Monday, November 28, 2011

KUDIS api

Kesian naufal...dah 2 minggu kakinya naik kudis apai...
Masih x baik2 sepenuhnya...dah jumpa doktor dan berubat tradisional
My be dlm minggu ni kalau x baik2 lagi, kena jumpa pakar kulit...;)

Sakit Gigi

Ye dtg kembali...kali ni lebih berdenyut2!
Nah....kul satu pagi lebih
Mataku x boleh lelap...sakit berdenyut2 disekitar gusi dan gigi
Rasa mcm nak pitam dibuatnya sebab berdenyut!
Kalau duduk dan menulis rasa sedikit ok...bila berbaring tu yang rasa...adeh...sakitnya
Tapi mata ni sangat mengantuk...nak tido
Dah 3 biji ambik HOVIDO 500mg start dari semalam.
Tengahhari tadi dah x tertahan...siap amnbik postan 500mg!
SAKit hilang sekejap...habis kesn ubat...kembali menjengah sang derita!
Apa lagi nak buat ye? Aku perasan...bila pakai ubat gigi GAMAT, gigi mudah sangat terasa ngilu dan sakit
Adakah gigi saya alah dgn gamat?
Mujur sangatlah...antibiotik tu sentiasa ada dalam beg
NI baru lepas ambik..gigi rasa sengal dan telinga juga rasa berdengung, hidung tersumbat.Adeh....banyak tul sakitnyakan!

Sunday, November 27, 2011

Syair untuk S.a.h.a.ba.T

Sahabat....aku percaya hadirmu menceriakan hidupku
Dunia sunyi menjadi ceria dan meriah
Meriah dgn gelak ketawa
Meriah dgn cerita2 suka dan duka


Sahabat....bila engkau aku dampingi
Amanatmu kujadikan pegangan
Janji dan luahanmu ku jadikan simpanan hati
Rahsia kita berdua..biar pon dimamah usia

Sahabat
Andai aku x mampu memancing rasa percayamu
Siapalah aku untuk memusuhimu
Kau hanya tidak percayakan aku
Namun terlalu banyak perkara baik dan ilmu2 yang dpt kukongsi darimu
Tidak sedikit pon hilang rasa sayang
dan bahagianya aku sebagai insan yang menjadi sahabatmu
Sedikit pon tiada terkilan...jika kau mahu aku menghormati pendirianmu
Bukankah menjadi sahabat itu, perlu rasa toleransi dan memahami

Sahabat....
Andai aku berbaik dgn seterumu
X bermakna...aku mengkhianatimu
Padaku...berkawan biar seribu
Andai dia jelik dimatamu...namun apakah dosanya pada diriku?
Padaku, selagi manusia itu tidak mendatangkan masalah buatku
Tidak mencederakan diriku dan menghormati aku sebagai sahabatnya
Salahkan aku meneruskan silaturrahim ini?
Sedangkan allah ampunkan umatnya...
Siapalah aku untuk menghukum sahabat yang x pernah bersalah padaku?
Jika dia bersalah padamu...aku sebagai sahabat hanya mampu memberi
nasihat dan pandangan dari kacamata diriku...tidak lebih dari itu
Kerana aku tahu...tiada hak untukku memberi lebih dari itu
Amanah sahabat....bagaikan dicubit peha kanan, peha kiri terasa jua.
Aku sendiri tidak mahu menjadi manusia yang tidak jujur
Jujur...harga termahal sebuah persahabatan.
Kerana itu...aku tidak pernah berpura2
Apa yang kurasa kuluahkan padamu
Andai tidak sehaluan dgnmu...aku xkan mengalah
Kerana aku menegur dgn ikhlas....


