Showing posts with label Kreativiti. Show all posts
Showing posts with label Kreativiti. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

Sulam Tangan Pulak!

Try and errror.....baru buat sikit semalam ari ni nak try lagi!
Nanti ada masa saya tepek hasilnya ye...;)
Semalam buat nak cepat siap (peel x positif saya bila buat sesatu benda baRu)
Lagi pon start dah lambat ,dlm pukul 3...masa tu dah takut lambat msuk keje!
Barang2 ni saya dah beli jumaat lagi
Ingat nak mula awal...dok belek2 jarum seme nya x ngam dgn benang
Nak pi beli rasa malas sangat...sib baik selongkar2 kotak jahit saya,jumpa jarum berpadanan, cuma jarum tu pendek...agak sukar le jugak nak buat sulam ulat2 yang saya berkenan...dan nampak senang le dari yang lain2.
Pasni nak cari jarum kena hafal nonya...x semua jarum padan dgn benang yang kita guna...;)Ingat nak try sulam cabut...tapi mcm x sempat lak.
So buat yang mudah2 je


Saya guna benang ni...;),
Agak mahal...satu ni RM6.00,brand DMC...terbeliak biji mata tau!
Tapi dah gedik2 nak buatkan....beli jugalah 2 kaler!
Saya pernah try guna benang yang buat crosstich tu...tapi hasilnya x menawan.
Bila belek2 dalm buku tu memang dia guna benang lain
Tu yang cari juga benang ni
Jumpa kat kedai menjual peralatan jahitan Lina...deret KFC Sri Gombak
Beli sekali butang dan kertas keras. Sini memang banyak la barang2 jahitan
Setakat ni kebanyakan barang jahitan yang saya nak ada dijual kat kedai ni.
Manik2 pon ada...so sangat senang.



Puas jugaklah explain kat tokei kedai jahit tu nak benang ni
Yelah x tahu nama benang...gambar pon x de
.cm2lah keluar...sampai ayat ni pon keluar...saya nak benang yang buat main layang2...hehehehehhe.
Amoi tu tunjuk hampir semua jenis benag...yang last sekali baru saya dapat apa yang saya nak
memang berbaloi!


p/s semalam.... dah try2 tapak2 yang ada dalam kotak mesin jahit saya,siap buat lubang butang lagi...x cantik...tapi alhamdullillah...dah dapat ilmu baru...;)

Friday, October 22, 2010

Jubah berlengan singkat!








Walaupon singkat lengannya
( potong dah ok,tapi tang lekuk lengan tu tersalah,tu yang jadi singkat!),sangat2lah bangga dgn diri sendiri...dapat jugak jahit baju untuk diri sendiri!
Yang x kena tampal kat bahagian dada
Yang x sendat kat punggungnya!
Ni percubaan kedua...percubaan pertama dah kugunting2 jadi baju budak...hehehehe.
Masih banyak yang perlu dibaiki,kecacatan masih ada disana sini
CUMA yang pentingnya...baju ni boleh dipakai,untuk buat tido !
Sangt happy ok bagi beginners mcm saya...;)


Dah terror nanti agak2 boleh ke nak jahit baju mcm ni?
*



*

*


*


*



*




*





Hehehehehe...simpan angan2 dulu moga menjadi kenyataan...aminnnnnnnnnnnnnn!

