Monday, September 28, 2009

GERAM

Pasai apa blog ni bila view je keluar iklan dady blog tu?
Langsung x nampak apa...nak komen pon x boleh

Sunday, September 27, 2009

Open house umah Tok Cik kat Bangi.











Kami pergi brempat dgn Mak Cu saje.Paman pon pergi dgn anak2nya sahaja..;)

Wednesday, September 23, 2009

Raya.....Oh Raya!!!










Sempat baking baking biskut kegemaran...BIskut Tart KURMA!!!!! Buat kat umah mak on friday.






Gambar masa pernikahan adik ipar,3 syawal 1430 kat Masjid terapung, Kuala Terengganu.Pagi raya x dan nak amik gambo comel...sebab Najmi buat perangai.Will up-date later....sebab kamera semua ihsan dari adik beradik.I x amik gambo/pegang kamera pon...kikikiki.

Wednesday, September 16, 2009

salam Aidilfitri

Nak menang tupperware jugak!

What you have to do :

1) add dini-tupperwarekiosk.blogspot.com to ur blog list

2) make an entry tentang satu jenis masakan favourite anda/keluarga untuk bersahur . Sila nyatakan resepi dan cara-cara membuatnya (boleh kita share sama-sama dengan pembaca lain ye)

3) Masakan mestilah seimbang dan tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk penyediaan.

4) Tinggalkan link ke blog anda berserta email add di bahagian comments

5) Spread the give away around. Upload pic giveaway di atas di side bar anda dan link kan ke dini-tupperwarekiosk.blogspot.com giveaway- mari berkongsi resepi sahur.

6) Closing date will be on 30 Sept.


hadiahnya ialah .........................





Sweet pink & cool Aqua tumbler set




Ini resepi kegemaran waktu sahur...

Ikan kembung...diperap garam kunyit dan goreng
1 Biji bawang Besar potong kiub
Tomato 2 biji...potong kiub
3 Biji Bawang putih...Cincang halus
Lobak Merah potong Dadu
Sedikit Halia,hiris halus
Gula 2 sudu kecil
Garam 2 sudu kecil
2 sudu lada boh
2 sudu Cili sos
2 sudu Sos Tomato
2 sudu besar air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis

Tumis bawang besar,bawang putih sampai naik bau.Masukkan cili boh... tumis sampai naik minyak..Masukkan tomato.Tumis sampai tomato sedikit hancur.Masukkan sos tomato,sos cili,gula dan garam.Tumis sampai garing,masukkan air asam jawa.Tunggu sedikit kering.Tutup api dah siap.Tuangkan diatas ikan.Kalau nak lagi menambah selera...ambik nenas kiub tabur atas tu..Senangkan x payah ketung-ketang kat dapur.Just hiris2 dan campak2 saja.Sambil hiris2 bahan tu leh goreng ikan.Selamat mencuba..;)

Sunday, September 13, 2009

Freezermate Tupperware



Aaaa...ini bukan nak promote ye
Sebab saya bukan ahli @penjual jenama Tupperware ini
Cuma nak bagitahu kawan2 saja...
yang sangat best kalau ada benda ni untuk simpan barang dlm peti ais
Sangat menjimatkan ruang + nampak kemas susunan dlm peti,
walaupon peti sejuk anda kecil!
Makanan yang disimpan pon dijamin bersih sebab bertutup
Nampaklah perbezaannya berbanding masa guna bekas eskrem dulu!


Saya pon bukan berduit sangat,
Nak mengeluarkan duit semata2 untuk barang yang mahal2..memang berkira juga
Cuma ada masa teringin,sebab pada hemat saya x rugi berbelanja
Kalau ianya berfaedah dan memudahkan serta menyenangkan
Tugas2 harian saya terutamanya didapur
Sebab tu setiap peraduan diworldkitchen saya join...sekadar untuk suka2 +
Kalau ada rezeki dapat hadiah,menjimatkan perbelanjaan saya
Dapat pakai barang yang cantik dan berkualiti tanpa perlu pening kepala
Have fun then you have reward,,,berbaloi sangat2
Mula2 memang x minat nak beli
Sebab nak tolong kawan cukupkan korum..saya join main kutu
Asalnya nak amik kuali,tapi dah dpt kuali free
So saya tukar amik frezermate ni (walaupon sebelum tu,ada terfikir2 nak ambik bekas kuih raya)
Awalnya rasa...biar betul nak pakai freezermate ni...
Masa ambik dari kawan...simpan je dulu dlam kabinet
Tapi bila nak memasak tengok semua benda lam peti beku mcm padat sangat
Ambik tuppaware tu dan mula masukkan nugget dlm satu bekas
Sosej dlm satu bekas dan simpan...wah...mula2 nampak semak
Tapi bila dah boh lam bekas tu rasa sangat banyak lagi ruang!
Balik dari pasar semalam...bersihkan siap2 bahan2 basah tadi
saya keluarkan semua tuppaware tu dan isi
Ikan,satu bekas,ayam satu bekas,udang satu bekas dan simpan,serta susun
Wah....nampak sangat kemas,
Kalau sebelum ni...kena letak dlm plastik saja...tapi la ni nampak cute dan teratur
Nak nyah beku pon senang...nak ambik x derlah melekat2...;)





