Yup...inilah saya
Saya tidak pernah rasa saya perlu berlakon dlm blog ini
Blog ini adalah jiwa saya cinta saya
Pada hemah saya,para pengunjung blog ini adalah rakan2
yang menerima saya seadanya,menasihati saya bila
mereka rasa saya sedang tersasar dari trek
yang menyokong tindakan saya seikhlas hati bila mereka rasa
Apa yang saya buat itu perlu disokong
Menumpang gembira dan cerita2 seharian dlm hidup saya
Selain dari Adik beradik dan kadang2 suami(dia mengunjung senyap).
Saya tidak mengharapkan pengunjung yang ramai untuk blog ini,
Mahukan ia menjadi privacy,namun tidak sampai pda tahap mengunci dari kunjungan umum
Sebab saya tidak mahu hipokrit,biar org baca dan menilai
Mana tahu ada manfaat yang boleh mereka perolehi
Harapan saya moga yang baik dpt dimanfaatkan,yang buruk jadikan tauladan
Cukuplah mereka rasa berkunjung ke blog ini
Seperti mengunjungi rumah keluarga, sahabat dan rakan mereka sendiri
Usai mereka membaca apa yang saya catatkan..mereka akan cuba memahami
Cuba bersama2 dgn saya merasai apa yang mereka rasa bila baca tulisan saya
Tinggalkan blog saya dgn pesanan berhemah,puji-pujian yang ikhlas
Dan kembali menjejaki adress ini kerana mereka rasa saya org yang dekat dgn mereka.
BUkan juga tujuan saya menulis dlm blog ini
untuk suka2 marahkan org,suka2 mengutuk dan kecewa dgn sesorg
Memuji dan memuja melambung2
Apa yang tertulis lahir dari hati saya,yang menggambarkan keadaan diri dan jiwa saya
Saya manusia biasa yang punya hati dan perasaan,punya kelemahan
Saya menulis disini..bila saya marah kerana saya rasa disini ada yang memahami
Jika bukan manusia memahami,cukuplah sekadar kesanggupan dada blog ini
menerima tulisan dan luahan hati saya,
yng jika terus disimpan..akan menjadi barah dan nanah dlm dada
Ada yang ambil berat dan mersakan perasaan marah itu wajar diluah untuk kebaikan
Perasaan gembira dan sayang itu diluah sebagai tanda penghargaan
dan pujian pada insan yang saya sayang
Ada orng...boleh menyimpan rasa hati mereka,
boleh berkongsi susah senang dgn org lain,
Tapi x mahu resah diri dikongsi dgn insan lain
Namun saya jenis yang suka meluahkan...x kiralah rasa suka,gembira,sedih,kecewa
Memang inilah relitinya saya,sukar untuk simpan lama2
Tapi saya xsuka bercerita secara lisan dan tidak pada org.
Biasanya memang akan saya luahkan di blog.
Pada saya ada bezanya antara meluahkan secara lisan dgn cara kita menulis
dan org itu membaca luahan hati kita dlm bentuk tulisan.
Maksud akan sampai namun tidak ada bentuk melukakan hati dlm cara lisan.
Begitulahkan...Allah ciptakan kita manusia...dgn pelbagai perangai dan perbedaan
Kerana dgn perbedaan itulah kita belajar menilai,bertolak ansur,belajar memahami
Setiap seorang dari kita dgn mata hati dan perasaan ingin tahu,untuk sama2
mencari tiik persamaan.;)
Di sini tempat meluah segalanya...hehehe..
ReplyDeleteYe kak...so jgn le bosan nak baca...kadang2 entah apa aje...;)
ReplyDeletememang mencari kesempatan utk tinggal komen kat tyha. sungguh busy skali sekarang. nak updet fp, fb , blog dan segala macam mak nenek terpaksa dilupakan.
ReplyDeletebaca blog tyha ni, macam baca ala ala sajak gitu.banyak luahan fikiran.
apapun, you take care. semoga hidup senang dan tenang sentiasa...