Showing posts with label Kiriman kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label Kiriman kasih sayang. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

Tempoyak Paling Sedap Dlm Dunia!




Dan xkan pernah dapat rasa kat mana2
Sebab tempoyak ni dikirim dgn kiriman K.A.S.I.H S.A.Y.A.N.G!
Pagi tadi sampai kat meja...ada satu bungkusan kotak diatas meja saya
Tengok kotak tu saja dah buat hati sebak...tambah pulak bila tengok sipengirim
Jauh perjalanan tempoyak ni!
Dari segamat dikirim oleh seoranng rakan groups di GMJ.
Sebelum tu kakak tu dah hantar mesej minta no tel
Dan mlm tadi dia cerita tentang pengalaman mengepos tempoyak saya!
Agak mencabar...tapi alhamdullillah...niat dia nak beri tempoyak pada saya
tercapai...kerana niat mulia dia..tempoyak selamat sampai dlm keadaan yang baik.
Sungguh saya terharu! org yang hanya kita kenal di laman cyber...yang kita x pernah
jumpa, sekadar bermesra di cyber....ikhlas sungguh hatinya.
Padahal awalnya bertanya pada kakak tu cara2 buat tempoyak
Sebab teringin sangat nak makan, sampai beli sebiji durian semata2 nak buat tempoyak
Takut nak beli yang siap sebab org ckp ada campur pisang le, campur tepung le
lalu kakak tu tawarkan tempoyak buatannya, ingatkan main2...Tup2 nah dah di depan mata!
Begitu juga dgn mila kawan blog...dah tolong belikan Loop tuner
Alhamdullillah...sebab rasa tolong menolong Allah temukan kami sebagai sahabat yang punya hobi yang sama iaitu menjahit.

Saya bukanlah sahabat yang baik...tapi saya sentiasa berdoa agar saya sentiasa dapat bersabar dan membahagiakan teman2 sekeliling saya semampu boleh
Adakala tersalah kata, terkasar gurauan itu kelemahan saya.
Bersangka baik selalu, ikhlas berkawan dan jgn buruk sangka pada kawan2 kita bila ada sesuatu yang x kena
x kiralah di alam maya @ pon di alam realiti
Itu prinsip yang saya pegang bila masuk bab berkawan
Kerana kita x tahu org tu mcm mana selagi kita x kenal dgn dia
Yang penting dipihak diri saya sebolehnya saya xkan menipu dan berpura2
Saya yang dikenal di alam maya, adalah Tyha yang sama anda kenal di alam realiti...inshaallah
Kalau ada sesuatu yang kita rasa perlu tegur...tegur dgn hikmah
Andai kita perlukan penjelasan tanya dengan baik dan terima penjelasan seadanya
Paling penting bersabar dgn kerenah dan jgn harapkan apa2 balasan bila berkawan dan
menolong kawan...inshaallah disaat kita memerlukan...akan ada insan yang hadir walaupon bukan sebagai sahabat yang kita kenal sebelumnya
Tapi insan yang berhati mulia bagaikan sang malaikat
Yang x pernah membezakan siapa yang harus ditolong
Kawan atau lawan..inshaallah.
Kita x kan pernah menyangka siapakah yang akan hadir membantu kita saat memerlukan
Dari itu jgn pandang mudah hubungan sesama manusia
Walau siapapon selagi dinamakan manusia...sentiasa berbuat baik dan bersangka baik.
Adakala...keluarga sendiri pon x seikhlas teman2 menghargai kita
Jgn mengharap akan dihormati dan dihargai selalu dari sahabat
Tapi belajarlah memaafkan dan menggembirakan org lain
Walaupon adakalanya hati sendiri terusik dan terluka
Sesungguhnya sahabat yang sayang sahabatnya...x kan pernah fikir untuk melukakan hati sahabat secara sengaja.
Moga Alllah permudahkan segala urusan sahabat2ku, memberkati mereka dgn kasih sayang dan rahmatnya,serta memurahkan rezeki mereka.AMIN.


