Showing posts with label Tupperware. Show all posts
Showing posts with label Tupperware. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

Freezermate Tupperware



Aaaa...ini bukan nak promote ye
Sebab saya bukan ahli @penjual jenama Tupperware ini
Cuma nak bagitahu kawan2 saja...
yang sangat best kalau ada benda ni untuk simpan barang dlm peti ais
Sangat menjimatkan ruang + nampak kemas susunan dlm peti,
walaupon peti sejuk anda kecil!
Makanan yang disimpan pon dijamin bersih sebab bertutup
Nampaklah perbezaannya berbanding masa guna bekas eskrem dulu!


Saya pon bukan berduit sangat,
Nak mengeluarkan duit semata2 untuk barang yang mahal2..memang berkira juga
Cuma ada masa teringin,sebab pada hemat saya x rugi berbelanja
Kalau ianya berfaedah dan memudahkan serta menyenangkan
Tugas2 harian saya terutamanya didapur
Sebab tu setiap peraduan diworldkitchen saya join...sekadar untuk suka2 +
Kalau ada rezeki dapat hadiah,menjimatkan perbelanjaan saya
Dapat pakai barang yang cantik dan berkualiti tanpa perlu pening kepala
Have fun then you have reward,,,berbaloi sangat2
Mula2 memang x minat nak beli
Sebab nak tolong kawan cukupkan korum..saya join main kutu
Asalnya nak amik kuali,tapi dah dpt kuali free
So saya tukar amik frezermate ni (walaupon sebelum tu,ada terfikir2 nak ambik bekas kuih raya)
Awalnya rasa...biar betul nak pakai freezermate ni...
Masa ambik dari kawan...simpan je dulu dlam kabinet
Tapi bila nak memasak tengok semua benda lam peti beku mcm padat sangat
Ambik tuppaware tu dan mula masukkan nugget dlm satu bekas
Sosej dlm satu bekas dan simpan...wah...mula2 nampak semak
Tapi bila dah boh lam bekas tu rasa sangat banyak lagi ruang!
Balik dari pasar semalam...bersihkan siap2 bahan2 basah tadi
saya keluarkan semua tuppaware tu dan isi
Ikan,satu bekas,ayam satu bekas,udang satu bekas dan simpan,serta susun
Wah....nampak sangat kemas,
Kalau sebelum ni...kena letak dlm plastik saja...tapi la ni nampak cute dan teratur
Nak nyah beku pon senang...nak ambik x derlah melekat2...;)





Popia Otak2 segera...Kak Wa kwn saya dari Johor yang bagi.Lama x jumpa dia...dah makin slim la ni.Tq kak Wa...kiriman kasih sayang yang sangat saya suka.Kebetulan dia datang ke Bangi ambik anaknya yang sulung ...langsung saya paksa dia dtg GOMBAK untuk ambik hadiah Pyrex.Kak Wa nilah yang baik hati bagi guna nama dia untuk games worldkitchen baru2 ni




Dah transfer Popia2 tu...masuk lam frezermate!


Saya juga ada gunakan benda kat bawah ni untuk simpan sayur2,brand tupperware juga.Modular Keeper with Grid namanya.Harganya sekitar RM80+++ masa saya beli tu ada offer



Terbukti sangat berkesan...sayuran hijau...lepas beli...saya basuh siap2
Dan simpan dalam ni...setakat ni kalau sayur berdaun hijau
Alhamdullillah boleh tahan 2 minggu disimpan dlm ni
Keadaan sayur masih hijau dan cantik,
Berbeza sebelum ni...kerap buang sayur berdaun/Ulam/sayur kaler hijau lainnya mcm Bendi dan kacang panjang
sebab cepat kuning,Kalau 2-3 hari tidak dimasak.
Selain tu dapat menjimatkan masa...nak guna terus siang/rendam air garam dan basuh ala kadar
Sebab dah cuci elok2 sebelum simpan dlam tu.