Showing posts with label anak2. Show all posts
Showing posts with label anak2. Show all posts

Sunday, March 14, 2010

Naufal

Dua hari NURSERI dia kena tutup...start hari khamis dan jumaat
Sebab ada kes HMFD + Virus chicken pox yang hangat melanda
Pos dia kat umah ibu...mujur ada ibu
Jumaat...En Suami kesayangan amik MC,so dia duduk dgn abahnya
Kepala dia naik ruam yang sangat pelik...dah mcm masuk dlm kategori kudis
Dia ni kulit sangat sensitif,mkn seafood mulalah naik gatal2...kesiankan
Dahlah sangat suka udang dan sotong!
So abah bawa sekali dia ke klinik... dpt ubat mkn dan ubat sapu...nampaklah berkurang sikit.

Balik kerja tadi,singgah giant...beli buah ,sosej dan pelembab OLAY
Dia punya suka...sebab ada buah epal dan anggur
X sempat nak rehat2...ia dah explore apa dlm plastik
"Wah,best lah Mama beli VITAGEN dgn anggur"
Dah cuci anggur tu bagi dia makan,tetiba dia mennagis
Rupa2nya ada sesuatu terjadi dlm mulut dia...dia ckp sakit gigi
Tapi bila saya tengok nampak mcm ulser kat kiri dan kanan pipi dia\
Kesian betul...bila mkn meleh air liur,tahan sakit kot
Dahlah dia memang jenis pemakan.Tengah tido pon sempat lagi ckp sakit and nangis.
Kesian anak Mama,x pelahkan budk lelaki kena kuatkan adik!

P/S...sori tu En Suami...kes tersalah parking...memamg x sengaja..soriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sesangat.

Thursday, July 23, 2009

C.e.R.i.T.a C.e.R.i.T.i






Tiga gambar kat atas ni..aksi N.A.U.F.A.L masa singgah sekejap Keratong,waktu balik dari Kt.

Melawat Tok Mid dan Tok Na yang baru balik dari Panchor

Punyalah seronok dapat petik rambutan,kebetulan memang kali ni

Menjadi2 lebatnya Si pokok rambutan berbuah...sampai kat pucuk bawah pon ada buah!

Kalau x x merasalah Naufal nak petik sendiri.

Cuma disebabkan cuaca x menentu,rambutan tu kurang montel.

Bawa balik 3 plastik ke K.L.Untuk waris2 yang ada di K.L merasa.











Gambar 2 kat atas ni comel x?

Heheheheeh...ni semua keje Mak Cu

Saja diambilnya gambar Naufal yang beria2 nak pakai tudung Mak Cu

Kalaulah Mama ada anak perempuankan...agak2 ikut muka Najmi ke muka Naufal?

Ini kes kalaukan...x leh caya sangat...;)




Yang ni pulak....hem sangat sedap!

Rebung goreng tumis dengan udang geragau!

Mak eeehhh...meleleh air liur

Mama x mkn sangat rebung sebenarnya...sebab bau dia busuk

Itu kalau rebung jeruklah,dan yang ada jual sekitar k.L/Selangor ni

Tapi rebung ni mama bagi A

Sebab Atuk ambik kat kebun dia...Rebung Fresh punya...

X de jeruk konpom x de bau...yng pasti sedap giler!

Sib baik kebun atuk tu jauh kat Kota Tinggi sana

Kalau idak mahunya Mama ikut Atuk redah kebun cari menda ni banyak2!

Resepinya sangat mudah:
3 biji bawang merah,2 biji bawang putih,2 biji lada merah,sesuka hati udang geragau,
tumbuk kasi lumat...kemudian tumis,masukkan garam secukup rasa,
Kacau2 sampai naik minyak,masukkan rebung,kemudian masukkan air
Masak sampai air tu kering dan rebung lembut...selesai bolehlah angkat dan hidang!







Rebung td,mkn dgn masak lemak Cili padi ayam ni
Memang terangkat,Mama yang konon2 nak diet x nak mkn nasi
X boleh tahan...mkn sampai 2 kali tambah!
Lupa kejap kejayaan sehari x sentuh nasi.

Ok Resepi dia senang je;

Ayam Sebelah
Bawang merah 4 biji
*Bawang putih 2 biji
*Sebatang serai
*4 biji Cili Padi
*Satu inci lengkuas
*Kunyit sebesar ibu jari
Kelapa 1 biji,perah dgn 3 cawan air.(kena pekat)
Garam secukup rasa
Asam Keping ikut suka

Tumbuk hancur,bahan bertanda*...lada api kalu nak pedas leh tambah.
Tumbuk sampai lumat ye.
Ambik periuk...masukkan bahan tumbuk.garam,gaulkan dengan ayam...kemudian reneh.
Bubuh sedikit air,x nak bagi dia melekat pd periuk.
Kacau2 bagi ayam mesra dgn bahan tumbuk...
bila ayam dah separuh masak (pada peringkat ini,daging ayam kelihatan kekuningan warnanya)...
akan keluar air stok ayam.
Sebab tu kita guna santan pekat.
X nak bagi dia jd cair bila tercampur air stok ayam hasil renehan td.
Masukkan asam keping...biar dlm 5 minit...masukkan santan pekat.
Pada peringkat ini,kena sentisa kacau...takut pecah santan...nanti x cantik masak lemak cili padi anda.
Masak hingga mendidh...dan ready untuk dimakan.

