Showing posts with label Kuali. Show all posts
Showing posts with label Kuali. Show all posts

Monday, January 4, 2010

Sama tapi x serupa?

Bancuhan yang sama...tapi jadi benda yang berlainan?
Ini ujikaji yang sangat saya suka...sebab dua2 kaedah,bancuhan bertukar menjadi sesuatu yang cantik dan sedap dimakan...yey...tambah lagi resepiku!


Bahan2:

3 cwn Tepung Berserbuk Penaik
1 biji telur
2 Cwn susu cair
satu cawan gula melaka/gula merah/nise kerek
setengah cawan gula pasir
Setengah cawan air
2 sudu minyak masak


Mula2 tapis tepung...kemudian bancuh sedikit2 dengan susu cair sampai adunan sebati dan pekat.Lepas tu masukkan telur dan kacau ikut putaran jam.Kalau rajin boleh guna mixer,saya guna sudu biasa je. Masakkan gula pasir+gula merah dgn sedikit air.Jgn cair.Make sure gula yang dimasak tu menghasilkan cecair yang pekat. Kemudian masukkan dlm bancuhan tadi.Bubuh minyak dlm bancuhan kalau anda mahu mengukus bancuhan.Jika tidak x perlu bubuh minyak dlm adunan.Anda boleh buat Pancake dgn menggorengnya bersama sedikit butter.Boleh juga menjadi Apam kukus...kalau dikukus selama 15/20 minit.TQ dan selamat mencuba!



Ini hasilnya selepas dikukus



Yang ni pulak bila digoreng.

Sunday, January 3, 2010

Aktiviti cuti



Siakap Sweet Sour

Resepinya:

2 ekor siakap @ikan lain pon x pe
2 biji Bawang besar (Potong Dadu)
4 Ulas Bawang putih (Potong Dadu)
2 sudu cili boh
2 Biji Tomato (Potong Dadu)
Nenas (Potong Kiub)
Serai 2 btng (diketuk)
5 Sudu besar cili Sos
3 Sudu besar Sos Cili
2 Sudu Besar Sos Tiram
Garam
Gula
Minyak untuk menggoreng
Sedikit Tepung Jagung.

Ikan dibasuh dan disiang serta dikelar2.Sapa suka stim leh stim dulu dgn halia dan sedikit bawang putih. Tyha goreng je sebab nak cepat.Tus ikan ....kemudian lumur garam dan tepung jagung.Tyha guna penapis air letak tepung lam tu then tapis atas ikan.Nampak cantik dan x tebal salutan tepung.Minyak kena betul2 panas dan menenggelamkan ikan.Kalau sayang minysk,sebelah tenggelam pon x pe.Tapi kena simbah2 minyak atas ikan.Nanti kat bahagian kelar tu akan merekah cantik.Ni juga mengelakkan ikan hancur masa dibalikkan.

Tumis bawang besar dan bawang putih serta serai.Dah naik bau masukkan cili boh...tumis sampai naik minyak.Masukkan tomato.Kacau sampai nampak tomato layu.Masukkan garam dan gula.Then cili sos,sos tomato,sos tiram...kalau kering sangat masukkan sedikit air.Sikit saja....dlm 5 sudu.Sebab x mahu dia terlalu cair,dan nakkan pekat semula jadi tanpa dicampur dgn tepung jagung. Rasa...kalau ada yang suka masam lebih...5 sudu air tadi bancuhkan asam jawa...dan bubuh. Bila dah nampak pekat masukkan potongan kiub nenas.Nenas ni beli je kat gerai org jual buah potong.Lebih jimat sebab nak guna sedikit sahaja.kacau semula dlm 3 minit....tutup api...curahlah kat atas ikan.Siap untuk dimakan!








Mcm Biasa...aktiviti masak memasak mesti adakan.Masak sebab mak dtg!










Ni aktiviti berposing..hehehehehe.X kemana2 juast jln2 dlm Selayang,pastu td pi Shah Alam.Banyak masa lepak kat umah je.

