Thursday, October 27, 2011

Kristal card holder







P.R.O.J.E.K terbaru...;)

P/S: Nanti letak gambar yang lain2 pulak, bermcm2 kaler.Design hanya 2 saja setakat ini yang sempat dibuat. nak order leh tinggalkan mesej kat sini TQ.

Tuesday, October 11, 2011

Ada ibu ayah x ajar anak2 beli barang mahal, tapi bab makan mahal2 x pe
Ada UMi ABI....pakaian biarlah sederhana, tapi kalau beli kasut kena mahal nak soh tahan lama
ada mama papa ajar anak2...beli buku ilmiah x pe, jgn bazir beli komik
Ada juga...beli baju mahal x pe...jgn barang mainan membazir
apa pon sebutan dan panggilannya
Kita semua adalah keluarga
Apapon larangannnya....kita tetap ibu bapa
Itulah pengalaman namanya!
menjadi ibu bapa, mama-papa, umi-Abi tidak mudah
Dan cara kita x sama, seperti berbezanya panggilan anak2 kepada kita
Moga jln yang kita pilih...terbaik untuk anak2 dan keluarga kita...amin
!

Sunday, October 9, 2011

Usah melabel!

Kalau barang makanan perlukan label H.A.LaL...mcm mana dgn manusia?
Rasanya kalau semua manusia ni dah siap2 label
Dlm badan tu ada apa...kondisi organ2 penting mcm mana
Herm...agak2 kau orangkan berapa banyak yang laku?
Tu belum lagi label kelemahan
Label Perangai
Label hati bersih ke x...herm...lagi sakit kepalakan.
So x perlu nak label2 org..nak listkan
Pilihan anda itu bagus bila...org tu mcm ni mcm tu
Org tu x bagus bila dia mcm tu mcm ni
Dia x semestinya bagus bila dia ada tu ada ni
Siapa kita nak judges org sampai mcm tu sekali
Berhakkah kita melabel manusia hanya atas dasar pengalaman kita seorang?
Nak share it's ok...tapi bila sampai tahap melabel...itu dah lebih
Ada manusia masa mula2 kenal sangat baik...sampaikan x de satu pon salah
Dah lama2 tu pon x tahu berapa lama...baru nampak yang x elok
Dan kita kena percaya juga..x de manusia sempurna termasuklah diri kita sendiri
Kalau jadi apa2 yang worst,jgn asyik labelkan kita saja menjadi mangsa
Walhalnya ada juga sikap buruk kita yang menyumbang pada apa yang terjadi.
M.U.H.A.S.A.B.A.H diri...jgn sampai D.En.D.A.M merantai rasa marah dan kecewa.
Kalau terus beginilha sikap kita memandang manusi....SARDIN dlm tin nampaknya lebih berharga dari manusia, jika dinilai dgn label yang terlekat diluar kulitnya...;)
Me...mengingatkan diri sendiri juga.

Friday, October 7, 2011

Saya x kisah kalau awak ulang apa yang saya pernah cakap pada awak,
malah saya puas hati sebab awak turut rasa apa yang saya pernah rasa
Mcm mana sedih,sakit, geram dan membara marahnya dalam hati
Bila org x pernah cuba nak fahami kita, susah nak kesian kat kita
Susah nak hargai apa yang org lain dah buat,
susah nak terima yang org lain pon lelah juga
Yang org lain pon dah buat tanggungjawab dia walaupon bukan seperti tanggunggjawab yang kita nak dia buat
Bila org x pernah fikir dan cuba merasa apa yang kita rasa
Bila org anggap apa yang kita buat x penting
Apa yang dia nak kita buat je penting.
Moga ia jadi pengajaran kita bersama!

Tuesday, October 4, 2011

Bila aku dah 40

Teringin rasanya nak ada sebuah rumah diatas tanah
Dipinggiran bandar, biar x besar x pe...asal lamannya luas
Dlm kampung lagi aku suka
Suasana desa ermmmm...mesti seronok besarkan anak remaja dlm suasana mcm tu
Dekat sikit dgn laluan org, senang nak buka kedai pacak
Nak jual Nasi Lemak, Mee Bandung dan Nasi ayam
X mau restoren...dah tua2 nak uruskan kedai besar bukan mudah
Kedai pacak senang sikit...cuma buat untuk bungkus saje
Masak nasi lemak satu periuk, kuah mee bandung seperiuk...dan nasi ayam satu periuk
Berniaga x perlu lama, cukuplah pagi habiskan nasi lemak, lepas break solat zohor
Amik anak balik sekolah, pastu sambung nasi ayam dan mee bandung.
Ptng dah boleh balik umah...habiskan masa dgn anak2 dan suami...
Siram pokok2 dlm taman herba, sayur2 kat tepi rumah
Bagi makan ayam, bela kucing seekor dua
Mlm boleh ikut suami dan anak2 ke surau
Sabtu ahad masuk kelas agama
ada free leh layan menjahitkan.

Kalau boleh ptg2 masa senggang tu...ada laman luas, nak tanam pokok2 herba...
buat taman kat umah
Nak tanam sayur2 untuk makanan harian...nak bela ayam sereban...
nak buat makan sendiri
Sambil2 buat hibur2 hati dan teman masa anak2 ngan husband diluar dgn urusan mereka
Boleh juga ayam2 tu makan nasi ayam, nasi lemak kalau x habis.

Bila tua nanti...rasanya x perlu dah barang kemas meluyut2
Duit meniaga leh simpan wat pergi haji, x pon sblum 40
kalau dah selesai rukun ke lima tu alhamdullillah
Boleh pergi lagi untuk kali kedua
Wat tampung2 jajan anak2
Dan jajan sendiri..."ngeh"
Baju dah jimat sebab dah boleh jahit sendiri
Cuma sentiasa doa pada allah, bagi kesihatan yang baik
agar dlm umur 40 aku x susahkan anak dan suami sebab kena jaga aku yang sakit
Allah kuatkan semangat aku untuk buat kerja2 yang aku suka
Dan...doa aku...moga allah makbulkan impian aku...nak berumah didesa
Diatas tanah...yang punya laman yang luas, yang boleh buat aku realisasikan
impian dan cita2 aku, moga ia turut dpt memberi manfaat pada insan2
yang aku sayang....Amin