Mlm tadi hujan kat Selayang ni...renyai2
Emmm...x mungkinkan ianya mlm Lailatuqadar...sebab
kat org LailatulQadar ini mlmnya jadi sunyi..
Semua makhluk seakan bertasbih pada penciptanya yang esa.
Sehinggakan kelihatan pohon2 kayu tunduk seakan sujud pada Ilahi
Sama2lah kita melipatgandakan amalan pada malam2 terakhir Ramadhan ini
Moga sama2 mendapat berkah dan amalan diterima Allah.

Pernah tengok x cerita kartoon Backkom?
Rancangan ni keudara di Astro Ceria,x ingat lah setiap hari ke ada hari2 tertentu
Mula2 anak2 je dok terpacak depan TV,tapi start minggu lepas
Mama pulak terjoin layan cerita ni!
Kelakar...lawaknya ringan tapi ada motif
Jgn ingat cerita khas untuk dewasa je ada motif yang perlu dipelajari
Cerita kanak2 juga membuatkan saya terfikir...adakalanya sifat dlm tubuh dewasa kita ni,masih ada yang menyerupai anak2 kecil..;)
Lauk berbuka semalam
Tomyam Campur..Resepi ni saya olah sendiri.
150 gram Udang
150gram sotong (Di potong bulat)
4 keping dada ayam (Di potong kecil)
3 batang serai (diketuk)
2 Biji Bawang Besar (Dihiris Bulat)
5 Biji Bawang Putih (Sederhana Besar/dihiris nipis)
4 biji Cili Siam(Nak pedas lagi sila tambah)
3 Helai Daun Limau Purut
1 Inci Lengkuas...(Dihiris Nipis)
4 Biji Tomato (Didadu kecil)
3 Biji Limau Nipis (Nak masam leh Tambah lagi)
1 Batang Lobak Merah
Kobis Bunga ikut suka
1 Plastik Podak Jagung
2 Peket Cendawan Enoki
1 Kiub Tomyam Adabi
1 Peket Pes Tomyam Adabi
3-4 sudu besar minyak untuk menumis.
Air...4 cawan
Masukkan minyak ke dalam periuk,baru on api.
Bila minyak panas,masukkan bawang besar,bawang putih,serai,Daun Limau purut dan Cili api...
tumis sampai bawang sedikit lecur.
Masukkan tomato,tunggu sampai tomato hancur...dan kacau selalu.
Kalau tidak nanti melekat di periuk.
Masukkan ayam...kacau lagi.Dlm 5 minit...
masukkan pula sotong.
Tunggu sehingga sotong bertukar saiz/Kecut sedikit.
kacau lagi.Pecahkan Tomyam kiub dan masukkan.
AGAk mendidih,masukkan pula pes tomyam,garam dan gula.
Kacau hingga pes tomyam sebati dengan bahan2 tadi.
Masukkan air.Tunggu sehingga mendidih,boleh masukkan sayur kecuali Enoki.
Sayur ni potong lah ikut suka hati anda.
Agak2 sayur dah empuk baru masukkan udang.
Ini untuk mengelakkan rasa manis udang meneggelamkan rasa ayam.
Jgn lupa masukkan cendawan Enoki.
Biarkan mendidh sehingga kelihatan udang berwarna kemerahan.
Dlm 5-8 minit.Kemudian bila dah semuanya masak,tutup api
Kacau2 dulu masakan tadi,baru perahkan Air Limau NIpis
Tujuan kita perah limau selepas tutp api
Nak mngelakkan rasa masam limau bertukar pahit
Lauk Berbuka td:
Ikan kembung Masam Manis
Sum-sum
Lauk berbuka td
Popia Otak2 Goreng
Sup cendawan
salam..wah rajinnya memasak untuk berbuka...saya selalu beli je sbb tak larat nak masak bila dah sampai umah. Sharelah resepi2 kat my my tupperware blog dinitupperwarekiosk.blogspot.com . Ada giveaway tumbler.
ReplyDelete