Hidup yang terlalu tinggi visionnya
Menuntut pengorbanan banyak perkara
Kadang2 apa aku buat ,aku hanya fikir boleh buat
Aku akan cuba sedaya upaya sebaik yang mungkin
Diri sering memeras ugut dan mencabar sendiri
Belum cuba belum tahu..motto yang sentiasa tersemat dalam hati;)
Seringkali kita meletakkan tanda aras yang sangat tinggi
Yang memuaskan hati...yang paling optimum
Malangnya...sering ketepikan..kudrat yang ada tahap2 untuk diperah
Tubuh badan yang memerlukan masa rehat dan riadah
Otak yang perlu diulit rehat dan damai....
Lupa pada sang sekujur tubuh yang patut dihargai dan dijaga.
Diri sendiri x terjaga...bagaimana pulak nak bahagikan diri menjaga org lain
Sekarang...dah mula turunkan tanda2 aras pada tahap mampu saja...
yang penting Semangat tu jangan diturunkan...;)
Kena maintain tahap tertinggi selagi hidup dikandung badan...;)
Saya sangat2 terharu dgn sokongan suami
Menjaga anak2 sepanjang saya aktif menghadiri kursus
Saya tahu dia kepenatan...tambah pulak...budak2 sekolah dia
Baru habis periksa...so menanda kertaslah cik suami bertimbun2
Dgn kadang2 saya pergi tanpa sempat masak lauk tengahari
Sekadar mampu buat nasi goreng...;)
Sekarang ni sibuk pula dgn menghantar anak murid berolahraga
Sibuk dengan bulan kesihatan
Nampak wajah letih dan stress disetiap sudut raut mukanya
Tapi masih juga dgn tugas2...menguruskan Najmi
Beruntungnya saya....suami mampu bertolak ansur
Biar pon adakala...ternampak juga mcm nak marah
Bila dia diam saja...tanya sepatah pon jawap sepatah saja
Saya terima dgn hati terbuka...kerana...dia mcm saya juga
Ada masa kepenatan menjengah...tanpa ada peluang untuk melepas LELAH!
TQ for everything...I MISS YOu HONEy!
No comments:
Post a Comment