Thursday, December 3, 2009

Mee Bandung,Najmi cabut gigi



Hari ni alhamdullillah berjaya puasa ganti.Ingat esok nak puasa...cuti sabtu ahad...then Isnin nak buat lagi sampai habis 8 hari Inshaallah.Puasa...x lalu nak makan nasi...so buatlah mee bandung.Lega...sesedap rasa mee bandungku.Minta maaflah sebab setiap kali post gambar x dipos sekali resepinya.Malas nak menaip sebenarnya + saya masak biasa2 saje...mcm org lain juga.Resepinya xlah istimewa.Jadi andai kata bila2 ada yang berminat nak resepi just email me okeh.Semua tu resepi yang mudah2 saja.Inshaallah x susah nak mengingatnya.Ialah dah biasa buat benda yang sama dan masak sendiri...resepi memang dah hafal!




Gigi Najmi yang berlapis sudah selamat dicabut.Kat klinik kerajaan depan apartment kami je.Abah cuti sekolah...so minggu dpn pon kena pergi lagi ada follow -up.So Abah kenalah menghantar Najmi...sebab cuti sekolah.Mama ni dok risua juga.Telefon kul 10 lebih tu...ckp dgn Najmi dia rileks je...maklumlah dapat upah robot harga rm8.00! Abah ckp kalau setiap kali cabut gigi or jumpa doktor gigi kena upah robot...bengkoklah poket abah!

Wednesday, December 2, 2009

Still under mood cuti


Konon2 hari ni nak keje....tapi rasa malas sangat
Sebabnya memang dah apply cuti sampai hari ni
So abahlah jadi mangsa...hantar anak2 ke Kindi dan Nurseri
Saya cuma lepak2 kat umah...sambil jemur baju dan mengemas
Hari ni hari pertama Naufal masuk Nurseri UIA
Alhamdullillah...abhnya kata dia x banyak ragam...ikut je teacher dia
Hem...kalau ngan Mama x tahulah dia akan ok ke x...;)
Kalau dgn abah...budak berdua ni memang x pernah ada masalah
Ngan Mama je selalu derang banyak songeh.
Hope dia akan ok2 dan adapt dgn persekitaran baru di Nurseri...Inshaallah.


Tadi masak kicap ayam dgn ulam tomato je
Tu je yang ada dlm peti ais...sejak balik hari selasa..memang malas sesangat nak keluar...masak je apa yang ada dlm peti
Ayam pon abah keluar semalam...dia belikan
Kalau x harus mkn telur goreng dgn sardin lagi hari ni!

Friday, October 30, 2009

Masak2...hiburanku

Dlm proses pindah bahagian...dari pembelian kepada bahagian rekod.
Busy dlm masa 2 minggu ni...sebab surat pertukaran baru dapat
Siapkan sebolehnya segala kerja tertunggak...ikut termampu
Barang2 personal seme dah kemas dan masuk kotak
Tinggal keje2 jelah....kena habiskan order buku.
Dlm minggu ni banyak kali jugalah stay back,x tahu lagi nak claim OT ke or biarkan saja
Mybe kalau rajin nak isi segala mak nenek form,claim
Kalau idak kira jariah sajalahkan...sebab banyak gak mengulat time keje.."singh"

Dlm sibuk2 masak juga yang jadi penghibur!




Mlm tadi balik kul 9.00 sampai umah...sempat masak kari ayam...cicah dgn roti...sedapnya!Mula2 nak makan ngan pulut,tetiba rasa malas....so hari ni nasi yang masak mlm tadi tu x berusik...bawak dengan periuk sekali gi opis...dahsyatkan..;)




Fried Butter Prawn...first time try.X berapa nak jadi sebabnya...kesilapan saya...minyak goreng udang tu goreng balik untuk rencah...so serdak2 tu jadi x comei!
Buat pon main agak2 je...x ikut resepi.Main pandai2 je letak bahan2 dan cara masak!Sib baik menjadi dan rasanya pon not badlah.Lenkali nak buat lagi dan kali ni...akan improve lebihlah untuk presentation yang lebih menarik.



Sunday, October 4, 2009

Hiburan Ahad dan kisah Cucuq Udang!



