Monday, December 28, 2009

Susah?

Bismillahhirrahmannirrahim,

Mlm ini sukar benar untuk aku melelapkan mata
Batuk x berhenti,semput dtg melanda,
Tadi ada tetamu dtg...adik ipar dgn keluarganya
Dari PD ada family day...singgah solat dirumah
Suami belikan Satay WAK.
Selalunya rajin nak masak2.Tapi hari ni badan rasa x sedap
Mkn pon Tomyam mlm semalam...sebab anak2 x nak makan
Panaskan pagi tadi dan makan dgn Bihun.
Sedap jugalah...ptg Najmi mintak nak makan nasi.
Masaklah satu pot,gorengkan ikan belah belakang
Dengan Chap Choy goreng sos tiram
Banyak budak 2 org tu makan....balik abahnya...sambung pulak mkn satay
Pukul 10.30,Naufal dah bising2 mintak masuk buai
Pukul 11.00 tutup semua lampu dan paksa Najmi tidur
Esok pagi2kan nak kena bangun pergi KINDI.
Saya pulak kerja Ptg,...mungkin sebab itu susah benar mata hendak lelap...;)

Duduk didepan PC.....buka blog dan melawat blog kawan2
Aktiviti yang dah agak kurang saya buat sejak akhir2 ini
Sibuk mengup-date FAcebook rasanya. Update kebun lah paling utama!
Tadi saya dpt satu mesej,sangat menyentuh hati...terusik sangat
Lebih terusik dari mesej sebelumnya yang dikirim oleh seorg sahabat
Kalau difikirkan yang kita susah...x dpt apa yang kita nak
Ada org lain yang lebih susah,sekurang2nya...masih diberi nikmat mudah dlm menjalankan urusan harian
Pandanglah insan2 yang kesusahan,yang lebih2 susahnya.
Saya teringat saat suami belajar di MPTI
Susah....dgn elaun yang sedikit,gaji saya pon cukup2 untuk pengurusan saya dan anak2
Saat getir tu...alhamdullillah...ramai yang menghulur tangan..ramai yang mempercayai keadaan susah saya...memberi ruang pada saya.
Walaupon ada satu peristiwa berlaku yang x dpt saya lupakan
Bilamana hanya tinggal RM2.00 dalam dompet!
Bayangkanlah...sebab itu apa yang saya miliki sekarang amat saya syukuri.
Tengah berusaha menglangsaikan hutang2 dgn org perseorangan.
Masih ada yang belum saya selesaikan...bukan sengaja...tapi saya berusaha untuk melangsaikan semua secepat mungkin.
Tempoh 2 tahun ini...memang saya berjimat cermat...membayar sedikit2 pinjaman saya
Memang org kata...suami dah kerja semua...xkan nak selesaikan hutang pon ambik masa...bukan banyak?
Memang nampak tidak banyak...tapi bila org ni sikit...org sana sikit...banyak juga belanja yang perlu dikeluarkan tiap2 bulan.
Saya tidak mahu berjanji,sebab jika x dpt ditunaikan saya rasa bersalah
Namun jgn risau...hutang2 itu sentiasa dlm ingatan dan catitan saya.
Memang sengsara jiwa bila fikir bilalah nak habiskan bayar semua?
Barulah saya rasa hidup saya bahagia dan tidak dihimpit rasa malu,segan dan bersalah.
Dan paling penting saya amat terhutang budi dgn mereka
Kerana sudi menghulurkan bantuan saat saya memerlukan.
Jasa mereka akan saya kenang selagi hayat dikandung badan...
Moga Allah memberkati hidup sahabat2 ku
Dan dimurahkan rezeki selama-lamanya!

Tujuan saya luahkan rasa ini...bukan kerana inginkan simpati atau membuka aib diri
Saya x perlu rasa rendah diri kerana ada hutang,demi kelangsungan sebuah kehidupan
Malah saya bersyukur...kerana hutang inilah...saya kenal siapa sahabat siapa lawan disaat saya memerlukan
Allah tunjukkan pada saya dgn kesusahan ini...nilai2 murni dan keikhlasan insan bernama manusia
Dan saya lebih menghargai insan2,peluang2,rezeki2 yang dilimpahkan disekeliling saya
Saya terima hakikat hidup ini bagaikan roda,
Kejap diatas kejap dibawah,ada masa kita senang...beringatlah disaat kesusahan
Apa yang penting...hutang2 ini perlu saya langsaikan
cuma saya nak ingatkan diri saya, agar senantiasa bersyukur dgn apa yang saya ada dan nikmati sekarang
Semuanya bukan mudah untuk dimiliki,namun tanpa sokongan dan bantuan org lain
Apa yang saya dapat hari ini x mungkin akan saya nikmati
Dgn apa yang saya lalui...saya lebih banyak berfikir sebelum membuat sesuatu perkara
Lebih memandang masalah org lain lebih besar dari kita
Saya tidak mahu pandang kesusahan yang saya lalui sebagai pembunuh semangat untuk terus hidup sebagai org berjaya dan bersyukur
Tapi berusaha mengatasinya...kerana sesungguhnya kesusahan inilah yang membawa kepada kesenangan,jika bukan dlm bentuk kesenangan harta benda dan kemewahan lahiriah
Cukuplah kesenangan minda berfikir,dan kekuatan akal membezakan antara baik dan buruk
Kekuatan memilih antara dunia dan akhirat,biar seimbang dan seiring
Biar miskin wang,usah miskin rasa bersyukur dan menghargai nikmat kehidupan yang Allah beri!~

