Betapa terasa masa berlalu
Anak Mama sudah mencecah 6 tahun
6 tahun yang Mama rasakan sangat mencabar
Pengalaman2 membesar dan mendidik
Semuanya adalah pengalaman pertama
Menjadi IBU,Banyak yang Mama belajar
Ada kala hati terasa sayu
Ada kala dipupuk gembira
Ada juga ketika hati dilanda kekeliruan
Layakkah aku menjadi seorang bergelar IBU?
Sempurnakah ajaran2 yang aku berikan pada seorang anak?
6 tahun berlalu,dan genap hari ni anak sulung Mama
Sudah banyak mengenal dunia
Mengenal sikap manusia
Mengenal sahabat,dan belajar mengenal banyak sifat2 baik dan buruk
Sudah tahu menzahirkan rasa gembira
Sudah tahu banyak perkara tentang hati dan perasaan
Jiwa dan peribadi diri sudah mula terbentuk
Pembentukan yang adakalanya melahirkan kegusaran dihati Mama
Betulkah cara Mama mendidik dan mengasuhmu wahai anak?
Saat kau melakukan kesilapan...Mama adakalanya tidak boleh menerima
Walhal...apalah yang mampu difikir oleh kanak2 seusiamu Najmi?
Cukupkah kesabaran,kasih sayang mama meladeni setiap saat kerenah dan emosimu?
Hati Mama sangat tersentuh bila kerap kali ayat ini kau ucapkan
"X pe Mama x payah minta maaf,abng yang salah...memang abng patut kena marah"
"Kenapa Mama x kasi abng tolong,Abng nak tolong Mama pon x boleh"
"Mama masak sedap,kesian Mama masak penat...abng kena makan bagi habis"
"Hari ni Mama x payah masak...Mama kena berehat...kesian Mama asyik kena masak saje"
"Mama asyik sayang adik saja...x sayang abng pon"
Semuanya sangat2 menyentuh hati,
Terbayang betapa tulus hati seorang anak, lebih tepat seorang kanak2
Berbanding Mama,seorang dewasa...adakalanya meninggi suara,marah tatkala
Sedang sibuk....si anak asyik dengan soalan...asyik dgn kerenah yang mcm2.
Saat kesabaran x tertahan...kaki kecil diberi cubitan
Tangan seorang ibu...pantas lepas ke bahu saat adik menangis kerna dikasari
Saat ini memang bila difikir,bersalah sangat rasa...rasa mcm oh aku tidak layak menjadi seorang IBU!
Hati kecil seorg bergelar ibu...xkan sanggup apa2 terjadi pada sianak
Namun kelemahan diri mengawal emosi adakalanya membuatkan perbuatan yng terjadi adalah secara langsung.
Mama mengaku...adakalanya terlalu tegas mendidikmu,adakalanya terkasar juga
Namun jauh disudut hati tiada yang dpt menafikan betapa hati ini
Ingin lihat dirimu menjadi insan berguna dunia dan akhirat
Dlm usia 6 tahun...dia makin nampakkan kematangannya
Kegemarannya yang ketara...main game
Sanggup.....buat apa saja jika kami kenakan denda tidak boleh bermain game!
Makanan kegemarannya...masih juga x nampak banyak berubah
Masih sama seperti sebelum2 ini juga
Sayur masih menjadi makanan yang amat tidak digemari
Pernah suatu ketika saat mahu mencuci seluar sekolah
Keluar potongan2 sayur dari poketnya
Hem...rupa2nya disorok sayur ketika mkn
takut teacher marah!
Anak2....ragamnya biar pon pelik...adakala mencuit hati kecilku
Adakala sifatnya buat kita terhibur...akalnya yang panjang
Adakala setiap tingkahnya x terduga...x terfikir oleh Mama
Suatu hari...dia bercerita...tantang dia bertukar mainan dgn kawan
Tapi barang mainan miliknya dibri dahulu
Sikawan berjanji...nanti akan bagi jam Ben 10 pada dia
Mama...tidak puashati tidak mahu dia mudah2 saja serahkan barang2nya pada kawan2
Lalu mama gambarkan...nanti kawan mintak baju ngan seluar pon Najmi bagi
Biar pulang kerumah telanjang tidak berbaju
Kerana insiden itu juga...abah denda x kasi main game
Sungguh anak ini amt risau...semalam...berseri2 wajahnya...menghulur mainan yang sudah kawan pulangkan
"Najmi ckp pada kawan...kena pulangkan mainan Najmi...nanti abah marah Najmi"
Mama bertanya kembali
"Kawan dah pulangkan mainan,mana barang yang dia janjikan nak bagi najmi atas berlakunya pertukaran mainan"
Jawab Najmi
"Alah x payahlah,kan dia dah pulang mainan.Jadi abng x dptlah Jam Ben 10"
Lega mama mendengar si anak sudah pandai bertolak ansur
Dan kawan2 dia pon anak2 yang baik.
Najmi ku sayang bintang hati Mama
Saat umurmu 6 tahun...mama sangat berbangga dengan kurniaan allah pada Mama
Anak yang bijak biarpon sedikit Manja...bijak dimata Mama cukuplah sayang
Mama berbangga dengan mu...pencapaiaan2 mu biar di Tadika atau dirumah
Adalah satu pencapaian cemerlang bagi Mama
Biarlah ada anak lain lebih bijak...itu kelebihan mereka
Pada Mama anak Mama tetap bijak selamanya
Tetap anak hebat baik dan cemerlang
Tetap abng yang hebat pada seorang adik
Anak yang sihat dan ceria penyeri setiap kali mendampingi dan menemani Mama
Moga Allah meminjamkan lebih banyak masa dan peluang buat Mama menemanimu
Mendidik dan membesarkanmu,melihat kau dewasa dan bergelar manusia
Sebaik,sehebat dan seikhlas mungkin
Menjadikan kau manusia berguna...untuk keluarga,agama ,bangsa dan negara...cemerlang dunia dan akhirat...amin
Selamat Ulang tahun ke-6 sayang!