Wednesday, July 15, 2009

N.A.J.M.I, C.U.T.I, I .E.P








Semalam balik dengan sebekas beg plastik G.A.R.D.E.N.I.A
Ialah org ada lawatan kat kilang Roti(rm25 kena bayar....x tahulah kenapa mahal sangat)
Happy bukan main mamat tu masa dlm kereta
Balik2 terus selongkar apa ada dlm isi beg gelenyar tu...kekekekeke
Mcm2 gaya kan...N.A.U.F.A.L pon tompang seponggong!
Lepas abah balik sekolah nanti
Kami sekeluarga bersama Mak Cu akan bertolak balik ke Terengganu
M.I.L masuk CCU semalam,sebab sakit jantung dan paru2 berair
Plannya nak balik semalam...tapi last minit abah pulak kena attend
mesyuarat kat sekolah hari ni
So terpaksalah kitaorg tunggu dulu kat umah...lepas sekolah baru bertolak.
Mama risau sebenarnya...harap2 M.I.L dlm keadaan baik
Dan...cuti lagi sampai esok.
Mak Cu konvo hari Khamis,awalnya mama memang x plan nak balik
Tapi dah jadi mcm ni...nampaknya berpeluanglah Mama nengok Mak Cu konvo
Lagi satu,esok mlm Mama dah kena balik Selayang semula
Sebab Jumaat tu,Mama kena gi I.E.P kat Taman Negara.
Mama balik naik bas je,anak2 dan abah tinggal sampai Ahad
Teringin sangat nak kesana sebab x pernah pergi
Tapi tulahkan...dlm keadaan M.I.L mcm sekarang ni
berbelah bahagi gak hati ni,but TAWAKAL sajalah
At least kalu jadi apa2 dah melawat dia
Lagi pon IEP ni wajib
Kalo x dtg tanpa sebab munasabah kena bayar semula
Anyway mama akan try call,pegawai yang jaga bahagian kursus
Kalo M.I.L keadaannya x stabil...Mama akan tarik diri
Minta jasa baik dia,agar x payah bayar.
Kalau diikutkan memang penatlah...sebab sampai K.L dlm pukul 4 pagi Jumaat
Then kena rushing balik umah...kul 8 dah gerak ke Taman Negara,naik bas juga
Aktiviti kat sana boleh tahan jugalah lasaknya
Semua aktiviti dlm hutan,atas rakit,jungel tracking seme
Sangat2 rindu nak buat aktiviti semua ni
sebab dah lama sangat x buat,tapi tengoklah mcm manakan...
Kalo ada rezeki x kemana...apa yang penting...kena dulukan mana yang penting dahulu.
Moga Allah permudahkan segala urusan...amin.

Saturday, July 4, 2009

Kunjungan kekedai gunting rambut







Gambar2 sebelum rambut Naufal Botak



Baru balik dari kedai gunting rambut.
Rambut Najmi dah panjang...kebetulah hari ni abah rajin pulak
Dan terbuka hati untuk membotakkan terus rambut Si adik
Sebelum2 ni...Mama x ikut...just serahkan tugas pada Abah
x pernah pon rasa nak ikut kekedai gunting.
Alasan utama,kedai gunting tu untuk lelaki saja...segan pulak mama nak ikut
Tapi kali ni rasa risau ,sebab Naufal jenis takutkan org,dan inilah kunjungan pertama dia kesana
Buat dia meragam...maunya abah kelam-kabut nak uruskan mereka berdua !

Kami sampai kat kedai gunting jam 10.20am.
Alhamdullillah kedai baru dibuka....hanya ada seorg pelanggan sedang digunting oleh tukang gunting rambut
Tu pon dah nak siap,seorg lagi hanya dtg untuk merepair rambut.
So legalah sikit Mama,xlah ramai lelaki dlm tu
Kalau budak2 meragam pon x de masalah,hanya Mama,Abah,2 ank teruna + Si Barber.
Mula2 Najmi dulu bergunting...dia dah biasa..x ada masalah
Walaupon rambut dia nampak mcm x lebat mana...bila digunting,
boleh tahan juga gumpalan rambut yang jatuh.
Tersengih2 Si Najmi bila tukang gunting semburkan air kat kepala pastu sikat2kan rambut dia ala2 'PACAk"
Naufal yang kat atas riba Mama,dok tahan debor...jari2 dia x puas2 di laga2kan.
Mama ckp dia x yah takut...lepas ni giliran adik.
Mula2 dia x nak ,tapi bila Mama kata dia akan jd hensom mcm Abng,terus di ckp "NAK".
Budak2....kena syko sikit je...asal ayat mengena...
Inshaallah senanglah nak kendalikan emosi derang .
Walaupon ada masa...sangat tidak sabar mama melayannya!

Tiba giliran Naufal,
Dia diam saja...keras mcm batu...tukang gunting rambut pon puji dia bagus
Walhal sebenarnya...memang dia begitu kalo jumpa dgn org x dikenali
Rasa kesian pulak bila nengok dia 'DOGOL" mcm tu,tapi nak sedapkan hati sendiri
Anggaplah dia secomel Upin & Ipin...hehehehehehehe
Harapan Mama moga rambut dia akan tumbuh lebat selepas ini.
Puas dah tengok rambut halus dia yang x pernah nak naik hitam berkilat itu!


Ok...ada masa nanti,mama masukkan gambar ye. Adalah sekeping dua...pic make over untuk rambut Si Naufal...!