Mlm tadi x sempat nak posting gambar ni sebab tengah up-date line pening.
Ini adalah cubaan ke-6 saya membuat cucur udang...
alhamdullillah...kali ke-6 menjadi seperti yang saya nak.
Sebelum ni asyik keras...masuk dlm senduk lekat x keluar....
lagi bersemangat nak try ni sebab....suami beli sate kegemaran kami sekeluarga
kuah kacangnya pula sangat mabeles!
Udang pulak dah masak sambal ada baki 7 ekor...
apalagi memang sesuai sangatlahkan di buat cucur...untuk sarapan pagi.
Bancuhan ni saya x sukat.Main campak2 saja.Sebab tepungnya ...
lebihan saya buat cendawan celup tepung....tambah dgn baki telur buat cendawan juga.
Bila tengok cucur udang ni...buat saya berfikir
Kadang2 kepercayaan pada diri itu penting juga sebagai tukang masak
Jgn terlalu berharap pada resepi semata2
Kepala kena banyak fikir juga...supaya apa yang nak dimasak menjadi!

















Mkn2 kat jamuan raya anjuran Persatuan Penduduk Sri Astana Apt
Lepas tu yoya-yoya kat Kepong...main layang2!

Thursday, October 1, 2009

Majuk

Ye majuk dgn blog yang meragam
Internet yang x berapa nak ok kat umah (line nasib...biasalahkan)
Majuk dgn mcm2.
Dah lama dapur x berasap dari 26 Ramadhan semalam masak ni...;.



Kuew Teow Seafood

Sedap...letak kerang,udang,telur, kucai dan Taugeh...Makcu Mkn tambah sampai 2 kali!


Tengah kemaruk main FARMVILLE kat Facebook!
Tadi siap soh Sarah tolong tuaikan hasil...penat beb tunggu pokok berbuah!!

Esok ada jamuan Raya kat UIA.Sultan Pahang sudi datang.Sapa nak mkn free meh dtg UIA okeh!

Next week...Inshaallah nak start ganti puasa...kalau sempat nak sambung pulak puasa enam...;)

Wednesday, September 16, 2009

Nak menang tupperware jugak!

What you have to do :

1) add dini-tupperwarekiosk.blogspot.com to ur blog list

2) make an entry tentang satu jenis masakan favourite anda/keluarga untuk bersahur . Sila nyatakan resepi dan cara-cara membuatnya (boleh kita share sama-sama dengan pembaca lain ye)

3) Masakan mestilah seimbang dan tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk penyediaan.

4) Tinggalkan link ke blog anda berserta email add di bahagian comments

5) Spread the give away around. Upload pic giveaway di atas di side bar anda dan link kan ke dini-tupperwarekiosk.blogspot.com giveaway- mari berkongsi resepi sahur.

6) Closing date will be on 30 Sept.


hadiahnya ialah .........................





Sweet pink & cool Aqua tumbler set




Ini resepi kegemaran waktu sahur...

Ikan kembung...diperap garam kunyit dan goreng
1 Biji bawang Besar potong kiub
Tomato 2 biji...potong kiub
3 Biji Bawang putih...Cincang halus
Lobak Merah potong Dadu
Sedikit Halia,hiris halus
Gula 2 sudu kecil
Garam 2 sudu kecil
2 sudu lada boh
2 sudu Cili sos
2 sudu Sos Tomato
2 sudu besar air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis

Tumis bawang besar,bawang putih sampai naik bau.Masukkan cili boh... tumis sampai naik minyak..Masukkan tomato.Tumis sampai tomato sedikit hancur.Masukkan sos tomato,sos cili,gula dan garam.Tumis sampai garing,masukkan air asam jawa.Tunggu sedikit kering.Tutup api dah siap.Tuangkan diatas ikan.Kalau nak lagi menambah selera...ambik nenas kiub tabur atas tu..Senangkan x payah ketung-ketang kat dapur.Just hiris2 dan campak2 saja.Sambil hiris2 bahan tu leh goreng ikan.Selamat mencuba..;)

Monday, September 7, 2009

Dah lama?















Ye dah hampir 3 bulan 2 org kanak2 RIBENA ini tidak dibawa keluar bertemua org ramai.Alasan sebenar risau H1N1.So anakku hanya keluar time ke Kindergarten dan kerumah pengasuh, balik kampung.