Sahabat....
Manusia itu dilahirkan dgn kekurangan dan ketidaksempurnaan
Jgn kau nafikan rasa hatimu...jgn kau pendam kesumat dlm hatimu
Lambat laun....ia akan memakan diri
Makin kau simpan...makin kau begitu mahu melepaskannya
Jgn kau mainkan kata redha...sedangkan...kau x pernah terlupa meluahkannya
Berulang kali....bagaikan putaran video dilayar kamera
Walaupon luarannya kau menafikan...namun jauh disudut hatimu...masih tiada rasa puas
Maaf yang hanya dibibir, luka yang x pernah senbuh
Jgn kau turut campakkan rasa itu...hanya kerana kau bencikan seseorng
Dan org lain turut menerima tempiasnya.
Kerna hatimu terluka...kerana rasa x percaya dan sangkaan yang bukan2
akhirnya....ada hati yang terluka
Baru ku tersedar...aku ini bukan sesiapa sebenarnya padamu!
Dipandang sebagai duri dlm daging
Bagaikan api dlm sekam...membakar perlahan!
Ya Allah terima kasih kau temukan aku dgn dia sebagai sahabat
Hanya engkau yang maha mengetahui....segala yang terbaik disebalik pertemuan kami sebagai sahabat...Amin.


Tuesday, November 22, 2011

Kelas Make-Up...one and last




Alkisah dpt gi sehari je...hari kedua cik abe dah x bagi pergi.Tapi oklah ada gak dpt ilmu baru..;)

Tuesday, November 15, 2011

G.E.R.A>M

Dah banyak kali kereta kena bola masa parking kat umah
Cuma belum nak pecah dan kemek je lagi BUMPER, CERMIN, Or FLAT KERETA
Bila luahkan kat wall, jawapan pengerusi persatuan penduduk menyakitkan hati
Termasuklah dgn jawapan balaci2 org kuat persatuan
Budak2...nak buat mcm mana.Yes aku pon ada anak...aku pon tahu anak aku nakal
Tapi tegurlah...ni mcm nak salahkan kita sebab kecoh2 pasal isu tu
X kena kereta korang bolehlah...cuba kena? Kalau kena pon korang patut diam je
Sebab korang kan jenis memahami, jenis x kisah...alh budak2...ganti jele!
Aku doakan kalau kena kereta derang2 ni bior pecah satu kereta cerminya...
Kalau boleh nak tangkap gambar derang tengah senyum sambil pandang
cermin or bumper ke hapa yang rosak tu sambil ckp...alah budak2!
hati dah panas tahap menggelegak dah ni!
Dok apartment ke, umah teres ke...kena didik anak2 tu hormat harta benda org lain
Jgn jadikan alasan x de tempat nak main, so suka hati le budak2 tu nak main
Pedulik apa kalau derang x kisah kereta kena calar, kereta korang bukan kereta aku
Ni sebab kena kereta aku, aku sayang kereta aku walaupon buruk!

Friday, November 4, 2011

Najmi dan result periksa

ok....hujung2 tahun ni semua meriahkan
Result periksa anak2 hampir menjadi topik utama.
Masa periksa half year baru2 ni, Mama x sempat nak buat ulasan
Paper Najmi dan buku kemajuan pon Mama x tengok serah bulat2 kat En Alias
OK...insaf...hujung tahun ni...awal2 yang Mama tanya
Mana kertas periksa Najmi?
4 mata pelajaran dapat 100
Tapi matematik...drop kepada 85,budak ni jenis nak cepat siap
Tengok dia kaler bentuk kubus...bukan kaler tapi lebih pada C.O.N.T.E.N.G!
Tanya dia kenapa buat mcm x siap...dia ckp najmi dah kalerkan..."singh"
Budak sekarang memang cerdik2kan bab menjawap.
Mamat ni lemah bahasa arab...so dah decide dengan En Alias
Nak hantar dia pi kelas bahasa arab, mintak tolong ustazah CT ajarkan.
Sekolah agama, dia memang x de yang dpt 100.
Tahun ni dia dpt no 4, sama dgn kelas kat Sekolah kebangsaan.
X kisahlah abang as long as abng ada minat nak belajar.
Mana tahu tahun depan ada rezeki nak naik kepentas.Cuma harapan mama
Harap2 abng x kena tukar kelas!