Tuesday, December 22, 2009

Santaiiiiiiiiii!













Setelah melalui tempoh melayan perasaan.....ubatkan hati dgn berjln2.

Sunday, December 13, 2009

EnTAHlaH

Sampai bila hati ini mahu begini?
Mahu berterusan begini rasa tidak sanggup
Namun mahu memulakan langkah yang baru juga
Bukan mudah.....
Ya Allah,berikan aku petunjukmu!!!!!
Leburkanlah sifat2 mazmumah dlm hati kecil ini...gantikan ia dgn sifat Mahmudah...amin.

Thursday, December 3, 2009

Mee Bandung,Najmi cabut gigi



Hari ni alhamdullillah berjaya puasa ganti.Ingat esok nak puasa...cuti sabtu ahad...then Isnin nak buat lagi sampai habis 8 hari Inshaallah.Puasa...x lalu nak makan nasi...so buatlah mee bandung.Lega...sesedap rasa mee bandungku.Minta maaflah sebab setiap kali post gambar x dipos sekali resepinya.Malas nak menaip sebenarnya + saya masak biasa2 saje...mcm org lain juga.Resepinya xlah istimewa.Jadi andai kata bila2 ada yang berminat nak resepi just email me okeh.Semua tu resepi yang mudah2 saja.Inshaallah x susah nak mengingatnya.Ialah dah biasa buat benda yang sama dan masak sendiri...resepi memang dah hafal!




Gigi Najmi yang berlapis sudah selamat dicabut.Kat klinik kerajaan depan apartment kami je.Abah cuti sekolah...so minggu dpn pon kena pergi lagi ada follow -up.So Abah kenalah menghantar Najmi...sebab cuti sekolah.Mama ni dok risua juga.Telefon kul 10 lebih tu...ckp dgn Najmi dia rileks je...maklumlah dapat upah robot harga rm8.00! Abah ckp kalau setiap kali cabut gigi or jumpa doktor gigi kena upah robot...bengkoklah poket abah!

Wednesday, December 2, 2009

Still under mood cuti


Konon2 hari ni nak keje....tapi rasa malas sangat
Sebabnya memang dah apply cuti sampai hari ni
So abahlah jadi mangsa...hantar anak2 ke Kindi dan Nurseri
Saya cuma lepak2 kat umah...sambil jemur baju dan mengemas
Hari ni hari pertama Naufal masuk Nurseri UIA
Alhamdullillah...abhnya kata dia x banyak ragam...ikut je teacher dia
Hem...kalau ngan Mama x tahulah dia akan ok ke x...;)
Kalau dgn abah...budak berdua ni memang x pernah ada masalah
Ngan Mama je selalu derang banyak songeh.
Hope dia akan ok2 dan adapt dgn persekitaran baru di Nurseri...Inshaallah.


Tadi masak kicap ayam dgn ulam tomato je
Tu je yang ada dlm peti ais...sejak balik hari selasa..memang malas sesangat nak keluar...masak je apa yang ada dlm peti
Ayam pon abah keluar semalam...dia belikan
Kalau x harus mkn telur goreng dgn sardin lagi hari ni!

Tuesday, December 1, 2009

Tired! From 4pm to 4 am!

Ye masak punggung dok dlm kereta semalam
Kami on the way balik K.L dari Ganu
Jln jem banget....stuck kat Kemaman hampir2 3 jam
Dgn Naufal demam dan x sihat
Mujur dia x banyak ragam....sepanjang jln tepek cool fever
Pastu jelum juga dgn air mineral
X jadi balik Keratong sebab mak abah dah balik Johor
Mybe akan baik next week.
X dpt bayangkan punya penat...ni pon masih terasa nak tido je
Sepanjang malam x tido, jaga Naufal + dok belakang kepala jadi pening
Jln jem sbb....banyak jln rosak!