Wednesday, October 20, 2010

Saya x tahu nak letak tajuk apa
Sebabnya....sekadar nak tulis disini,tentang kegilaan baru saya
yang suka mencari TUTORIAL free!
X kiralah bahasa melayu ke,inggeris ke,even perancis pon den rembat!
Terutamanya pasal menjahit dress,baju budak2
Peliknya x tertarik langsung nak cari untuk baju kurung @ baju melayu lelaki!
Padahal kat umah tu saya seorang je pompuan!jahit2 bagi anak sedara
Jahit2....x tahu nak bagi sapa kalau baju tu x ikut tahap kekemasan piawaian saya!
Bukan x nak...cuma saya rasa x teringin nak buat baju2 tu
sebab saya dah pernah cuba 3 kali...sebut lagi 3x
Baju kurung ye bukan baju melayu lelaki,tapi x menjadi
Mungkin juga sebab baju budak lelaki x menarik x de ropol2,x de munga2
Buat basahan derang pakai t-shirt dan jeans...
nampak remeh je,bila buka pola nak buat kemeja lelaki
kain nak buatnya pon mahal,
Berbanding dgn baju budak perempuan...kain lebih kat kedai
RM 5 ringgit + rm 2 jahit tepi...dah boleh dapat selai baju seksi!
dahlah baru nak berjinak2 dengan mesin jahitkan.X jadi....sia2 je...;)
Saya ada sindrom malas nak fikir dan x percaya diri bila nak buat baju ni
Biarlah org kata senang,org kata biasanya akan mahir jahit baju fesyen
kalau dah terror jahit baju kurung!
yang dah pandai jahit mesti ckp saya ni ngada2
Dahlah x pandai...x dengar nasihat org pula
Biarlah...biarlah apa org nak kata
Itu hak mereka...derang x salah pon
Yang penting kita buktikan + buat betul2...inshaallah seme okkan
X baikkan....dah2 letak tepi cakap2 org...yang nak buatnya awak...bukan org lain!
Mungkin satu hari bila saya dah mahir jahit baju dress,baju kanak2...akan lebih memudahkan saya untuk jahit baju kurung pulakkan...amin.

Ada masa nanti saya ingat nak buat juga free tutorial kat sini
BIar dapat kongsi dgn org lain yang nak belajar jahit mcm saya
Yang guna 100% dari buku dan internet tutorial untuk belajar
Biarpon traffic blog ni x mcm blog2 lain...sekurang2nya...
dah lama2 nanti anak2 boleh rujuk dan baca
X pon bila saya dah tinggalkan minat ni...bila nak mula semula dah ada guide.
Sangat bersyukur dan berterima kasih pada blogger2 yang sudi kongsi ilmu secara percuma
tanpa selindung2...tanpa ragu2 nak share,biar pon ada kalanya
Tutorial yang derang bagi tu...dalam masa yang sama derang guna untuk bisnes derang
Mulia betul hati derang nikan.
Saya berazam nak tiru nilai2 murni ni...x mahu kedekut2 ilmu
Sebab saya dah lalui sendiri
bila kita tanya mcm nak x nak je jawab@bagi alasan mcm2
Padahal apa yang dia dapat tu...kita juga yang bagi asalnya
Sebab masa tu x minat jahit lagi cuma seronok2 cari FREE TUTORIAL je
Ingat ke nanti senang...bila2 nak guna kalau back-up kita x de
Bolehlah mintak semula pada dia
Ditakdirkan memang back-up tu hilang masa husband format pc
Try cari semula di internet...blog yang saya kunjungi tu dah pon tutup
Nampak kita lari2 takut kita minta tips dgn dia
TIps tau...bukan nak format asal apa yang kita bagi pada dia dulu
Bukan nak mengungkit...cuma...nak ingatkan diri sendiri
Kita buat baik dgn org jgn harapkan org tu balas balik
Nanti kita akan rasa terkilan, rasa mcm isshhhh teruknya
Rasa x ikhlas pon timbul...memang awalnya saya rasa mcm tu
Cuma bila saya fikir2 balik,biarlah...dan sekarang setiap kali buat apa2
Saya cuma mengharapkan keredhaan Allah,Rahmat Allah
Biar dia yang menilai saya,memberikan apa yang dia rasa patut untuk diberi pada saya!
saya katakan begini kerana...memang saya x dapat kembali format tu dari kawan tu
Tapi alhamdullillah ada lagi kat blog org lain,lebih detail dan tersusun
+ dapat pulak lagi ilmu2 lain selain dari yang saya nak tu
Bersyukur sangat rasa...dan betapa...kita ni hanya manusia biasa
Jgn lemah dan resah bila apa yang kita harapkan x menjadi
Sebab sesungguhnya segala2nya dtg dari Allah!
Apa saya beri pada org...mana2 yang mendatangkan kebaikan
Saya cuma mengharapkan ilmu dan apa yang saya beri tu diamalkan dan digunakan sepenuhnya...dan disampai2kan pada org lain
Moga ianya jariah berterusan untuk saya di alam sana yang kekal nanti..amin.

