Monday, November 9, 2009

E/L,


Dinner tadi...dikuasai oleh kerang!



Abah request kerang bakar...so buatlah kerang bakar,bakar dalam kuali je!



Tomyam ayam...untuk anak2.Terutamanya Najmi...budak yang hanya makan ayam dan ikan.Untuk kita org juga...buat kuah2




Kerang Goreng Kunyit bersama kangkung.Ni kes malas nak tunggu lama2 membakar kerang.So separuh ku rebus then goreng mcm ni.Lebihnya bakar!



Yang sebenarnya....x niat pon nak EL,jadi EL tu sebab ada masalah pada
borang online MSD...sangat geram...setelah bersusah payah isi form
Bila nak hantar dia keluar "please contact MSD,your job list are missing!"
Apa kehalnya tukar depat dalaman pon libatkan job listing dgn MSD ke?
Naufalkan x sihat...so pagi tadi bawak dia gi klinik...sendiri pon x sihat juga
Memang sangat senoning...batuk selsema...serba x sihatlah pendek kata
Gi jumpa doktor doktor kata demam...sama simptom dgn Najmi
Tapi yang Grrrrrrnya...x bagi pulak MC!
Makcik x kiro...x bagi MC,nak apply cuti x boleh...so sudahnya...E/L pasal Makcik x larat!

Disebabkan duduk dirumah dan buat menda x berapa elok yaitu E/L
Habiskan masa dgn merawat si handsome yang dah beransur sihat
Sambil layan masak2...!
Walaupon E/L mencacatkan rekod...tapi dari dok kat Opis buat keje x dak mood and so on
Berbaloi juga...sebab sempat lah ke KWSP...uruskan pengeluaran duit untuk pembayaran bulanan rumah..;)
Memang berbaloi2 walaupon....x dapatlah merasa naik pentas time dinner
Sebagai org yang x de MC,x de E/L sepanjang tahun bertugas...memang den x merasolah!

Sunday, November 8, 2009

X Sihat

Sakit satu badan,batuk dan selsema.
Naufal pon mcm tu...sejak dari hari selasa
Sangat rasa tidak selesa....kesian juga pada Naufal
Dah ke klinik...kami dpt ubat yang sama..
X ok juga...rasanya Isnin ni kena ke klinik UIA pulak
Biasanya kalau klinik panel x rasi...gi UIA inshaallah ok
Semalam gagahkan juga habiskan duty
Serba salah sebenarnya nak MC...dok kat dept baru
Baru sehari lapor diri...dah MC
Lepas tu masih banyak lagi jadual training yang x diikuti
NI dah berapa haribulan...tapi serius...sangat tidak larat!

Apa cerita...penyokong Kelantan menggila di stadium?
Paling x best tu gi bakar kerusi stadium ..issshhh...apa nak jadilah
Dek kerana penyokong fanatik...Pasukan Bola mereka yang akan terima padahnya nanti!
Mujur hari ni Tok Nik dah bagi siap2 cuti...kalau idak yang lebam2 tu mcm manalah nak gi keje..;)

Sunday, November 1, 2009

Alhamdullillah 31 tahun yang penuh dgn ragam kehidupan!






Bersyukur ke hadrat Ilahi...masih lagi berpeluang dipinjamkan umur sehingga cukup 31 tahun hari ini,moga selepas ini andai diambil nyawa yang dipinjam ini...diambil dlm keadaan dlm iman dan Islam ...Amin.

Terima kasih pada suami,ahli keluarga dan kawan2 yang wish samada melalui lisan,SMS atau facebook.Terima kasih sejuta kasih sayang atas ingatan kalian!

Cuma buat Pulut Kuning dan rendang ayam sahaja hari ini,nak celebrate ..memang jarang2 dibuat,kecuali birthday anak2...buat di Kindergaten.Tq Mak Cu buatkan kek yang sangat comel untuk akak!
Dan anak2 yang bersusah payah dtg kejut cium kat pipi sorang sekali jam 12.00 mlm tadi!
Baik saya mahu pon suami...pada kami ingatan yang penting...so ada masa dapat hadiah ada masa x dapat...itu perkara biasa!Dikalangan keluarga saya sendiri pon...x pernah ada sambutan hari jadi.Nak romantik2 memang x merasalah...sebab dari berkawan memang kami x begitu.
Sekadar wish...dan ada masa dapat hadiah...so x delah yang kurangkan .






Tiba2 terasa nak buat mcm biografi pulak...scan gambar2 lama
Boleh juga buat kenangan...bila sambut birthday ke 32 nanti...mesti ada yang berubahkan?
Tengok gambar2 lama kat bawah ni terasa betapa manisnya perjalanan sebuah kehidupan
Dari kanak2...jadi remaja,bekerja dan berkahwin,menimang cahaya mata,hingga kesaat hari ini,alhamdullillah...walaupon ada masanya berliku...namun perjalanan yang mudah...memberi saya semangat untuk teruskan kehidupan dan menjadikan apa yang berlaku sebagai rencah kehidupan yang perlu dilalui selagi nyawa dikandung badan!




























Muhammad Najmi Alias







Muhammad Naufal Waie Alias