Inilah Atuk Mid Dan Atuk Na budak2 ni..:)

Hem...suka picnic.com!!!
Ini Ubi Kayu.Masa balik ke Johor Arwah Pak Long meninggal dulu,mak ada ckp pokok ubi bnyk kat umah Panchor.Aku teringin sangat nak mkn...tapi x sempat kesana,x sangka mak masih ingat yang anaknya nak mkn Ubi Kayu Umah Panchor!
Naufal....nak sangat diambil gambarnya dgn buah Manggis...;)
Ni buah Manggis dari kebun Abah.Mak Teh...yang panjat...sangat segar dan manis...bila sampai dirumah td.
Cili Api pon mak kirim lagi,Walhal yang Kak Imah bawa dari Keratong hari tu pon masih berbaki
Naufal yang senyum 3...masa Mama snap ni dia tengah ckp 1...2...3.ni nak penuhi permintaan Najmi...dia jeles sebab Naufal je bergambar dengan barangan dari Atok!
Saya sedih dan terharu bila dapat kiriman ini sebenarnya,
Ialah betapa ingatan seorang ibu pada anaknya sangatlah kuat
Ikatan yang x pernah padam+ sentiasa mahu anak2 dipenuhi impiannya
Walaupon sudah lama berlalu,namun mak masih penuhi keinginan saya
Walau bukan saya yang balik kekampung
Tetap dikirimnya UBI KAYU,melalui adik yang balik ke Panchor semalam
Saya sedih sebab...saya masih lagi berkira2 soal kewangan/kelapangan waktu kalau mahu pulang menjeguk Mak dan Abah
Asalnya saya mahu balik ke Keratong minggu lepas
Sebab...mak banyak kali cakap Abah tidak sihat (sakit belakang dan kakinya bengkak)
Tapi Mak kata,kalo x de masa x pelah...Abah bukan teruk sangat
Hati memang rasa tidak sedap...tapi saya kena menghadiri Kem Ibadah selama 3 hari ,
Kemudian,suami kena bersekolah ganti...Ahadnya kami ada Family day pejabat saya di Janda Baik
Dah berkira2 nak pulang minggu lepas,
Dah siap apply cuti..dan berangan2
Nak tengok abah dan mak...kalo boleh nak pujuk Abah gi hospital
Hari Rabu Abng Long mesej saya,tanya betulkah nak balik
Yelah jwb saya...org x sabar nak balik!
Abng Long kata kalo balik nak jumpa Mak Abah
Mak dgn Abah dah pon balik ke Panchor! Abah sudah merajuk...sebab dia sakit kami x jenguk!
Saya rasa sangat kecewa,hampa dan mcm2 lagilah
Sedikit rasa marah pon ada,sebab Abah cepat benar merajuk,x faham situasi kami yang bekerja!
Seharian saya berfikir...akhirnya saya mengutuk diri sendiri
Sewajarnya saya menerima keadaan itu,salah saya...terlalu banyak urusan
Sedangkan abah dan emak bukankah lebih penting
Jiwa mereka sudah terlalu sensitif,mereka bagai anak2
Yang sentiasa mahukan perhatian ,mereka tidak memerlukan alasan!
Saya hubungi mak di Panchor
Tanyakan khabar Abah,mak kata jgn ambil hati..Abah memang begitu
Kami tentu sedia maklum sikap insan yang kami panggil Abah itu.
Sungguh rasa x kena hilang...tiba2 rasa sedih bertandang
Sebab....kenapalah terlalu mementingkan diri.
Suatu hari...kau juga akan menjadi seperti Mak dan Abah sekarang...!!!
tu la kan...mak mmg slalu ingat anak2. mcm my mom la klu dtg sini ada je bwk something, klu blk kmpg lg la mcm2 dimasaknya smpi perut pun x sempat nak rehat.
ReplyDeletehuhuhuu...sedih jgk ni. sbb slalu jgk berkira bila nak blk kmpg.
p/s kencang sungguh update blog nihhh!!!