Popia Otak2 segera...Kak Wa kwn saya dari Johor yang bagi.Lama x jumpa dia...dah makin slim la ni.Tq kak Wa...kiriman kasih sayang yang sangat saya suka.Kebetulan dia datang ke Bangi ambik anaknya yang sulung ...langsung saya paksa dia dtg GOMBAK untuk ambik hadiah Pyrex.Kak Wa nilah yang baik hati bagi guna nama dia untuk games worldkitchen baru2 ni




Dah transfer Popia2 tu...masuk lam frezermate!


Saya juga ada gunakan benda kat bawah ni untuk simpan sayur2,brand tupperware juga.Modular Keeper with Grid namanya.Harganya sekitar RM80+++ masa saya beli tu ada offer



Terbukti sangat berkesan...sayuran hijau...lepas beli...saya basuh siap2
Dan simpan dalam ni...setakat ni kalau sayur berdaun hijau
Alhamdullillah boleh tahan 2 minggu disimpan dlm ni
Keadaan sayur masih hijau dan cantik,
Berbeza sebelum ni...kerap buang sayur berdaun/Ulam/sayur kaler hijau lainnya mcm Bendi dan kacang panjang
sebab cepat kuning,Kalau 2-3 hari tidak dimasak.
Selain tu dapat menjimatkan masa...nak guna terus siang/rendam air garam dan basuh ala kadar
Sebab dah cuci elok2 sebelum simpan dlam tu.

Ramadhan,Backkom,Tomyam Campur, lauk

Hari ni dah masuk 22 Ramdahan....cepat saja masa berlalu.X sedar Aidilfitri bakal menjelma x lama lagi.
Mlm tadi hujan kat Selayang ni...renyai2
Emmm...x mungkinkan ianya mlm Lailatuqadar...sebab
kat org LailatulQadar ini mlmnya jadi sunyi..
Semua makhluk seakan bertasbih pada penciptanya yang esa.
Sehinggakan kelihatan pohon2 kayu tunduk seakan sujud pada Ilahi
Sama2lah kita melipatgandakan amalan pada malam2 terakhir Ramadhan ini
Moga sama2 mendapat berkah dan amalan diterima Allah.






Pernah tengok x cerita kartoon Backkom?
Rancangan ni keudara di Astro Ceria,x ingat lah setiap hari ke ada hari2 tertentu
Mula2 anak2 je dok terpacak depan TV,tapi start minggu lepas
Mama pulak terjoin layan cerita ni!
Kelakar...lawaknya ringan tapi ada motif
Jgn ingat cerita khas untuk dewasa je ada motif yang perlu dipelajari
Cerita kanak2 juga membuatkan saya terfikir...adakalanya sifat dlm tubuh dewasa kita ni,masih ada yang menyerupai anak2 kecil..;)





Lauk berbuka semalam
Tomyam Campur..Resepi ni saya olah sendiri.

150 gram Udang
150gram sotong (Di potong bulat)
4 keping dada ayam (Di potong kecil)
3 batang serai (diketuk)
2 Biji Bawang Besar (Dihiris Bulat)
5 Biji Bawang Putih (Sederhana Besar/dihiris nipis)
4 biji Cili Siam(Nak pedas lagi sila tambah)
3 Helai Daun Limau Purut
1 Inci Lengkuas...(Dihiris Nipis)
4 Biji Tomato (Didadu kecil)
3 Biji Limau Nipis (Nak masam leh Tambah lagi)
1 Batang Lobak Merah
Kobis Bunga ikut suka
1 Plastik Podak Jagung
2 Peket Cendawan Enoki
1 Kiub Tomyam Adabi
1 Peket Pes Tomyam Adabi
3-4 sudu besar minyak untuk menumis.
Air...4 cawan