P/s ; terkesan dgn tulisan MKI ,kita kena buat dan jadikan amalan...baru akan terasa kesan...moga sama2 kita mendapat manfaat dari tulisan En MKI yang sangat memberikan inspirasi kepada saya.


Alhamdullillah...Hari ni Najmi naik Al-Quran

Sunday, September 13, 2009

Freezermate Tupperware



Aaaa...ini bukan nak promote ye
Sebab saya bukan ahli @penjual jenama Tupperware ini
Cuma nak bagitahu kawan2 saja...
yang sangat best kalau ada benda ni untuk simpan barang dlm peti ais
Sangat menjimatkan ruang + nampak kemas susunan dlm peti,
walaupon peti sejuk anda kecil!
Makanan yang disimpan pon dijamin bersih sebab bertutup
Nampaklah perbezaannya berbanding masa guna bekas eskrem dulu!


Saya pon bukan berduit sangat,
Nak mengeluarkan duit semata2 untuk barang yang mahal2..memang berkira juga
Cuma ada masa teringin,sebab pada hemat saya x rugi berbelanja
Kalau ianya berfaedah dan memudahkan serta menyenangkan
Tugas2 harian saya terutamanya didapur
Sebab tu setiap peraduan diworldkitchen saya join...sekadar untuk suka2 +
Kalau ada rezeki dapat hadiah,menjimatkan perbelanjaan saya
Dapat pakai barang yang cantik dan berkualiti tanpa perlu pening kepala
Have fun then you have reward,,,berbaloi sangat2
Mula2 memang x minat nak beli
Sebab nak tolong kawan cukupkan korum..saya join main kutu
Asalnya nak amik kuali,tapi dah dpt kuali free
So saya tukar amik frezermate ni (walaupon sebelum tu,ada terfikir2 nak ambik bekas kuih raya)
Awalnya rasa...biar betul nak pakai freezermate ni...
Masa ambik dari kawan...simpan je dulu dlam kabinet
Tapi bila nak memasak tengok semua benda lam peti beku mcm padat sangat
Ambik tuppaware tu dan mula masukkan nugget dlm satu bekas
Sosej dlm satu bekas dan simpan...wah...mula2 nampak semak
Tapi bila dah boh lam bekas tu rasa sangat banyak lagi ruang!
Balik dari pasar semalam...bersihkan siap2 bahan2 basah tadi
saya keluarkan semua tuppaware tu dan isi
Ikan,satu bekas,ayam satu bekas,udang satu bekas dan simpan,serta susun
Wah....nampak sangat kemas,
Kalau sebelum ni...kena letak dlm plastik saja...tapi la ni nampak cute dan teratur
Nak nyah beku pon senang...nak ambik x derlah melekat2...;)





Popia Otak2 segera...Kak Wa kwn saya dari Johor yang bagi.Lama x jumpa dia...dah makin slim la ni.Tq kak Wa...kiriman kasih sayang yang sangat saya suka.Kebetulan dia datang ke Bangi ambik anaknya yang sulung ...langsung saya paksa dia dtg GOMBAK untuk ambik hadiah Pyrex.Kak Wa nilah yang baik hati bagi guna nama dia untuk games worldkitchen baru2 ni




Dah transfer Popia2 tu...masuk lam frezermate!


Saya juga ada gunakan benda kat bawah ni untuk simpan sayur2,brand tupperware juga.Modular Keeper with Grid namanya.Harganya sekitar RM80+++ masa saya beli tu ada offer



Terbukti sangat berkesan...sayuran hijau...lepas beli...saya basuh siap2
Dan simpan dalam ni...setakat ni kalau sayur berdaun hijau
Alhamdullillah boleh tahan 2 minggu disimpan dlm ni
Keadaan sayur masih hijau dan cantik,
Berbeza sebelum ni...kerap buang sayur berdaun/Ulam/sayur kaler hijau lainnya mcm Bendi dan kacang panjang
sebab cepat kuning,Kalau 2-3 hari tidak dimasak.
Selain tu dapat menjimatkan masa...nak guna terus siang/rendam air garam dan basuh ala kadar
Sebab dah cuci elok2 sebelum simpan dlam tu.

