Monday, January 3, 2011

Mcm2

First FB dah kena blok kat ofis,suka saya...
maknanya 2011 saya akan lebih terisi dgn membuat kerja,
no lepak2 dalam FB lagi...
serius,kalau x blok...memang gedik every time nak berFB.
Skang tengah konpius nak teruskan private or....?


2010 yang penuh dgn pengalaman baru,ilmu baru
Ya...satu perubahan dalam fasa kehidupan yang lebih baik dan berkualiti
Terima kasih Allah atas nikmat umur dan kesihatan serta pahit manis ,peluang2 yang engkau berikan sepanjang 2010
Semuanya sangat manis dan gembira untuk dikenang!
Paling best...saya dah pandai berjimat cermat
Dah x membeli ikut nafsu lagi,2010...memang nampaklah perbelanjaan saya
Pada barang2 leisure dah menurun...sikap berfikir dulu sebelum beli dah mula sebati dlm diri
syukur Alhamdullillah atas nikmat umur yang panjang untuk merasai
kehidupan ditahun 2011.
Andai setakat ini kau pinjamkan umurku
Moga kau ambilnya kembali dlm keadaan diriku berada dalam iman dan islam.
Sesungguhnya hanya engkau yang maha mengetahui Ya Allah!
Diatas setiap apa yang telah engkau cipta dan tentukan.

Tahun 2011,Najmi dah mula bersekolah,tahun persekolahan pertama dia
Saya dah dapat jahitkan sepasang baju melayu dan sampin...sangat happy
Najmi pon x de masalah bab sekolah
Cuma dia mengadu penat jelah...;)
Dapat bangun seawal pagi siapkan bekalan untuk dia...hantar dia depan pintu
serius...kalau dia x sekolah...saya memang liat nak bangun awal2 pagi!
Tapi bila dah start buatkan dia bekalan...rasa oh sangat teruja
Dapat sediakan anak bekalan...takut dia lapar disekolah
Suami pon bersarapan masakan isteri sebelum gi kerja
Isteri pon untung x payah berebut2 kat kantin...save banyak
Tambahan pulak skang ni semua harga barang naik
Dan keberkatan air tangn isteri dan ibu tu,herm...sukar dicarikan...;)
Berangan weekend ni nak buat roti sosej...stok untuk 2-3 hari.
Dan buat karipap frozen.
Pagi2 senang le sikit nak variasikan bekalan dan sarapan.
Skang ni pon selain makanan berat mcm nasi goreng,mee hun,spagetti
Turut bekalkan Najmi sosej @ nugget @ kentang goreng.
Kalau x kenyang lagi si Najmi x tahulah.
Dan satu habit baik telah mula berkembang...moga terus kekal...amin.

Pastinya azam tahun ni nak jahittttttttttttttttttttttt
Mcm2 dan banyak2222222222222222222222222222222222222222222
Kalau boleh nak ambik tempahan untuk hari raya nanti..;)
Disamping menghabiskan masa pada perkara2 berfaedah...no more FB addicted
No more lazzy woman..
Ayoh bangkit jadi cemerlang,gemilang,terbilang...Inshaallah.

7 comments:

  1. saya pun tahun lepas bagi bekal pada auni. sekarang ni mungkin kena bagi berat-berat sikit. sebab auni duk sek dari jam 11.30 pagi - 6.30 petang. kesian kat anak rasanya....

    ReplyDelete
  2. Aini...sedih...tau x penat2 akak masak...Najmi x makan pon.Mkn sosej je seketul!Nugget makcik kantin juga yang dikejarnya.Dia ckp nugget mama goreng x sama dgn nugget kantin dan pasar mlm! Esok kena tanya betul2 dia nak makan apa.

    ReplyDelete
  3. Takpela kak, budak kecil mcm2 hal. Kesian diaorg kan sekolah dari pagi sampai petang

    Aduh sedihnya terkenang anak2

    ReplyDelete
  4. Aida...yes you a right.Aida mesti teringat kat anak2kan.mcm mana makan minum,even atuk dan nenek derang yang jaga...mesti terasa juga risau tu.

    ReplyDelete
  5. saya pernah masak nasi lemak, alih-alih dia balik tak makan pun. sedih je. bangun pagi-pagi, nak buat bekal untuk dia, dia tak makan pun..huhu..kenalah bersabar banyak2

    ReplyDelete
  6. nak ambik upah jahit??? yes u can do it

    ReplyDelete
  7. Mila...TQ...baru brangan...inshaallah akan kujadikan kenyataan.

    ReplyDelete