Semalam...abah derang pergi ky HYTEX....konon2 nak cari baju untuk dua bujang ni.Mama awal2 dah reject x mo ikut...malas nak bersesak.Org lelaki shopping...mcm x shopping balik dpt 2 helai T-Shirt saja! Tu pon untuk Najmi buat basahan pergi KINDI...Naufal punya x de.Kalau Mama yang pergi...paling koman 3-4 helai dlm tangan!So nak jimat soh abah gi lenkali...kikikiki.Mama terkejut juga dia nak pergi HYTEX tu,sebab sebelum2 ni...mana nak dia pergi jualan gudang mcm tu...ramai org katanya

Balik tu abah bagi tahu...budak2 kena bawak sebab dia masa gi HYTEX tu,sempat singgah jualan penghabisan stok kat BINTANG.Dia ckp nak beli songkok...so kami keluarlah anak beranak.Oklah not bad...songkok budak2 RM9.00...x tahulah murah ke mahal sebab x pernah belikan derang songkok sebelum ni...;)Lepas tu carilah seluar basahan untuk Najmi dan Naufal.Banyak juga kami beli seluar Naufal 3 pasang...Najmi 3 pasang...cuma RM60.oo je.Kualiti pon ok,cuma x de brand...brand BINTANG!Jadilahkan buat pakai2 salin masa raya nanti.

Mama pon terjebak juga...boleh ke beli baju mengandung(kes baju tu comel gila) dan skirt...harga untuk kedua2nya RM20.00.Sangat berbaloi pergi,barang murah2!

Sunday, September 6, 2009

Abg x nak HITAM!



Lauk berbuka semalam,Asam pedas ikan kembung,Pucuk Paku goreng,ikan masin...buah pisang


Sahur pulak...Mama masak ni. Tomyam ayam...sebab lauk berbuka tadi dah habis..;)


Airnya Oren dong!



Ayat anak teruna saya pada Mak Chunya
Bila Mak Chu cakap dia nampak makin hitam
So mak chu ni gi Saiko pulak anak sedaranya
Kalau Najmi x mau hitam jgn banyak main panas...main kat luar
Nanti makin hitam!
Yang jadi anak sedara boleh percaya
Tadi keluar dengan Naufal hantar barang kat bawah
Ajak dia dia x mo ikut.
Masuk je dalam rumah tadi...dia cakap kat adik
Kan Naufal dah hitam...sapa suruh ikut Mama keluar!

Najmi skang ni...memang le sangat addicted dengan games.
Balik sekolah,terus serbu masuk bilik kerja abah..buka PC main game
Dah puas2 main game,dia buka pula TV tengok kartoon netwrok
So...dah bincang dgn abah...gugurkan kartoon network
Daripada langganan...ni pon sebab bil astro dah naik melampau2
Sayang duit melabur bayar ke astro,ingat nak gugurkan juga langganan untuk sukan
Tapi mana bolehkan...mesti abah x nak...+ mama x de kuasa veto
Sebab bil Astro abah yang bayar...so...mulai bulan depan no kartoon netwrok
No Playhouse disney(siaran ni ok sebab ada unsur pelajaran,tapi pakej mai sekali...so kensel jugaklah)

Tadi Naufal jatuh basikal,pelik sungguh camne leh jatuh
Sebab tayar tu dah ada tayar tambahan tu.
Dah 2 kali dia jatuh basikal tu
Tapi x serik2 lagi, naik juga
X dianfikan...Naufal memang sebijik cam Mama...x pernah serik
X pernah rasa takut walaupon dah tahu naik basikal tu kalau kayuh laju2
Pas tu kona baring pulak, cepat terbalik !
Dia pon dah pandai mcm2 skang ni
Kalau minum air...abng pon nak minum air
Mesti masing2 berebut nak minum dulu...ada sekali mama geram dua2 x bagi minum...
BOleh pulak masing2 mangalah...minum sama2!
Lepas tu seme benda abg buat nak ikut...termasuk time abng baca "Bacalah Anakku" dan baca Iqra...ok lah tukan.
Lagi satu masing2 dah pandai nak pakai baju sedondon.
Kalau x sedondon kaler...sedondon corak baju pon jadilah..;)

Thursday, September 3, 2009

MeNTAra NaK G KeJe


Ni Menu 31 Ogos/10 Ramadhan 1430

Padprik ayam,telur dadar,Chap Choy Goreng dgn Cek mek molek, air: Teh Misai Kucing