Masukkan minyak ke dalam periuk,baru on api.
Bila minyak panas,masukkan bawang besar,bawang putih,serai,Daun Limau purut dan Cili api...
tumis sampai bawang sedikit lecur.
Masukkan tomato,tunggu sampai tomato hancur...dan kacau selalu.
Kalau tidak nanti melekat di periuk.
Masukkan ayam...kacau lagi.Dlm 5 minit...
masukkan pula sotong.
Tunggu sehingga sotong bertukar saiz/Kecut sedikit.
kacau lagi.Pecahkan Tomyam kiub dan masukkan.
AGAk mendidih,masukkan pula pes tomyam,garam dan gula.
Kacau hingga pes tomyam sebati dengan bahan2 tadi.
Masukkan air.Tunggu sehingga mendidih,boleh masukkan sayur kecuali Enoki.
Sayur ni potong lah ikut suka hati anda.
Agak2 sayur dah empuk baru masukkan udang.
Ini untuk mengelakkan rasa manis udang meneggelamkan rasa ayam.
Jgn lupa masukkan cendawan Enoki.
Biarkan mendidh sehingga kelihatan udang berwarna kemerahan.
Dlm 5-8 minit.Kemudian bila dah semuanya masak,tutup api
Kacau2 dulu masakan tadi,baru perahkan Air Limau NIpis
Tujuan kita perah limau selepas tutp api
Nak mngelakkan rasa masam limau bertukar pahit





Lauk Berbuka td:
Ikan kembung Masam Manis




Sum-sum



Lauk berbuka td




Popia Otak2 Goreng



Sup cendawan

Thursday, September 10, 2009

Hari ni x masak...tapau saja!!

Berbuka tadi makan SATAY wak! Dgn roti beli kat JUSCO






Sebabnya...kami pi JUSCO kat MALURI
Lepas selesai urusan di Bank Rakyat
Cari baju raya budak berdua ni
BONUS 250 x dapat lagi kat tangan.
Tapi Mama dah beli benda2 ni...





Yang ni untuk derang berdua, 2 baju ni sebenarnya warna Unggu terung,dlm gambar nampak mcm blue-black pulak...Mama saja beli kaler sama...baru nampak cam adik beradik sikit,dan satu lagi sebab...Mama pon suka kalau satu family pakai sedondon!Biasanya Mama dan anak2 saja sedondon....abah dia jarang sangat....pada dia asal pakai baju,org lelaki senang saja.X mcm Mama ni ha....beli baju anak2 mesti bayangkan dulu warna baju Mama..;)

Ingat nak belikan derang kemeja...tapi raya2 ni agak leceh nak kena gosok baju kena Q,sebab ramaikan,tahun lepas punya kemeja pon baru pakai sekali dua je...so belikan T-shirt sajalah





Dua pasang t-shirt untuk Najmi ngan Naufal



Ni sandal Tom & Jery...Najmi menangis2 nakkan gambar kartoon ni,Naufal pon follow je abng dia...dua2 kalau apa2,seme nak sama! Ini abah yang belanja.X beli kasut mcm tahun lepas...sebab x pakai pon.Pakai selipar juga...sebab senang nak beraya.X banyak pilihanlah sandal budak2.Jenama mcm Kikilala ada...comel designnya...tapi x de saiz pulak,tulahkan sapa suh shopping last minit...banyak kasut yang berkenan dan harga berpatutan x de saiz.




Ahah...yang ni Mama punya kasut raya...simpel saja designnya...kasut ni...mama first berkenan...round lagi...jumpa yang lain...tapi x de saiz...pendek kata ni memang cinta pandang pertama dan berjodoh dgn kaki Mamakan!Harganya pon x sampai rm100

P/s: Dah calculate seme...jumlah perbelanjaan hari ni masih lagi dlm lingkungan bonus yang diberi..siap ada baki lagi!Baki tu untuk amik baju melayu budak2 ni kat Kg..;)

Wednesday, September 9, 2009

Dapat juga BONUS

Alhamdullillah...walaupon jumlahnya RM500 dan dibayar 2 kali
Saya tetap bersyukur...sekurang2nya berat juga poket nikan
Boleh juga buat bayar duit kuih dan tudung + bagi duit raya kat anak2 buah!
Cuma, MDH rasa telan air juga,dia kakitangan Gred B,so x dapat
Sebab bantuan ni hanya diberikan pada kakitangan sokongan saja
Terima kasih pada kerajaan,terima kasih pada CUEPACS.