Sunday, January 10, 2010
Monday, January 4, 2010
Sama tapi x serupa?
Bancuhan yang sama...tapi jadi benda yang berlainan?
Ini ujikaji yang sangat saya suka...sebab dua2 kaedah,bancuhan bertukar menjadi sesuatu yang cantik dan sedap dimakan...yey...tambah lagi resepiku!
Bahan2:
3 cwn Tepung Berserbuk Penaik
1 biji telur
2 Cwn susu cair
satu cawan gula melaka/gula merah/nise kerek
setengah cawan gula pasir
Setengah cawan air
2 sudu minyak masak
Mula2 tapis tepung...kemudian bancuh sedikit2 dengan susu cair sampai adunan sebati dan pekat.Lepas tu masukkan telur dan kacau ikut putaran jam.Kalau rajin boleh guna mixer,saya guna sudu biasa je. Masakkan gula pasir+gula merah dgn sedikit air.Jgn cair.Make sure gula yang dimasak tu menghasilkan cecair yang pekat. Kemudian masukkan dlm bancuhan tadi.Bubuh minyak dlm bancuhan kalau anda mahu mengukus bancuhan.Jika tidak x perlu bubuh minyak dlm adunan.Anda boleh buat Pancake dgn menggorengnya bersama sedikit butter.Boleh juga menjadi Apam kukus...kalau dikukus selama 15/20 minit.TQ dan selamat mencuba!

Ini hasilnya selepas dikukus

Yang ni pulak bila digoreng.
Ini ujikaji yang sangat saya suka...sebab dua2 kaedah,bancuhan bertukar menjadi sesuatu yang cantik dan sedap dimakan...yey...tambah lagi resepiku!
Bahan2:
3 cwn Tepung Berserbuk Penaik
1 biji telur
2 Cwn susu cair
satu cawan gula melaka/gula merah/nise kerek
setengah cawan gula pasir
Setengah cawan air
2 sudu minyak masak
Mula2 tapis tepung...kemudian bancuh sedikit2 dengan susu cair sampai adunan sebati dan pekat.Lepas tu masukkan telur dan kacau ikut putaran jam.Kalau rajin boleh guna mixer,saya guna sudu biasa je. Masakkan gula pasir+gula merah dgn sedikit air.Jgn cair.Make sure gula yang dimasak tu menghasilkan cecair yang pekat. Kemudian masukkan dlm bancuhan tadi.Bubuh minyak dlm bancuhan kalau anda mahu mengukus bancuhan.Jika tidak x perlu bubuh minyak dlm adunan.Anda boleh buat Pancake dgn menggorengnya bersama sedikit butter.Boleh juga menjadi Apam kukus...kalau dikukus selama 15/20 minit.TQ dan selamat mencuba!
Ini hasilnya selepas dikukus
Yang ni pulak bila digoreng.
Sunday, January 3, 2010
Aktiviti cuti
Siakap Sweet Sour
Resepinya:
2 ekor siakap @ikan lain pon x pe
2 biji Bawang besar (Potong Dadu)
4 Ulas Bawang putih (Potong Dadu)
2 sudu cili boh
2 Biji Tomato (Potong Dadu)
Nenas (Potong Kiub)
Serai 2 btng (diketuk)
5 Sudu besar cili Sos
3 Sudu besar Sos Cili
2 Sudu Besar Sos Tiram
Garam
Gula
Minyak untuk menggoreng
Sedikit Tepung Jagung.
Ikan dibasuh dan disiang serta dikelar2.Sapa suka stim leh stim dulu dgn halia dan sedikit bawang putih. Tyha goreng je sebab nak cepat.Tus ikan ....kemudian lumur garam dan tepung jagung.Tyha guna penapis air letak tepung lam tu then tapis atas ikan.Nampak cantik dan x tebal salutan tepung.Minyak kena betul2 panas dan menenggelamkan ikan.Kalau sayang minysk,sebelah tenggelam pon x pe.Tapi kena simbah2 minyak atas ikan.Nanti kat bahagian kelar tu akan merekah cantik.Ni juga mengelakkan ikan hancur masa dibalikkan.
Tumis bawang besar dan bawang putih serta serai.Dah naik bau masukkan cili boh...tumis sampai naik minyak.Masukkan tomato.Kacau sampai nampak tomato layu.Masukkan garam dan gula.Then cili sos,sos tomato,sos tiram...kalau kering sangat masukkan sedikit air.Sikit saja....dlm 5 sudu.Sebab x mahu dia terlalu cair,dan nakkan pekat semula jadi tanpa dicampur dgn tepung jagung. Rasa...kalau ada yang suka masam lebih...5 sudu air tadi bancuhkan asam jawa...dan bubuh. Bila dah nampak pekat masukkan potongan kiub nenas.Nenas ni beli je kat gerai org jual buah potong.Lebih jimat sebab nak guna sedikit sahaja.kacau semula dlm 3 minit....tutup api...curahlah kat atas ikan.Siap untuk dimakan!
Mcm Biasa...aktiviti masak memasak mesti adakan.Masak sebab mak dtg!
Ni aktiviti berposing..hehehehehe.X kemana2 juast jln2 dlm Selayang,pastu td pi Shah Alam.Banyak masa lepak kat umah je.
Subscribe to:
Posts (Atom)