Showing posts with label Kolej Komuniti. Show all posts
Showing posts with label Kolej Komuniti. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Kelas Jahit Langsir



Scallop le konon2.Hehehehe.Tapi saya x minat sangat design ni



Goblet Pleat yang x digoblet, just pleat je. Malas nak buat sebab tension dgn cikgu


2 jenis langsir yang sempat ku belajar, ni pon x siap.Tapi dah tahu cara2 nak buat...inshaallah

Alhamdullillah dah selesai kelas Jahit Langsir
2 hari kelas Sabtu dan Ahad
Sebenarnya bukan x penat...sepanjang tahun ini
memang masa rehat weekend banyak saya habiskan menghadiri kelas
Hampir setiap minggu kalau x kekelas di Kolej
Balik kampung...jika x pon mengganti kerja sabtu dan ahad
Yang bertindih dgn hari kelas
Memang, rumah terbiar...kabinet dapur yang selalunya dicuci sebulan sekali
Akibat lipas yang selalu bersarang, kini dah semakin teruk
Hampir setengah tahun agaknya x kupandang
Selain penat...rasa bosan membuak2
Sebab benda tu x sepatutnya jadi mcm tu.Ubat lipas dah mcm2 ku cuba masih x mendatangkan kesan
memang harapan saya setiap kali org datang, jgn le jengah kabinet tu! Saya malu dengan keadaannya, tapi...x mampu nak asyik uruskan kemas mengemas yang bagai x de kesudahan.
Bulan ni sedikit terurus, sebab Cikgu Alias bercuti, jadi urusan kemas umah mcm dapur dan bilik
Dah diselesaikan, basuh baju pon beres siap bersidai dan disangkut
Bersyukur ...ada yangringan membantu.

Al-kisah...dah mcm2 kelas saya hadir di kolej Komuniti
Dari kelas masak, Kelas Jahit sampai kelas perhiasan
Walaupon penat, walaupon badan terasa mcm nak pancit setiap kali balik kelas
Tapi alhamdullillah...terima kasih Allah...kau berikan aku semangat
Kau gigihkan aku melangkah kaki setiap kali ada kelas
Kau berikan aku waktu dan kelapangan serta kesihatan
Dan terima kasih Allah...kau berikan suami yang memahami
Yang memberi izin untuk diriku ke kelas,serta x menghalang ku meneruskan apa
Apa saja perkara yang kupelajari, dikelas untuk dipraktikkan
Malah sentiasa memberi semangat dan dorongan.
Pada saya...untuk sambung dlm akademik...
mcm x mampu dari sudut masa dan keinginan pon kurang kearah tu.
Lebih berminat pada kemahiran...dan alhamdulillah jumpa kelas yang murah mcm Kolej Komuniti.


Kelas Langsir kali ni tercabar sikit dgn cikgu yang x best
Bila ditanya banyak kali dia merungut dah banyak kali ajar x faham2 ke?
X banyak ajr teknik2, nak buat apa2...dia terus bagi pola
X ajar mcm mana nak ambik ukuran secara lebih detail
Ramai jugalah pelajar2 yang x pushati, sampai bertekak2
dgn seorang makcik yang turut jadi pelajar
Ialah kita dtg dgn niat nak belajar dari A to Z...
tup2 cikgu anggap kita ni mcm dah pro, sabo jelah.
Dgn kami2 yang muda2 ni memang masih ada rasa hormat le nak melawan2
Kena kat makcik2 nak pencen tu, memang derang ckp terang2!
Walau apapon...tetap berterima kasih masih jugalah dpt ilmu yang diajar.
Dah siap pon 2 keping body langsir
untuk langsir bilik saya dan bilik Najmi.
Mlm ni nak sambung buat kepala langsir pula.
Senyum en suami, nengok lansir dah tergantung kat tingkap
Sebab saya dah janji nak jahitkan langsir yang dia beli bulan lepas
Bila mesin jahit baru sampai dan habis ikuti kelas langsir.
Tumpang Happy sebab dapat tunaikan hajat org yang banyak sangat berkorban masa dan memberi dorongan pada saya, secara langsung @ x langsung.
Gambar langsir nanti dah siap buat kepala Goblet pleatet saya letak sini ye.
Gambar2 gi kelas x ambik...nanti mintak dari kawan...akan ku letak disini.
Patutlah Aini terkonpius, gambar lace dia ingat langsir.
Tulah lenkali kak Tyha kena letak gambo yang ada kena mengena dengan tajukkan Aini...hahahahaha...nanti ada yang terkonpius!




Beria2 gi kelas...tup2 buat langsir jahit lurus je.Ingat nak buat kepala tapi terasa sarat beno sebab langsir ni memang jenis kain tebal!



Sapa tau mana nak cari lace mcm ni?