Hari ini rasa penat dan ngantuk
Sampai umah tadi....terus buka tudung...baring atas sofa dan lelap
Langsung x ingat apa,memang rasa sangat letih,dlm kul 3.45 td
Mata memang dah mengantuk sesangat,tersengguk-sengguk kat depan komputer
Tersedar bila Mak Chu kejutkan sebab dah pukul 6!
Cepat2 gi ambik wudhu dan solat Asar
Masuk dapur...Mak Chu dah siap tenggek Nasi,dan kupas bawang
Terima kasih Mak Chu,ada Mak Chu...ringan sikit kerja saya
Ada pembantu yang tolong2 kerja umah dan kerja dapur
Sekurang2nya bab siang bawang dan sayur2 tu dah beres
Hari ni cuma buat Ikan Jaket belah belakang...dgn lobak putih masak air
+ Padprik semalam masih berbaki. Pemanis mulut,cuma Puding Mangga beli kat GIANT!
Air pulak...air masak sejuk sajo! Nak amik gambar pon x de mood...sebab masih tersa penat dan ngantuk.Ngam2 semua terhidang atas meja...azan pon bunyi!

Najmi ada hobi baru untuk hilangkan boring
Snap gambar guna HP Mama
Pagi td Mama tugaskan dia ambik gambar DOG,tapi x de sekor DOG pon yang kelihatan
Sepanjang jalan dia bising,sebab x jumpa DOG
Tapi senyum sampai telinga bila boleh snap gambo DIGI gemuk kaler kuning Kat Papan IKlan tepi jalan
Dia cakap gambar tu nanti balik nak tunjuk kat adik,sebab Naufal suka sangat dengan karekter ikon DIGI tu

Masa balik ptg tadi, terus dia ambik HP Mama
Habis gambar lampu isyarat ngan tiang lampu dia ambik
Lepas tu Mama saja soh dia ambik gambar org dlm kereta kat belakang kami
Mama soh ambik banyak2...sampai cuak budak yang naik PERSONA tu
Bila lampu Hijau...kami dah gerak agak jauh baru kereta tu gerak
Sampai kat highway dia jarakkan kereta dia dari kereta kami
Mama dgn Mak Chu punyalah sakit perut gelak...ni semua gara2 si Najmi yang tengah kemaruk dgn kamera HP Mama!

Monday, September 7, 2009

Dah lama?















Ye dah hampir 3 bulan 2 org kanak2 RIBENA ini tidak dibawa keluar bertemua org ramai.Alasan sebenar risau H1N1.So anakku hanya keluar time ke Kindergarten dan kerumah pengasuh, balik kampung.

Semalam...abah derang pergi ky HYTEX....konon2 nak cari baju untuk dua bujang ni.Mama awal2 dah reject x mo ikut...malas nak bersesak.Org lelaki shopping...mcm x shopping balik dpt 2 helai T-Shirt saja! Tu pon untuk Najmi buat basahan pergi KINDI...Naufal punya x de.Kalau Mama yang pergi...paling koman 3-4 helai dlm tangan!So nak jimat soh abah gi lenkali...kikikiki.Mama terkejut juga dia nak pergi HYTEX tu,sebab sebelum2 ni...mana nak dia pergi jualan gudang mcm tu...ramai org katanya

Balik tu abah bagi tahu...budak2 kena bawak sebab dia masa gi HYTEX tu,sempat singgah jualan penghabisan stok kat BINTANG.Dia ckp nak beli songkok...so kami keluarlah anak beranak.Oklah not bad...songkok budak2 RM9.00...x tahulah murah ke mahal sebab x pernah belikan derang songkok sebelum ni...;)Lepas tu carilah seluar basahan untuk Najmi dan Naufal.Banyak juga kami beli seluar Naufal 3 pasang...Najmi 3 pasang...cuma RM60.oo je.Kualiti pon ok,cuma x de brand...brand BINTANG!Jadilahkan buat pakai2 salin masa raya nanti.

Mama pon terjebak juga...boleh ke beli baju mengandung(kes baju tu comel gila) dan skirt...harga untuk kedua2nya RM20.00.Sangat berbaloi pergi,barang murah2!

Sunday, September 6, 2009

Abg x nak HITAM!



Lauk berbuka semalam,Asam pedas ikan kembung,Pucuk Paku goreng,ikan masin...buah pisang


Sahur pulak...Mama masak ni. Tomyam ayam...sebab lauk berbuka tadi dah habis..;)


Airnya Oren dong!