Moga suatu hari ada kelapangan saya nak letakkan TUTORIAL disini untuk dikongsi bersama!

Saturday, October 9, 2010

Gaun kedua yang sangat mengujakan!

















Ye ,kali ni saya dah pandai berkreatif lebih
Dah rasa nak tepek mcm2 kat Gaun ni.
Kalau yang pertama cuma fikir nak siapkan cepat2 dan tengok hasilnya
Tapi kali ni..nak tengok hasil yang lebih kemas dan cantik.
Polanya saya cipta sendiri...ukuran pon mcm tu juga.
Ikut saiz baju t-shirt Naufal hehehehe
Sebab hajat dihati nak bagi pada anak sedara yang bernama Aqila...sebaya naufal umurnya.
Memuaskan hati....dan BERHARAP NAK BUAT LAGI...KALI NI NAK UP-GRADE SIZE
NAK BERANIKAN DIRI BUAT BAJU UNTUK DIRI SENDIRI PULAK!


sEsUATu yNAG lAwAK hArI nI...jEngaH2 bILIk aIR tENGOK nAUFAL tENGAH RiLEKS bERENdAm dLm bALdi saMBIL PEganG BEruS GiGi!

Friday, October 8, 2010

Diri yang suka MIX and MATCH!

Memang...dari dulu...inilah kegemaran saya
Bab pakaian....saya memang suka2 mix and match
Ikut apa yang saya rasa sesuai,rasa berkenan
Kadang2 tu...buat baju semata2 nak match dgn kain yang saya dah boring gandingkan bajunya yang asal!
Banyak juga baju...buat sepasang...tapi baju pakai dgn seluar
Kainnya pakai dgn blouse.Kes ni kadang2 terjadi bila mana...masa hantar tempah rasa cantik wat pattern itu dan ini,bila dah jadi x kena pula rasa mata menengoknya
Mulalah menyelongkar baju2 yang ada...untuk di mix and matchkan
Ada juga yang asal2nya kosong je...bila saya tambah manik
Mulalah tercari2 kain lain yang sesuai dgn manik yang baru ditepek.
Kadang2 cara ni nampak jimat...ada masa mcm membazir jugak!
Yang jimat tu...mcm2 fesyen...tapi bahannya sama je
Cuma yang ni tukar dgn hak tu
Membazir tu bila tetiba rasa baju or kain x sesuai digandingkan
Mulalah cari kain dan tempah yang lain!



Raya baru2 ni...pakai baju nikah tahun 2003.




Kat bawah ni gambar masa jamuan raya tadi!Baju yang sama cuma saya tukar saja kain dan tudungnya.Kain ni pon dah lama dah,pagi2 tadi rasa mcm jemu pulak nak pakai kain kosong yang asal,+ senang kotorkan kalau kain plain ni...godak2 almari lalu terjumpa kain tu...hem memang matching! Siapa sangka...baju saya pakai hari ni umurnya dah 7 tahun dan kainnya dah 5 tahun!



Baju nikah yang asal,hanyalah kain kosong plain dgn sedikit sulaman corak sama saja
Nak pakai balik baju tu masa raya baru ni...saya touch-up dgn manik!
X susah nak bergaya asal kita kreative dan x kisah nak recycle barang2 lama menjadi sesuatu yang istimewa!

Monday, September 20, 2010

Berjaya....tapi lom sepenuhnya!

Tara....ni dia gaun baby yang sangat saya admire untuk cuba buat dan tengok serta tempek hasilnya...;). X seberapa,tapi untuk saya yang agak lemau dan x ada basic bab jahit menjahit...memang kembang hati mcm kembangnya gaun baby ni...eheks...entah apa2kan!













