Sunday, January 3, 2010

Aktiviti cuti



Siakap Sweet Sour

Resepinya:

2 ekor siakap @ikan lain pon x pe
2 biji Bawang besar (Potong Dadu)
4 Ulas Bawang putih (Potong Dadu)
2 sudu cili boh
2 Biji Tomato (Potong Dadu)
Nenas (Potong Kiub)
Serai 2 btng (diketuk)
5 Sudu besar cili Sos
3 Sudu besar Sos Cili
2 Sudu Besar Sos Tiram
Garam
Gula
Minyak untuk menggoreng
Sedikit Tepung Jagung.

Ikan dibasuh dan disiang serta dikelar2.Sapa suka stim leh stim dulu dgn halia dan sedikit bawang putih. Tyha goreng je sebab nak cepat.Tus ikan ....kemudian lumur garam dan tepung jagung.Tyha guna penapis air letak tepung lam tu then tapis atas ikan.Nampak cantik dan x tebal salutan tepung.Minyak kena betul2 panas dan menenggelamkan ikan.Kalau sayang minysk,sebelah tenggelam pon x pe.Tapi kena simbah2 minyak atas ikan.Nanti kat bahagian kelar tu akan merekah cantik.Ni juga mengelakkan ikan hancur masa dibalikkan.

Tumis bawang besar dan bawang putih serta serai.Dah naik bau masukkan cili boh...tumis sampai naik minyak.Masukkan tomato.Kacau sampai nampak tomato layu.Masukkan garam dan gula.Then cili sos,sos tomato,sos tiram...kalau kering sangat masukkan sedikit air.Sikit saja....dlm 5 sudu.Sebab x mahu dia terlalu cair,dan nakkan pekat semula jadi tanpa dicampur dgn tepung jagung. Rasa...kalau ada yang suka masam lebih...5 sudu air tadi bancuhkan asam jawa...dan bubuh. Bila dah nampak pekat masukkan potongan kiub nenas.Nenas ni beli je kat gerai org jual buah potong.Lebih jimat sebab nak guna sedikit sahaja.kacau semula dlm 3 minit....tutup api...curahlah kat atas ikan.Siap untuk dimakan!








Mcm Biasa...aktiviti masak memasak mesti adakan.Masak sebab mak dtg!










Ni aktiviti berposing..hehehehehe.X kemana2 juast jln2 dlm Selayang,pastu td pi Shah Alam.Banyak masa lepak kat umah je.

No comments:

Post a Comment