Ayat anak teruna saya pada Mak Chunya
Bila Mak Chu cakap dia nampak makin hitam
So mak chu ni gi Saiko pulak anak sedaranya
Kalau Najmi x mau hitam jgn banyak main panas...main kat luar
Nanti makin hitam!
Yang jadi anak sedara boleh percaya
Tadi keluar dengan Naufal hantar barang kat bawah
Ajak dia dia x mo ikut.
Masuk je dalam rumah tadi...dia cakap kat adik
Kan Naufal dah hitam...sapa suruh ikut Mama keluar!

Najmi skang ni...memang le sangat addicted dengan games.
Balik sekolah,terus serbu masuk bilik kerja abah..buka PC main game
Dah puas2 main game,dia buka pula TV tengok kartoon netwrok
So...dah bincang dgn abah...gugurkan kartoon network
Daripada langganan...ni pon sebab bil astro dah naik melampau2
Sayang duit melabur bayar ke astro,ingat nak gugurkan juga langganan untuk sukan
Tapi mana bolehkan...mesti abah x nak...+ mama x de kuasa veto
Sebab bil Astro abah yang bayar...so...mulai bulan depan no kartoon netwrok
No Playhouse disney(siaran ni ok sebab ada unsur pelajaran,tapi pakej mai sekali...so kensel jugaklah)

Tadi Naufal jatuh basikal,pelik sungguh camne leh jatuh
Sebab tayar tu dah ada tayar tambahan tu.
Dah 2 kali dia jatuh basikal tu
Tapi x serik2 lagi, naik juga
X dianfikan...Naufal memang sebijik cam Mama...x pernah serik
X pernah rasa takut walaupon dah tahu naik basikal tu kalau kayuh laju2
Pas tu kona baring pulak, cepat terbalik !
Dia pon dah pandai mcm2 skang ni
Kalau minum air...abng pon nak minum air
Mesti masing2 berebut nak minum dulu...ada sekali mama geram dua2 x bagi minum...
BOleh pulak masing2 mangalah...minum sama2!
Lepas tu seme benda abg buat nak ikut...termasuk time abng baca "Bacalah Anakku" dan baca Iqra...ok lah tukan.
Lagi satu masing2 dah pandai nak pakai baju sedondon.
Kalau x sedondon kaler...sedondon corak baju pon jadilah..;)

Friday, September 4, 2009

Kisah Ramadhan

Sepanjang bulan posa ni saya suka sangat:

Masuk laman web resepi...cari resepi yang ngarut2.Bukan nak masak sangat lebih pada nak layan mata!

Suka masuk web yang jual baju kanak2, saja cuci mata berangan nak cari yang sepasang,untuk Najmi ngan Naufal.

Suka up-date apa yang saya masak untuk berbuka.Sangat nikmat rasanya tau.Dah masuk 14 ramadhan...dah x tahu nak masak apa.Kwn2 jgn rasa apa2 ok...x berniat serong melainkan seronok memasak saja.

X larat dengor Najmi yang asyik ajak singgah pasar malam...setiap kali nampak Pasar Ramadhan.


Masak awal2 bagi budak2 dua org tu mkn.Kalau derang x nak paksa juga sebab x mo depa mengacau time berbuka.

Kalau nampak Buah Tembikai mesti rasa nak beli...kenapa ye? Padahal kalau x posa minat Epal je...kekekekeke.

Pagi2 rasa nak cepat pergi keje...mybe rsa dah lama sangat berjag...sebab lepas sahur x boleh tido...kalau tertido...sah lambatnya.

Kalau boring dan ngantuk...ulang2 masuk blog sendiri dan kawan2 sampai mata naik berpinar...cayalah ni salah satu cara nak ilangkan ngantuk!



Balik Umah...kul 6.00pm sampai 8.00pm layan Astro Oasis,banyak perkara baru saya belajar.Rancangan pon menarik.Umah kecik buka TV kuat2....sampai kat dapur pon boleh dengr!






Menu semalam...Kerabu Kerang,Sambal Sardin, Nugget (gorengkan budak2 mentara derang nak tunggu nasi dan lauk siap)


Kerabu kerang




Menu hari ni, Ayam Masak Kicap




Ulam Tenggek burung

Hari ni masak satu lauk je sebab sambal sardin semalam ada baki.So...ala kadar saja menu berbuka kami.X delah beria2 masak pon.Yang penting home cooked!