Kes malam tadi...bukan kes berat ringan2 je
Tapi ringan tahap sikit lagi nak berat,bukan MILD ok...;)
Kalau ikut hati nak je kuhenjut sampai siap mlm tadi
Tapi akal bertimbang rasa masih lagi ada
Kesian pulak kat org lain nanti
X cukup tido sebab ada gangguan yang x disangka!
Sebab benda tu x siap sepenuhnya...cuma nampak aram2 je
(pulun juga kasi nampak aram,bior senang sikit hati!dah nampak rupa walaupon x sempurna)
...x berani nak tulis kat sini
Tambah pulak...mana syokkan nak tempek gambar menda x siap
Entah jadi ke x bila sambung nantikan
Kesnya lebih kurang gini
Cikgu ajar lain anak murid faham lain
Faham sikit x faham yang banyak
Tapi nak juga buat,sebab entahlah mood baik kot
Tambah pulak suasana sunyi...anak2 seme dah tido
Pusing sana,pusing sini
Terbalik sana terbalik sini
Siap tongkat dagu lagi,sambil pejam celik,pejam celik
Tapi bila benda2 melibatkan kreatif dan handmade,kadangkala
Anda x akan sangka pencapaian minda anda boleh sampai ke tahap genius...ehek!
Bukan genius tahap emeritus tau...genius untuk ukuran diri sendirilahkan.
Ukur baju di badan sendiri...tapi kalau terlebih boleh tambah kedut
Terkurang boleh tambah dgn kain lebih or sulam tampal!
x pon 2 kain boleh jadi sehelai
Magik juga kalau difikir2...eheks!
Lagi satu yang saya belajar mlm tadi
Nak berjaya nak cantik,nak lawa,nak kemas
Kena rajin...kena rajin,kena buat masa mood tengah panas membara
Sungguh2 buat dan peras otak sampai tahap maksima
Jgn putus asa kalau putus asa idea akan mati
Dan anda akan rugi BESAR!

X sabo tunggu kul 5...nak balik...nak siapkan...nak tengok hasilnya
Paling penting...NAK TEMPEK GAMBO KAT BLOG DAN FB!

Sunday, July 25, 2010

Tiada jln mudah terbentang andai tiada kemahuan.;)



NI percubaan kedua...jahitan kena improve lagi.Yang lain2 dah puas hati dah...:)




NI mula2 saya jahit...kain lembik...tapi inspired sangat2 sebab dah jadi rupa baju



PLeasent Blousse yang dijahit semalam.

Saya teruja dan mencabar diri sendiri untuk buat benda diatas tu.Sampai x mkn tengahahri...dan masak nasi goreng untuk seisi rumah dari pagi sampai ptg...;). Saya akui x boleh hdup kalau sehari x menjengah dapur.Dan kali ini saya ada aura baru....Wekend saya akan aktifkan mesin jahit saya dgn kerja2 jahitan...paling tidak pon menjahit manik.Hidup kena ada lakukan perkara2 baik,mendatangkan faedah..anda akan rasa hidup anda terisi disamping nampak hasilnya.Menguji kreativiti dan minda dgn aktiviti sihat,tanpa perlu keluar dari rumah...saya ada bakat...dan skarang masa untuk mencabar diri...mengaktifkan bakat2 yang ada!!!Saya rasa,masa kalau difikir x akan cuukup...kalau anda membazirkannya,dgn asyik memikirkan masa rehat dan tidur...;).Dan saya kena ingatkan diri selalu...kena pandai bahagikan masa...antara kerja rumah dan hobi2 saya.Saya selalu leka kalau dah menghadap menda2 hobi ni....sori ye encik suami..;)



Saya pernah rasa sedih sebab x reti2 jahit baju kurung walaupon dah 3 kali saya belajar.Semalam saya hampir menangis...oh rupanya...x pandai jahit baju kurung...masih boleh lagi jahit benda2 lain yang mudah dan bisa membangkitkan semangat...aku boleh...senang je menjahit ni rupanya..;)Memang saya ada minat menjahit biar pon sekdar suam2 kuku.Terima kasih Allah tunjukan blog MaYA pada saya.Kalau x kerana tutorial dia yang bagus tu...my be semangat menjahit saya ...boleh bertukar jadi tahap beku.


“Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan…kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya”