Showing posts with label Birthday ke 31. Show all posts
Showing posts with label Birthday ke 31. Show all posts

Sunday, November 1, 2009

Alhamdullillah 31 tahun yang penuh dgn ragam kehidupan!






Bersyukur ke hadrat Ilahi...masih lagi berpeluang dipinjamkan umur sehingga cukup 31 tahun hari ini,moga selepas ini andai diambil nyawa yang dipinjam ini...diambil dlm keadaan dlm iman dan Islam ...Amin.

Terima kasih pada suami,ahli keluarga dan kawan2 yang wish samada melalui lisan,SMS atau facebook.Terima kasih sejuta kasih sayang atas ingatan kalian!

Cuma buat Pulut Kuning dan rendang ayam sahaja hari ini,nak celebrate ..memang jarang2 dibuat,kecuali birthday anak2...buat di Kindergaten.Tq Mak Cu buatkan kek yang sangat comel untuk akak!
Dan anak2 yang bersusah payah dtg kejut cium kat pipi sorang sekali jam 12.00 mlm tadi!
Baik saya mahu pon suami...pada kami ingatan yang penting...so ada masa dapat hadiah ada masa x dapat...itu perkara biasa!Dikalangan keluarga saya sendiri pon...x pernah ada sambutan hari jadi.Nak romantik2 memang x merasalah...sebab dari berkawan memang kami x begitu.
Sekadar wish...dan ada masa dapat hadiah...so x delah yang kurangkan .






Tiba2 terasa nak buat mcm biografi pulak...scan gambar2 lama
Boleh juga buat kenangan...bila sambut birthday ke 32 nanti...mesti ada yang berubahkan?
Tengok gambar2 lama kat bawah ni terasa betapa manisnya perjalanan sebuah kehidupan
Dari kanak2...jadi remaja,bekerja dan berkahwin,menimang cahaya mata,hingga kesaat hari ini,alhamdullillah...walaupon ada masanya berliku...namun perjalanan yang mudah...memberi saya semangat untuk teruskan kehidupan dan menjadikan apa yang berlaku sebagai rencah kehidupan yang perlu dilalui selagi nyawa dikandung badan!




























Muhammad Najmi Alias







Muhammad Naufal Waie Alias