Wednesday, March 23, 2011

Anak rapat dgn siapa?

Saya rasa...anak2 banyak habiskan masa dgn ayahnya
Pagi tadi...baru saya mula berfikir
Yang sebenarnya...anak2 lebih banyak dgn abah dia
Dan susah hendak saya katakan mereka benar2 rapat dgn saya atau abahnya!
Sebab...kami dua2,memang kerap marah bila mereka nakal @ buat perkara2
yang kami x suka..baik abahnya mahu pon saya
Kami kalau marah memang marah betul2!
Yang pasti....anak2 memang lebih banyak tidur sendiri berdua
lebih banyak dgn abahnya kalau bertiga..."nGeH"
Mama.....biasanya tidur sorang2 je dalam bilik!
Kesnya sebab nak pisahkan Najmi tido bilik sendiri
Dia tetap nak adiknya tido sekali dalam bilik baru nak pindah katil dia sendiri
Adik pulak...nak mama @ abah temankan dia tido,baru boleh tido!
Sekarang Naufal dah x kisah...boleh tido sendiri
Abah pulak kalau x tido bertiga dgn 2 heronya...akan tido sorang dlm bilik kerja
Sejak2 saya aktif kekelas kolej Komuniti
Lagilah anak2 banyak dgn abahnya
Kalau kekelas hari sabtu...ahad kena kerja pula
Kadang2 kerja banyak diofis...abah juga yang dtg dan ambik Naufal


Mlm tadi...saya kecil hati dgn Najmi
Saya gorengkan ikan tempura RAMLY...dan buat Inoki goreng bersama udang
Badan rasa penat....x larat nak masak mcm2 + x sempat nak nyah bekukan ayam
Anak2 dah melaung2 nak makan!
Dahlah kat Batu Caves jem teruk...tersadai setengah jam lebih kat flyover saja
Dah siap2 masak...dok hidang semua....baru nak suap nasi ke mulut, Najmi dha
luah balik ikan tempura dari mulut!
Kenapa x nak makan aju saya?
X sedap...!
X sampai hati pulak tengok anak makan nasi dgn kicap....nasi x jadi disuap
Bangun dan pergi goreng telur...masa ni sikecik yang tadinya x nak makan
Sebab sibuk makan ikan tempura cicah sos dan mayonis
melaung2 lagi nak nasi pulak
Sungguh...masa tu hati memang meluap2 geram...x terkata
Sorang makan terlampau memilih...sorang lagi suka sangat time sibuk buat benda lain
Mulalah mintak itu ini....mengenangkan budak kecik jekan...SAbAR!
Dah siap semua..saya dah putus selera makan
Masuk dalam bilik solat maghrib dan tido.
Sambil2 pejam mata...terdengar abah sibuk basuh pinggan anak2 makan kat dapur
Dia perasan agaknya Mama dah kecik hati
Terjaga pukul 10...tengok2 anak2 x tido lagi...dok main berdua masih melukis!
Saya tutup lampu bilik derang dan paksa derang tido...abahnya...
mcm saya juga...Hanyut!
Tinggalkan budak berdua...yang masih x tido
Masih pot-pet-pot-pet dalam gelap...
Saya solat Isyak then tido semula
Terjaga balik bila dengar suara Naufal yang merengek x mahu bangun kencing
Didukung abah...ke bilik air dlm bilik
Memang tulah rutin suami...bangun ditengah malam
Dukung Naufal pergi kencing sejak tahun lepas.
Tengok2....abah dah siap2 bentang 2 toto kat luar..
satu untuk dia dan satu untuk Naufal.
Bila pulak dua beranak ni pindah tempat tidor kat luar!
Nampaknya anak2 memang lebih suka berharap pada abah dia daripada mamanyakan!

2 comments:

  1. budak laki kut.. sbb tuh lebih ngan papanya. Anak saya girl... mmg rapat dengan saya..

    ReplyDelete
  2. Mungkin kot Mila...cuma kadang2 rasa mcm kurang ambik berat pasal anak2....asik2 derang dgn abahnya aje...;)

    ReplyDelete