Yang ni 1 Ogos/ 11 Ramadhan 2009

Ikan goreng, nugget,bayam masak tumis,dengan sotong goreng kunyit
Air: Oren




2 Ogos/12 Ramadhan 2009.
Sambal sotong kurita, sayur goreng dgn sosej ayam..;)
Yang ni paling sempoi...sebab Mama meronggeng kat Giant dulu semalam selepas balik keje...balik dah lewat masak mudah2 je. Air: Oren




Baru habis kemas meja mkn...jap lagi nak iron baju...nak post dulu menu Ramadhan selama 3 hari...;)

P/s: Seronoknya up-date blog subuh2 ni...laju berdesup...!!!

Monday, August 31, 2009

Balik kg yng menyeronokkan v2

3 gambar ni...barang yang Mama bawak dari kampung.Ingat nak bawa balik kelapa biji...tapi kelapa x gugur pulak.Nak ambik daun kesum ngan bunga kantan pon Mama x sempat sebab teringat nak kutip menda2 tu pon dah dekat nak balik dah.So amik yang mana sempat jelah.




Ni,Daun Misai Kucing yang Mak dah keringkan.Sedap tau...kami buat Teh Misai Kucing,setiap kali bersahur...daun yang kering tadi direbus...then bancuh mcm teh,guna gula...sedap rasanya,x pahit langsung...mcm air cincau pon ye jugak.



Mcm biasa...stok serai wajib mama ambik!




Yang ni pulak...Pucuk Misai Kucing dgn bunganya + Pucuk Puding Teh...nak buat ulam berbuka nanti


Gambar kat bawah ni...juadah berbuka semalam.
Ikan Jaket berlada,Agar2,Tempoyak masak hijau Mama yang masak.
Kuih lopes...jiran bagi.Kuih Tepung Pelita,Solok Lada dgn tembikai beli kat PARAM.
Nugget ngan kari ayam Mak Long punya air tangan,
manakala kobis masak goreng Mak Teh yang buat.
Kurma beli kat kedai...jenama Yusoof Taiyoob.
Seronok kalau ramai2 balik ni...boleh rasa masakan org lain juga.Tu yang jadi meriah tukan






Tembikai



KURMA..wajib ni untuk buka puasa!




Tempoyak Masak hijau..terangkat...lama x mkn.Kat Kg senang nak cari pucuk2.



Kuih Lopes...kami balas dgn agar2.Syokkan dok Kg...main tukar2 juadah.



Kobis Goreng




Tepung Pelita...Sedap...ialah org kg buat..x mcm kat K.L.Jarang nak jumpa yang sedap.



Solok Lada...kecik je cilinya...selalu besar2.Ni pon sedap.




Agar2 batik x berapa nak jadi.Sedikit terlembik + belang dia dah bercampur2...sebab mama x biasa dgn agar2 timbang.Tapi still boleh mkn lagi.



Ikan Jaket Sumbat Lada




Nugget Ayam.Najmi mkn mcm org puasa 3 hari x berbuka...hehehehehe


Last sekali...Kari Ayam Mak Long yang sangat Mabeles!

Maaf terpaksa buat dua posting..kikikiki...
Saja teruja nak cerita pasal balik kg yang best
hehehehehe...happy2 sementara nak masuk dapur dan masak untuk berbuka ptg ni
Tambah pulak Naufal dah tido...Najmi layan TV
So boleh menaip tanpa ada gangguan org nak main game!

Okeh...kalau td sesi bercerita
Ni pulak sesi tayang gambar makanan
JGn berbunyi perut tu ye,sebab cuma gambar je yang tinggal
Nak bagi rasa...dah x de dah...semua sudah masuk perut Maaa!!!
Lagi pon korang semua posakan...so sila jamu mata saja...dan bersabar hingga waktu balik,kalau x de bahan mentah dlm peti
Or rasa malas nak masak hari ni,sila panjangkan langkah anda kat PARAM terdekat
Mana tahu kat PARAm ada juadah jualan mcm ni disana...:)
x pon juadah lain yang lebih
membuatkan air liur anda merembes dan meleleh....;)
Apapon jgn ikut Nafsu ok...beli yang penting saja...jgn membazir!!!!