Thursday, February 11, 2010

Aku dan Hobi

Aku memang percaya...hobi boleh menghilangkan stress dlm jiwa
Hobi boleh buat mcm kita berada dlm syurga
Mcm dunia ini kita yang punya...sebabnya...kita suka apa yang kita buat
Bagai satu kegilaan dan x ada sempadan
Yang paling aku gila ialah..berhobikan "MASAK"
Sanggup berabis duit kalau time perasaan memasak hangat melanda!
Dan masa bagaikan x berdetik kalau dah mula masuk kedapur!

Satu lagi hobi aku,ialah menjahit manik
Walaupon jarang2 buat benda ni...tapi sekali aku dah menghadap
Memang apa pon dah x kuhirau,pernah...seharian aku menjahit manik
Bukan sebab penting pon or nak pakai baju tu
Cuma rasa ruginya kalau berhenti dan sambung esok!
Sedar2 jam dah pukul 4.00 pagi
Pinggan dan jari dah mula rasa kebas
Mengantuk memang mengantuk...tapi percayalah.
bila anda buat perkara yang anda suka dan minat
Jiwa anda,hati dan perasaan anda
tidak akan pernah membiarkan apapon menjadi halangan!

Wednesday, February 10, 2010

Sebuah "FAHAM" yang Aku DAMBA!

BIla kita rasa diri kita tidak difahami
Sukar sangat nak terima apa yang kita rasa betul tapi pada org lain x betul
Hati jadi geram,marah benci...paling x tahan...SAKIT!
Kadng rasa BODOH,rasa SENGAL rasa mcm apa yang aku buat x cukup lagikah?
Silap aku sila betulkan...tapi tolong jgn asyik x FAHAM saja
Kenapa susah sangat nak faham apa yang aku mahu
Bukan benda mahal yang aku nak
Aku cuma nak kau FAHAM...apa yang aku buat ada sebabnya
Kalaulah boleh dibayar untuk sebuah "FAHAM"
memang akan aku beli...aku bagi free saje
X perlu bayar...x perlu dipulangkan kembali
Simpanlah dan bawa ke mati...aku halalkan!


Penat...penat..bila terjadi salah faham
Aku akan tercari2..mengaku2 aku silap
Tapi kau x pernah FAHAm...sebab kau x rasa kau silap
Sebab aku yang mulakan...tapi kau x tengok sebabnya
Kerap kali ego kau meraih kemenangan...bila kau kata aku yang JAHAT,aku yang x berhati mulia
Dan aku pulak,mengalah...mengalah sebab aku rasa aku salah!


Salah ke kalau aku menjadi aku
Aku yang mahu identiti pada diri aku
Aku yang x suka org..memaksa aku untuk benda2 aku x suka
Aku yang mahu org tahu ada perkara yang aku perlukan kebebasan
Ada perkara yang aku jadikan asas dan pendirian
Aku nak org FAHAm dlm diri aku adalah diri aku
Sfat buruk aku,sifat baik aku..kenal lebih dkt
Aku tidak memaksa untuk memahami aku cepat2
Cuma...bagi aku peluang dan masa
Sebab kita sama...manusia biasa dan tidak sempurna
Mencari kesepurnaan hakiki bukan mudah...malah mengambil masa.

Monday, February 1, 2010

Happy 7th Aniversary..

MAY ALLAH BLESS OUR MARRIAGE WITH RAHMAH AND MAWADDAH......AMIN

Yang tahu Honey selalu jenguk blog ni
Maaf terlewat mengucapkan salam ulangtahun
Mlm tadi ingat nak posting sesuatu
Tapi line internet pulak x ok mlm tadi.
Nak menulis pagi ni x sempat pula
Sebenarnya...nak tunggu Honey wish dulu
Alhamdullillah...dpt mesej tadi
Kembang bagai bunga setaman hati ni...;)
Mungkin cara kita meraikan ulangtahun penuh bermakna ini
Tidak sama seperti org lain
Tanpa bunga...tanpa kata2 dan madah indah
Tanpa memotong kek,cukuplah sekadar ingatan yang Honey beri
Kita memang begini, pernah juga dek kerana kesibukan menguruskan kehidupan...sampai terlupa pon pernahkan...;)
Mungkin bagi sesetengah org akan merajuk,akan memikir2 apa hadiah nak bagi
Tai kita...biasa2 saja...adakala dpt hadiah...adakal x dpt
Tapi Honey jgn risau...yang x merajuk...hadiah tu sampingan saja
Yang penting...kita tahu dan kenal...sesama kita
Terima kasiah atas segalanya
7 tahun yang bermacam ragam dan keadaan
Dgn 2 anak lelaki yang masing2 mewarisi perangai kita yang mcm2 ini
Kesabaran menemani teman hidup yang sering berkerenah
Menghulur keringat saat diri ini memerlukan bantuan
Ringan tulang dlm membantu isterimu dlm kerja seharian
Yang memang Panas Baran...tapi Honey balas dengan kelembutan dan kesabaran
Saat angin mendatang,saat anak2 buat perangai dan membuat isterimu geram
Honey...faham...bahawa sang isteri harus bersendirian
Saat mesej2 berbaur geram dan sakit hati
Honey balas dgn penuh bermakna...penuh dgn isi yang bernas,
tanpa ada rasa ingin membalas kembali dgn kata2 yang lebih pedas
Cukup untuk buat hati yang panas kembali suam.
Yang tahu yang sangat beruntung memiliki Honey
Terlalu sedikit kekurangan,namun...adakalanya diri ini tidak menghargainya
Honey....yang tahu seribu kali maaf pon,xkan sama untuk membalas kerenah2 yang pada Honey
Kalau nak kira sabar...jauh panggang dari api dari diriku ini
Penyayang pon...rasanya Honey lebih2 sayangkan anak2.
Ya Allah kau lindungilah suamiku...panjangkanlah umurnya
Berikan kesihatan berpanjangan padanya
Limpahkan dan murahkan rezekinya,jadikan dia insan yang kau sayangi dan rahmati
KUrniakan dia kesabaran,ketenangan,kekuatan dlm membimbing isteri dan anak2 yang berada dibawah tanggungjawabnya Ya Allah
Permudahkan segala urusannya didunia dan akhirat Amin.
I Miss YOu So Much!



Honey...I buy this as our anniversary gift...hope Honey suka...dan kita gunakannya bersama2 ok...;)