Sunday, July 12, 2009

Kiriman Kasih sayang



Inilah Atuk Mid Dan Atuk Na budak2 ni..:)



Hem...suka picnic.com!!!



Ini Ubi Kayu.Masa balik ke Johor Arwah Pak Long meninggal dulu,mak ada ckp pokok ubi bnyk kat umah Panchor.Aku teringin sangat nak mkn...tapi x sempat kesana,x sangka mak masih ingat yang anaknya nak mkn Ubi Kayu Umah Panchor!



Naufal....nak sangat diambil gambarnya dgn buah Manggis...;)






Ni buah Manggis dari kebun Abah.Mak Teh...yang panjat...sangat segar dan manis...bila sampai dirumah td.




Cili Api pon mak kirim lagi,Walhal yang Kak Imah bawa dari Keratong hari tu pon masih berbaki





Naufal yang senyum 3...masa Mama snap ni dia tengah ckp 1...2...3.ni nak penuhi permintaan Najmi...dia jeles sebab Naufal je bergambar dengan barangan dari Atok!

Saya sedih dan terharu bila dapat kiriman ini sebenarnya,
Ialah betapa ingatan seorang ibu pada anaknya sangatlah kuat
Ikatan yang x pernah padam+ sentiasa mahu anak2 dipenuhi impiannya
Walaupon sudah lama berlalu,namun mak masih penuhi keinginan saya
Walau bukan saya yang balik kekampung
Tetap dikirimnya UBI KAYU,melalui adik yang balik ke Panchor semalam
Saya sedih sebab...saya masih lagi berkira2 soal kewangan/kelapangan waktu kalau mahu pulang menjeguk Mak dan Abah
Asalnya saya mahu balik ke Keratong minggu lepas
Sebab...mak banyak kali cakap Abah tidak sihat (sakit belakang dan kakinya bengkak)
Tapi Mak kata,kalo x de masa x pelah...Abah bukan teruk sangat
Hati memang rasa tidak sedap...tapi saya kena menghadiri Kem Ibadah selama 3 hari ,
Kemudian,suami kena bersekolah ganti...Ahadnya kami ada Family day pejabat saya di Janda Baik

Dah berkira2 nak pulang minggu lepas,
Dah siap apply cuti..dan berangan2
Nak tengok abah dan mak...kalo boleh nak pujuk Abah gi hospital
Hari Rabu Abng Long mesej saya,tanya betulkah nak balik
Yelah jwb saya...org x sabar nak balik!
Abng Long kata kalo balik nak jumpa Mak Abah
Mak dgn Abah dah pon balik ke Panchor! Abah sudah merajuk...sebab dia sakit kami x jenguk!
Saya rasa sangat kecewa,hampa dan mcm2 lagilah
Sedikit rasa marah pon ada,sebab Abah cepat benar merajuk,x faham situasi kami yang bekerja!
Seharian saya berfikir...akhirnya saya mengutuk diri sendiri
Sewajarnya saya menerima keadaan itu,salah saya...terlalu banyak urusan
Sedangkan abah dan emak bukankah lebih penting
Jiwa mereka sudah terlalu sensitif,mereka bagai anak2
Yang sentiasa mahukan perhatian ,mereka tidak memerlukan alasan!
Saya hubungi mak di Panchor
Tanyakan khabar Abah,mak kata jgn ambil hati..Abah memang begitu
Kami tentu sedia maklum sikap insan yang kami panggil Abah itu.
Sungguh rasa x kena hilang...tiba2 rasa sedih bertandang
Sebab....kenapalah terlalu mementingkan diri.
Suatu hari...kau juga akan menjadi seperti Mak dan Abah sekarang...!!!