Bismillahhirrahmannirrahim.
Sempena ramadhan yang akan bermula esok
Hati terdetik untuk menitip kta2 di blog ini
Kata2 pengharapan dan kesyukuran
Terima Kasih Ya Alllah atas setiap kurniaanmu
Kepadaku Ya Allah
Terlalu banyak ya Allah..sejak ramadhan pertamaku di muka bumi
Saat kau titipkan roh dlm jasadku
Memang xkan pernah dinafikan nikmat itu ya Allah
Sesunguhnya engkau maha berkuasa
Sedangkan aku hambamu...sering kali terlupa
Lalai dan leka atas sikap2 dari perbuatanku Ya Allah
Ampunkan dosa2 ku ya allah
Saat ini....diri sangat inginkan untuk punya anak lagi
Impian yang sentiasa dinanti2kan sejak umur Naufal 2 tahun
Masih terbayang2..Saat menggamit tangan seorang rakan
Di nurseri waktu mengambil najmi..dengar dia hendak menunaikan umrah
Sahabt itu ku tanya....benarkah nak pergi umrah?
Dia ckp x nakkecoh2....dan x terima kiriman...hehehhe
Ku pegang tangan dia
"Kak, saya x nak kirim barangan...cuma saya mahu kirim doa"
"Oh Ok....nanti awak tulis dan bagi akak ye "
Saya masih ingat bunyi doa itu
"Ya Alllah kau kurniakan aku anak perempuan yang sihat dan sempurna yang solehah, bijak dan baik budi pekertinya serta disayangi semua org, Ya Allah murahkan rezeki keluargaku, Jauhi kami dari bebanan hutang yang x mampu kami selesaikan Ya Allah, "
Selesai ditulis, saya bagi pada kaka tu pada sehari sebelum dia berangkat.
Alhamdullillah...doa saya selamat sampai di tanah suci Mekah
Dan 2-3 bulan selepas itu saya mengandung!
Mashaallah betapa saya sangat terujua.Kakak itu saya maklumkan...dia juga happy.
Tapi x lama...2-3 hari selepas tu saya keguguran.
Sangat kecewa....dlm bebrapa hari pantang dari keguguran...memang saya bersedih dan trauma
Perasaan itu sentiasa dibuai2 hingga kesaat ini
Setiap kali saya dtg bulan saya rasa sedih...sering juga terfikir2...proses DNC yang membuatkan saya sukar mengandung!
Ya Allah...ampunkan dosaku Ya Allah...diatas egonya hati ini menerima apa yang telah engkau takdirkan
Sesungguhnya terlalu banyak nikmat lain yang kau beri
Tapi aku sebagai hamba yang x pernah puas ini...x pernah bersyukur Ya Allah!
Masih mengharap, dan mengharap...tanpa sedar yang diri ini telah terlalu bnyk nikmat lain kau beri!
Kau x berikan aku zuriat perempuan, tapi kau hadirkan aku dua anak lelaki yang sihat dan sempurna
Sedangkan ramai insan lain diluar sana masih mengharap kehadiran seorang zuriat.
Hati mengharap kegembiraan membelai seorang bayi perempuan
Kau berikan rasa kegembiraan itu kepada kedua ibu-bapa ku
Impian dan doa kedua2nya setelah sekian lama
Dgn menjemput mereka ke Tanah Suci menunaikan umrah
Dgn menghadirkan seorang insan berhati mulia menaja mereka kesana.
Di saat hati teruja melihat cantiknya baju kanak2 perempuan
Kau berikan aku ilmu menjahit, yang mana dpt kumanfaatkan ilmu itu untuk diriku
Dan berpeluang pula menambah pendapatan darinya
Aku hanya minta seorang anak perempuan...tapi kau gantikan dia dgn rezeki yang x pernah putus
Suamiku telah dpt jawatan tetap, kau bukakan pula peluang untuk memiliki sebuah rumah lagi
Kau permudahkan segala urusanku didunia Ya Allah....
SEsungguhnya nikmat yang manakah yang harus kami dustakan Ya Allah!
"Ya Allah, RAMADHAN kali ini aku masih berpeluang menerima tarikh permulaannya
Kau bukakan segenap rahmat dan kasihmu Ya Allah...moga aku terus hidup dgn iman dan taqwa...dgn rasa rendah diri dan penuh kesyukuran beribadat kepadamu Ya Allah...Ampunkan dosa2 ku yang x pernah habis ini Ya Allah.Moga sampai masa aku menghadapmu Ya Allah...hidup dan mati ku hanya keranamu...Amin."
p/s...Baru lepas khatam buku Prof Kamil...BERSYUKUR SAAT DI UJI.Now mencari luang masa membaca buku tulisan isterinya pula.Puan Roza Roslan....Bukan Sekadar Resepi.Alhamdullillah...dpt diskaun 10 % dari supplier.X banyak tapi cukup bermakna.Awalnya supplier kata buku ni diulang cetak...jadi lambat dpt stok...x sampai 3 hari dah ada diatas meja! Alhamdulillah....Rencana manusia pasti x sehebat rencana allah....!Subhanallah...Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui ...;)
Terus bersabar yer Tyha..
ReplyDeleteKekadang kalau hati ini tertumpu pada sesuatu yg sangat2 kita idamkan, kita mudah lupa pada apa yg Allah bg disekeliling kita.
Honestly, bila pergi umrah, walaupun dapat berdoa ditempat yg mustajab berdoa, saya tak pernah berdoa untuk dapat anak lagi... tak teringat pun sebenarnya... Allah lebih mengetahui kan... Yg penting hidup mencari redha Ilahi dan moga mati dalam keimanan kepadaNya
Mila...tq.Sangat benar apa yang Mila cakap tu.Allah yang menggerakkan segala2nya.Kita digallakkan berusaha, berdoa dan berserah pada dia, pada dia...kerana dia yang maha mengetahui segalanya.Kerana dia pemilik mutlak diri kita, dia nak kita sentiasa ingat pada dia, sentiasa minta dan sentiasa bersyukur.Bergantunglah pada dia...saat apa sekalipon...inshaallah pasti ada jalan penyelesaian.Selamat berpuasa Mila...;)
ReplyDeletetyha, sayu pula baca entry tyha ni.. akak ada kisah fasal ni. kami dua xde anak lagi (lepas anak akak yg pertama meninggal), nk kirim doa pada kawan yg pergi umrah. sedih sgt2 bila akak x sempat jumpa kawan yang nak pergi umrah. lebih sedih kawan senasibtu cuma kirim doa utk dia sahaja.. masa tu akak puas pujuk hati sendiri .. akak fikir, allah makbulkan doa tak kira tempat walau pun memang tempat tu mustajab.alhamdulillah akak mengandung lepas tu dan kawan senasib x mengandung lagi sampai skrg.dan akak x pernah minta anak pompuan ke laki cuma tak tahu camna boleh dapat anak selang bunga.. ramai yang tanya tapi akak memang xde jawapan utk itu.. akak doakan tyha dpt rezeki lagi.. (doakan akak juga:)
ReplyDeleteTulahkan kak....kita x tahu rencana allah.Kesedihan dia bagi sekejap je...tapi kegembiraan pula berlipat kali ganda...alhamdulillah...amin. Sentiasa kita doa untuk seluruh kawan2 kita sesama islam.Doa org yang berdoa untuk org tanpa pengetahuan insan yang didokan...inshaallah mujarab.
Delete