Saturday, April 2, 2011

Kelas Kulinari-Chiken Pizza 23 April 2011






Last class for March and April.Dear friend..list of course for May and June will publish at Kolej Komuniti Selayang website from 15 April 2011 onward.Please grab your chance to attend all the course....first come first serve.Dont miss it's okey..;)
about an hour ago ·

Ari ni ada kelas Menjahit Baju Kurung Moden.Dan hari ini saya terlajak jauh dan hampir sesat! Rasa mcm x percaya bila terlepas susur masuk ke simpang Kolej Komuniti.Bayangkan hampir setiap minggu berulang -alik setiap sabtu @ Ahad menghadiri kursus disitu...boleh pulak hari ni terlepas? Tulahkan...manusia...khilaf dan lalai x pernah terlepas...betapa adakalanya kita diuji Allah dgn perkara yang tidak kita sangka.Perkara yang rutin yang kita rasa semuanya dalam tangan.jika allah berkehendak sesuatu makan jadilah ia.

Saya beristhifar panjang sepanjang jalan...hati sedikit cemas..Jln ke Rawang memang amat2 asing bagi saya.Hampir 10 minit memandu masih x berjumpa simpang susur kiri untuk membolehkan saya berpatah semula.Jam sudah 8.30 pagi,Kelas mula pukul 9.00.Setengah jam sebelum pukul 9..kami diberi ruang untuk menyelesaikan urusan pendaftaran. Saya amat peka tentang masa....sebolehnya amat mengelak melanggar masa. Keluar pon seawal jam 8.10.Ke Kolej Komuniti hanyalah mengambil masa 15minit.X sangka pula....hari ini saya menjelajah melihat tempat lain yang x pernah saya pergi sekian lama. Bila nampak lambang U-Turn...hati berbunga riang...sekurang2nya,ada U-turn! Takut betul saya kalau sampai entah kemana2...terlalu jauh.Saya x biasa kawasan tu. Bila dah boleh U-turn..memang bawak perlahan sahaja....laluan kiri.X mahu terlepas lagi.Walaupon rasa cemas...bersyukur juga...sampai sebelum jam 9.00 dan belajar satu jalan baru.

Lagi best kelas hari ni sepatutnya yuran RM35.Tetiba dapat diskaun jadi RM20 (selalu x keluar makan...tapi hari ni ada budget lebih..berbondong2 pergi lunch!). Lepas tu dapat pulak kain dan benang.Sebelum2 ni kami kena bawa benang dan kain sendiri. Peserta ada 38 org...kena bahagi kepada 2 kelas...ermmm...RAMAI.Agak sukar sedikit mata pelajaran ari ni.Maklumlahkan...bila ada matematik je...mulalah saya ni BLUR sikit!


Dah dapat dah sijil dari kolej komuniti...Kelas sulaman tangan.Lepas ni tunggu lagi 4 sijil...;)

Sunday, March 27, 2011

Kelas Blog pulak

Kelas ni sebenarnya minggu lepas...ditunda ke minggu ni sebab
Minggu lepas...ada ke server Kolej gi blok 'BLOGGER"!
Teruk2 kat UIAM ni depa dok control staff
X de le sampai blok "BLOGGER"
So last week dapat belajar kelas Ilustration secara basic dan FREE
Alhamdullillahkan.
Kali ni saya masuk kelas berdua dgn Cikgu Alias.
Bestkan sekali-sekala berdua...anak2 hantar rumah IBU.
Bukannya x reti buat blog...basic dah ada cuma saja jelahkan masuk kelas
Nak tambah2 ilmu...antaranya nak masukkan widget,Feedjit,tukar2 kalaer background
Dah bestnya Cikgu RAHILA...bermurah hati buatkan satu Banner untuk Blog kelab.
Ni guna ilustration.
So nampaklah canggih sikit web site Kelab kakaitangan perpustakaan.
Actually perkara2 yang diajar kebanyakannya asas...kalau rajin godek2
Mesti jumpa caranya....cuma yang bestnya masuk kelas...dapat semua tu tanpa bersusah payah try and error
Semua cikgu bagi link dan tolong guide!

Saturday, February 12, 2011

Kelas Menjahit Baju Pesak Gantung

Alhamdullillah...dah selesai satu kelas menjahit
Hari ni,belajar jahit kain,best sangat2
Mula2 saya ingat buat baju dulu
Biasalahkan, tiba2 cikgu kata nak ajar kain dulu OMG
Mcm tahu2 saje saya memang nak sangat belajar jahit kain!
Hari ni belajar jahit kain lipat batik.
Masa potong buat ukuran semua...memang dapat ikut dgn tenang dan mudah dapat
Apa yang dipelajari.
Sampai bab buat lipatan kain....fail x boleh nak masuk + malasnya nak tukar2 benang kat mesin..hehehhe\
So tadi saya cuma jahit2 jelujur je....inshaallah jap lagi nak sambung jahit
Yang mana x siap tadi,next week nak concentrate pasang pinggang saje.
Tadi saya balik awal sikit dari orang lain
Sebab hari ni flow bendera Jepun sangat le laju!
Rasa sangat2 x selesaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
MUjurlah tepat jam 3 saya masih boleh bertahan.So x delah terlalu awal balik
Hari ni jugak kali pertama saya drive sendiri....Dah ok dah bab ingat jalan
SElamat sampai kat Kolej Komuniti 10 minit awal
Walaupon awalnya rasa mcm sesat je...hehehehehhe.