jimat soh abah gi lenkali...kikikiki.Mama terkejut juga dia nak pergi HYTEX tu,sebab sebelum2 ni...mana nak dia pergi jualan gudang mcm tu...ramai org katanya

Balik tu abah bagi tahu...budak2 kena bawak sebab dia masa gi HYTEX tu,sempat singgah jualan penghabisan stok kat BINTANG.Dia ckp nak beli songkok...so kami keluarlah anak beranak.Oklah not bad...songkok budak2 RM9.00...x tahulah murah ke mahal sebab x pernah belikan derang songkok sebelum ni...;)Lepas tu carilah seluar basahan untuk Najmi dan Naufal.Banyak juga kami beli seluar Naufal 3 pasang...Najmi 3 pasang...cuma RM60.oo je.Kualiti pon ok,cuma x de brand...brand BINTANG!Jadilahkan buat pakai2 salin masa raya nanti.

Mama pon terjebak juga...boleh ke beli baju mengandung(kes baju tu comel gila) dan skirt...harga untuk kedua2nya RM20.00.Sangat berbaloi pergi,barang murah2!

Sunday, September 6, 2009

Abg x nak HITAM!



Lauk berbuka semalam,Asam pedas ikan kembung,Pucuk Paku goreng,ikan masin...buah pisang


Sahur pulak...Mama masak ni. Tomyam ayam...sebab lauk berbuka tadi dah habis..;)


Airnya Oren dong!



Ayat anak teruna saya pada Mak Chunya
Bila Mak Chu cakap dia nampak makin hitam
So mak chu ni gi Saiko pulak anak sedaranya
Kalau Najmi x mau hitam jgn banyak main panas...main kat luar
Nanti makin hitam!
Yang jadi anak sedara boleh percaya
Tadi keluar dengan Naufal hantar barang kat bawah
Ajak dia dia x mo ikut.
Masuk je dalam rumah tadi...dia cakap kat adik
Kan Naufal dah hitam...sapa suruh ikut Mama keluar!

Najmi skang ni...memang le sangat addicted dengan games.
Balik sekolah,terus serbu masuk bilik kerja abah..buka PC main game
Dah puas2 main game,dia buka pula TV tengok kartoon netwrok
So...dah bincang dgn abah...gugurkan kartoon network
Daripada langganan...ni pon sebab bil astro dah naik melampau2
Sayang duit melabur bayar ke astro,ingat nak gugurkan juga langganan untuk sukan
Tapi mana bolehkan...mesti abah x nak...+ mama x de kuasa veto
Sebab bil Astro abah yang bayar...so...mulai bulan depan no kartoon netwrok
No Playhouse disney(siaran ni ok sebab ada unsur pelajaran,tapi pakej mai sekali...so kensel jugaklah)

Tadi Naufal jatuh basikal,pelik sungguh camne leh jatuh
Sebab tayar tu dah ada tayar tambahan tu.
Dah 2 kali dia jatuh basikal tu
Tapi x serik2 lagi, naik juga
X dianfikan...Naufal memang sebijik cam Mama...x pernah serik
X pernah rasa takut walaupon dah tahu naik basikal tu kalau kayuh laju2
Pas tu kona baring pulak, cepat terbalik !
Dia pon dah pandai mcm2 skang ni
Kalau minum air...abng pon nak minum air
Mesti masing2 berebut nak minum dulu...ada sekali mama geram dua2 x bagi minum...
BOleh pulak masing2 mangalah...minum sama2!
Lepas tu seme benda abg buat nak ikut...termasuk time abng baca "Bacalah Anakku" dan baca Iqra...ok lah tukan.
Lagi satu masing2 dah pandai nak pakai baju sedondon.
Kalau x sedondon kaler...sedondon corak baju pon jadilah..;)